♥ Ceritera Raya ♥

Thursday, October 01, 2009


Masing² sibuk citer pasal kisah raya, aku jugak yang ketinggalan. Biasalah...bila dah cuti lama ni, rasa malas...nak berblogging pon jadi suam² jer. Kisah raya aku biasa² jer dari segi persiapan mahupun sambutan. Shopping pon ala kadar saja...ikut kemampuan :-)

Malam Raya

Biasalah...rutin harian pada malam raya...masak rendang, pasang langsir, rebus ketupat, isi kuih dalam balang dan yg sewaktu dengannya lah. Aku plak...hanya bley buat keja klo iman tido, klo tak...mengacau aja kerjanya, hubby ku plak gi bangi, sibuk uruskan umah yang tak settled lagi. Malam tu kami buat preparation untuk org masjid datang bertakbir raya di rumah. Walaupon aku duduk kat bandar, amalan bertakbir dari umah ker umah masih lagi di amalkan, tapi yang sedihnya, orang² lama (tua) boleh di bilang dengan jari...kebayakan yang datang hanya orang muda dan kanak² yang hanya nak mengumpul duit raya dan sekadar memeriahkan majlis, bukannya untuk menghayati apakah masud sebenarnya kita bertakbir di malam raya.

Habis suma, tibalah time untuk mengemas dapur plak. Biasalah...dapur mesti macam tongkang pecah bila malam raya kan. Hubby pon tolong kemas sama....cepatlah kerja mengemas tu habis :-). Penat sungguh...dalam pukul 2.00 am baru kami tido, dah tak larat nak buat keja dah.

Pagi Raya

Pagi² lagi dah bangun. Kakak aku dah siap masak kuah kacang ngan kuah lodeh. Masing² sibuk mandi utk gi masjid. Baju plak baru nak gosok pagi tu, agak kelam kabut sketlah. Nak prepare breakfast utk pagi raya, nak kejut & mandikan iman skali...adoiiii...susah betul nak pakaikan baru melayu kat iman sebab dia tak nak pakai baju. Selesai sembahyang, kami breakfast ramai². Menunya biasalah...juadah istimewa raya...rendang, lemang, nasi himpit, kuah lodeh & yg sewaktu dengannyalah. Bila dah kenyang perut, tibalah masa untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dan seterusnya acara untuk berposing. Di mulakan dengan kelurga abangku yg no. 2, then keluarga kakaku di ikuti keluarga kecilku dan yg last sekali bergambar beramai-ramai. Riuh rendah jadinnya. Anakku Iman plak....huhuhu...susah betul nak posing, org sibuk nak amik gambo dia...dia plak sibuk nak amik camera. Gambo pon tak der lah byk pon.

Tibalah masa untuk beraya ke rumah jiran² plak. Dah macam rombongan cik kiah dah...yerlah, 3 keluarga beraya sekali. 5 buah rumah jiran kami serbu dalam 1 hari tu. Perghhhhh....makan tak hingat punya...kembung perut di buatnya. Yang budak² sukalah sebab dapat duit raya :-). Malam tu plak kami gi umah kakak iparku di Subang...penutup utk raya malam tu.

Yang frustnya...planning kami untuk balik beraya di Perak tak kesampaian. Habis suma rancangan terbatal...termasuklah jemputan dari sahabat di alam mayaku Amyatie a.k.a THU untuk calebrate 1st birthday Maira...maaf yer THU :-). Aku pon tak tahu apa alasan hubbyku napa tak balik Perok. Penat mungkin...sbb malam raya tu dia buat keja kat umah baru sampai tengah malam.

Raya ke 2

Kami ker Melaka...beraya umah kawan hubby. Bertolak dalam tgh hari...jalan sesak gak lah nak ke melaka. Kami lepak sampai malam...lepas makan baru kami gerak. Nak gi Seremban plak, umah Abg Long ku kat Paroi Jaya. Bermalam di sana. Malam tu jugak mak & keluarga kakak aku dtg seremban, meriah umah abg long ku malam tu.

Raya ke 3

Kaluarga kami balik Negeri 9 plak, tapi kami tak gi sebab hubby ku start kerja esoknya. Sebab klo dah gi raya umah sedara mara ni, amik masa yg lama, banyak umah nak gi plak tu, setahun skali kan. Memandangkan hubby tak larat, kami melencong ke Nilai...survey barang² rumah. Banyak gak kedai yang tak buka lagi, kedai makan pon tutup. Mood raya lagi kan. Tak lama pon kat sana, lagi pon cuaca panas sangat. Balik dari Nilai kami singgah rumah baru jap, untuk merehatkan badan :-), petang baru balik.

Raya ke 4

Hubby dah start keja...tinggal berdua jer ngan Iman, boring giler. Mak ngan kakak aku still kat Seremban. Sunyi sepi jer...lepas hubby gi kerja aku trus masuk dapur...masak, sementara Iman masih tido, klo tak...memang tak bley buat keja, nak masak pon susah sbb Iman mengacau.

Itu jer lah ceritera raya kami :-)...gambar raya pon nanti² lah upload, tak banyak pon.


You Might Also Like

2 comments

  1. detail sungguh cerita raya...

    ReplyDelete
  2. Hehehe...tak der lah detail sgt nadnye, klo detail...lagi panjang critanya :-)

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive