Kikis Tabiat Menjerit

Tuesday, July 21, 2009

Anda suka menjerit dengan anak anda? Tipulah kalau anda kata anda tak pernah menjerit kalau anak anda buat salah. Saya juga salah seorang ibu yang kuat menjerit bila anak buat salah, tapi jeritan saya jenis yang agak sopan sikit, bukan jeritan yang macam ala ala singa mengaum tu yer...ahaks...Di sini ada tips yang amat berguna untuk ibu bapa & bakal ibu bapa bagaimana cara untuk menangkis tabiat menjerit ni yer. Info ni saya dapat dari http://www.mypositiveparenting.org/

Ya, anak anda kadang-kala menyusahkan, tetapi menjerit pada mereka boleh menyebabkan kemarahan, menghancurkan harga diri dan menjadikan mereka ‘si penjerit’ juga. Disini diterangkan bagaimana anda boleh mengikis tabiat ini.

Anda pening kepala dan anak anda berlari ke sana sini, menjerit sekuat hati. Anda menyuruh mereka supaya senyap sebanyak dua kali; mereka masih tidak menghiraukan anda. Jadi, anda menjerit pada mereka untuk, “Duduk dan senyaplah!!!”

Jika anda pernah menjerit pada anak anda, sudah pasti anda tahu sekarang ia tidak berguna lagi. Menjerit tidak akan memperbaiki keadaan; ia hanyalah suara yang kuat. Anak anda mungkin sudah kebal dengan jeritan anda – semakin kuat anda menjerit, mereka semakin tidak menghiraukan anda. Anda hilang suara, tekanan darah anda semakin meningkat dan rumah anda pasti menjadi tempat yang tidak aman lagi.

KEBURUKAN MENJERIT

Menjerit akan membuatkan anak anda berasa diri mereka tidak baik. Apabila anda menjerit, anda mungkin menghamburkan perkataan yang menyakitkan hati dan memberi kesan kepada harga diri anak anda. Menjerit membawa kesan yang buruk kepada kanak-kanak yang sensitif dan ini menyebabkan mereka menjadi rimas dan meragam.

BAGAIMANA CARA BERHENTI MENJERIT

• Apakah pencetus kemarahan anda?

Apakah yang menyebabkan anda menjerit? Adakah anak anda yang degil, kecuaiannya atau kerana dia tidak menghiraukan anda? Kadangkala, anda akan marah dengan setiap perkara yang tidak melibatkan anak anda. Misalnya, adakah anda tertekan selepas bekerja dengan teruk di tempat kerja atau selepas bercakap panjang lebar dengan ibu mertua anda? Ketahui pencetus kemarahan dan waktu tertekan anda untuk membantu menangani kemarahan anda dengan lebih baik.

• Berlalu dari situasi

Berehat seketika sekiranya anda berasa ingin menjerit kepada anda anak. Beri masa untuk anda bertenang dan berfikir: apakah yang anda mahu anak anda pelajari? Kemarahan akan menyebabkan anda menghukum anak anda mengikut perasaan dan bukan kerana apa yang telah dilakukannya. Ingatlah bahawa hukuman bukanlah untuk melepaskan kemarahan anda, tetapi tentang tingkah laku yang boleh diterima dan tidak diterima.

• Bercakap dengan tenang

Kembali semula kepada anak anda selepas anda bertenang. Bersikap tegas dan positif. Terangkan kepadanya sebab-sebab kelakuannya tidak diterima dan cara-cara memperbaikinya. Jelaskan dengan terperinci apa yang anda ingin anak anda lakukan. Jika dia sudah cukup besar, galakkan anak anda untuk memikirkan bagaimana dia boleh membetulkan keadaan.

Ini adalah fakta: anak anda meniru apa yang anda buat. Jika anda menjerit kepada anak anda secara berterusan, dia akan membesar dengan kepercayaan jeritan adalah satu cara komunikasi yang diterima. Apabila anak anda sudah cukup besar, dia pasti akan menjerit kepada anda pula. Jadi, kikis tabiat ini sekarang. Tetapi juga bukan semua jeritan itu tidak baik - jika berlaku kecemasan, respon yang terbaik adalah dengan menjerit!

You Might Also Like

6 comments

  1. aku mmg suka menjerit..sbb dulu nak jadi penyanyi ala ziana zain tak kesampaian..hehehehe

    ReplyDelete
  2. alamak,aku kdg2 mmg menjerit bila tak terkawal..yelah ,24 jam kan...tp skrg aku cuba kontrol sbb faiz mkin besar..taklah nanti ade mama tarzan n anak tarzan kat umah...huhhuhu

    ReplyDelete
  3. buat masa ni blom menjerit lagi kat anak. sbb zara kecik lagi..hihihi tapi harap2 dah besar pun takde la mummy dia menjerit kan..

    ReplyDelete
  4. kalo kes menjerit ngan adik beradik plak? hehe

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing dear ..hmmm..seakat ni lum jerit lagik.meembebel adalah ..kakakaka..walaupun Q kecik, mak dia kuat berborak a.k.a membebel kat Q ..especially bila dia jatuh tergolek dr katil...wakakaka

    ReplyDelete
  6. yuda-> ala..ko kan mcm mak som...ahaks

    ila-> aku pon mcm tu gak, tak sedar kekadang, sbb dah marah sgt kan.

    yati-> mungkin sbb anak pompuan kot :)

    siti-> sama jer siti...adik badik atau anak, kena kikis gak tabiat tu :)

    watie-> sharing is caring :), dari gaya ko menulis pon ku dah tahu, ada jer cite, tapi best..sbb tu ku suka baca blog ko watie :)

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive