TANTRUM - Kesabaran IBU sudah tak terbendung lagi nak

Friday, October 23, 2009

Sejak pindah rumah baru ni tantrum Iman semakin menjadi². Betul² menguji tahap kesabaran aku sebagai seorang ibu. Aku sedar...mungkin sebab new surroundings, Iman masih tak dapat nak sesuaikan diri lagi. Yerlah...dulu masa tinggal ngan mak sepupu² ramai, ada kawan nak main. Sejak pindah ni dia sorang² jer...boring mungkin. Sampaikan aku nak masak pon tak boleh, nak kena duduk ngan dia, tgk TV sesama.

Kekadang aku rasa tension...tak tahu nak buat macam mana lagi, especially every morning...nak gi nursery. Since aku hantar 6/10 sampailah pagi ni 23/10, setiap pagi nangis...tak nak gi nursery, modal dia....nak nenen...nak nenen. Mengamuk² soh aku baring ngan dia skali. Pagi smalam lagi havoc, start dari pukul 6.45 pagi dia bangun samapailah pukul 7.30 pagi menangis² + mengamuk. Aku gosok baju di tutupnya suis, di baringnya atas penggosok baju, campak botol, macam² lagilah. Ya Allah...aku dah hilang sabar, aku rotan tgn dia & peha dia, last² hubby aku kurung dalam bilik. Air mata aku tumpah....

"Wahai anakku Iman Hakimi, ketahuilah olehmu nak, ibu dan abah bukan sengaja nak buat iman macam tu, tapi sikap iman buat ibu & abah hilang sabar. Ibu ngan abah nak gi keja dengan hati yg tenang dan gembira untuk mencari rezeki untuk kita sekeluarga, tapi bila setiap pagi iman nangis...hati ibu dan abah jadi gundah gelana, iman tak suka gi school ker? Ada budak buli iman kat school ker atau iman tak happy kat school baru? Anakku Iman Hakimi...klo abahmu berkemampuan...dah lama ibu duduk rumah jaga iman, tak perlu ibu susah payah pergi kerja. Tapi rezeki kita masih belum mencukupi. Ibu perlu bekerja sama untuk membantu abah mencari rezeki. Satu hari nanti iman akan faham"

Aku masih gagal menahan sikap marah.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan dan perjalananku untuk mendidik anakku dengan sempurna. Jadikanlah anakku sebagai anak yang soleh, anak yang taat pada perintahmu & taat pada kedua ibu bapanya. Lembutkan lah hatinya.
Ya Allah...berilah hambamu ini kekuatan dan semangat yang tinggi untuk aku menempuhi segala cabaran dan dugaan darimu. Berilah aku kesabaran yang tiada terbatas"



You Might Also Like

10 comments

  1. Sabo..ku kata orang je..kdg2 ku pun tak sabo..sekali sekali ku cubitan juga..kah kah! Tu belum byk akal tu..kala dah besar cam iman nnti agaknya, mau gak aku meroyan juga!wakaka

    ReplyDelete
  2. saba le fiza....tula kadang kala aku jadi maksom bila had kesabaran maksimum!!!

    ReplyDelete
  3. its ok..tantrum is a phase...kalau cara kita betul, nnt dia grow out of it.

    ReplyDelete
  4. sabar aje lah kan fiza.
    insyaAllah tak lama lagi ok lah Iman tu...

    ReplyDelete
  5. Salam fiza,

    cuba fiza try google and search link yg berkaitan dgn seperation anxiety. Most bb smua mcm tu esp bf baby. fiza sabar ya. Sayang iman.

    ReplyDelete
  6. THA: Hehehe...mu akan melaluinya juga, tunggulah bila azri dah beso sket nnt ^_^

    HADA: Aku tgh sabar ni hada, klo tak sabar pon kena sabarkan jugak.

    IJA: Hopefully, tapi takut cara ku plak salah, nnt jadi lain plak.

    ZARIN: Insya'allah, TQ Zarin.

    NUROLL: W'salam, nnt ku search. Huhuhu...tak sabar pon kena sabar gak N, hopefully iman back to normal.

    ReplyDelete
  7. sabar Fiza, nanti lama-lama okay.. sejak jadi mak nie mmg kene banyak bersabar walaupun kadang-kadang terhilang sabar..
    nanti lama2 berubah, cuma dia nak attention, sama la budak2 yang kat rumah

    ReplyDelete
  8. TQ Nadnye, nak dekat sebulan dah perangai iman mcm tu, hopefully cptlah peragai dia berubah.

    ReplyDelete
  9. fiza..samala cam qistina..kdg2 die wat camtu,dtg jugak meroyanku ni...tp tu la,mungkin sbb dulu kat umah ramai orang..skang die lonely kot...kite pun kdg2 xde ms sgt nak layan die main...

    cube bisikkan kata2 nasihat ms die tido2 ayam..mudah2han phase seperation enxiety die cpt berlalu...

    ku ni pun tgh nak adjust tantrum anak daraku tu...

    ReplyDelete
  10. Maria, masalah kita sama..huhuhu..ku baru ballik dari blog mu, anak daramu sebijik perangai mcm anak bujangku, tak bley nak buat keja langsung, ke hulu ke hilir...mengikut aja, ngan abah dia pon tak nak.

    ku pon tgh adjust tantrum iman ni, nak dekat sebulan dah ni.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive