Hari ini dalam Sejarah - Inverted Slipper

Friday, March 13, 2009

Cuba bayangkan, di pagi hari, ketika nak hantar anak kat nursery, sedang hujan turun dengan lebatnya, tetiba....selipar yg disarung terbalik. Itulah peristiwa yg berlaku pagi tadi, aku pakai selipar terbalik, dah sampai nursery baru perasan. Haaaaa...mesti gelak tak hingatkan. Aku nak patah umah balik, tapi hubby aku tak nak, dah lewat katanya, then dia cakap 'ala...orang bukan perasan pon za pakai selipar terbalik'. Nak tak nak....kami teruskanlan perjalanan ke tempat kerja dalam hujan lebat ittew, naik motor tau (kejamkan hubbyku ittew). klo org perasan selipar aku terbalik, mesti dowang ingat aku 'mental', mana taknya, atas motor aku sengih sowang2 mengenangkan keadaanku yang berselipar terbalik.

Ni suma gara2 anak bujang sorang tu lah (salahkan anak plak, padahal careless). Masa nak hantar gi nursery pagi tadi, guling2 depan pintu sambil nangis sbb nak bawa buku tebal 'My First Words' dia tu, mcm mana ibu nak bawa nak ooiii, hujan...nanti basah, tu yg dia protes tu. Aku yg dah sarung selipar yg betul masuklah umah balik nak amik dia yg tgh guling2 tu...langsung, terbalik plak. Hujan kan pagi tadi, tu yg pakai selipar tu, takkan nak pakai kasut kan, hujan2 tu...rosak lak kasut nanti. Lucky...aku bawak kasut spare, itupun hubby yg amikkan (aku letak atas bonet kete). Sampai jer lobby office, trus aku tukar selipar & sarung kasut. Itulah kisahnya, peristiwa yg takkan ku lupa sampai bila2.

You Might Also Like

3 comments

  1. haha...pernah jd pada bapakku...punyer hensem pakai baju keje skali sarung selipar jepun daaa...kui3...

    ReplyDelete
  2. Herni...selipar Jepun ok lagi, tapi ku ni selipar terbalik, tak ker mcm org mental?

    Hehehe...klakar bila ingat balik.

    ReplyDelete
  3. Okay, yang ni kelakar.. Hahahahaha!

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive