Kena Saman T_T

Thursday, November 19, 2009

google pic.

Pagi tadi kena saman ngan abg polis trafik, belok jer simpang traffic light abg polis dah angkat bendera soh ke tepi. Tahulah motor hubby aku nampak dah buruk, tapi kan...abg polis selalunya tahan kenderaan yang macam mana erk...kenderaan yang nampak pelik atau yang mendatangkan syak wasangka atau kenderaan yang dah buruk mcm motor hubby. Kalau memang yang dah sah² buat kesalahan trafik tu haruslah kena tahan kan. Ker dorang suka suki jer nak tahan? Tak pasal² aku sampai office lambat :(

Back to the story (^_^), abg polis tu pon mintak lah IC, lesen memandu & road tax. Hubby hanya bagi IC ngan lesen memandu saja, road tax tak der, alasan yang munasabah...tertinggal kat rumah. Ya ampun, selama ni kami gi kerja tanpa road tax. Makanya...dapatlah surat cinta dari abg polis sebab gagal menunjukkan road tax motokar. Tapi tak per, abg polis ckp bila nak bayar saman nanti tunjukkan road tax, automatik saman tu batal. Lepas dah gerak tu lagi best, hubby cakap apa tau 'abg pon tak tahu road tax motor kat mana'...hohohoho...haruslah malam kang selongkar apa yang patut. Kalau tak jumpa....pandai² abg lah buat apa yang patut (^_^)


You Might Also Like

5 comments

  1. la...sibuk ke lain, roadtax semua leh lupa eek? bikin naya saje.

    ReplyDelete
  2. Huhuhu...tu lah pasal, careless btul.

    ReplyDelete
  3. adoii yaiii.. kiteorg penah kene saman sbb potong kat double line.. pakcik depan kiteorg ni bwk slow gilerr, jadik kiteorg potong laa...skali zasss polis kuar dari semak..adoii yaii..kiteorg saspek pakcik tu komplot ngan polis tu laa... huhuuh...

    ReplyDelete
  4. hahahah ko tau aku lagik la xdek lesen. aku xtau lesen aku kat ne and aku rasa dh mati dah lesen tu ahhahahah

    ReplyDelete
  5. FAUZI-MAYA: Hahaha...tingat citer dulu, kitorang pon penah kena gak mcm u kena, tak prasan polis ada kat depan, tapi abg polis baik plak..terlepas saman (^_^)
    ***************************************************************
    ELY: Ko lagi dasat...ahaks...abis, selama ni ko drive without lesen memandu lah yer, baik ko cari cpt lesen tu...beringat sebelum kena ☺☺

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive