Kesian...

Thursday, December 17, 2009

Bila tengok penunggang motosikal yang:

1. Membonceng isteri dan anak kecil di belakang yang terpaksa berpanas dan berhujan. Emosi aku lagi cepat tersentuh klo pembonceng tu adalah bayi..huhuhu..Kita cukup beruntung ada kenderaan yang selesa dan bebas ke sana sini. Tak perlu berpanas berhujan cuma tension ngan traffic jammed jer. Bagi yang tak berkereta dan punya anak kecil tu, mesti pergerakan agak terbatas. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada skang ni. Kalau kita fikir kita susah, ada orang yang lagi susah dari kita.

2. Terpaksa tolak motor yang tayarnya pancit. Kalau dekat ngan kedai² tak per, klo pancit kat highway? Dengan hujang yang lebat macam aku kena kelmarin ☺, pastu HP habis kredit plak dan yang lagi haru...tak der contact no. si penukar tayar. Hanya penunggang motor saja yang bley jawab..ahaks..

Bila tengok bayi dan kanak² yang:

1. Di buang sesuka hati, macam sampah di buatnya, especially mayat bayi yang baru lahir. Wahai manusia, di manakah sikap peri kemanusiaan anda? Memang binatang lah orang macam ni. Binatang pon sayangkan anak. Kalau ko taknak sekalipon, jgnlah di buang, bagi pada ornag yang memerlukan atau hantar kat Jabatan Kebajikan Masyarakat. Si jantan ni...silalah bertanggungjawab, jgn tahu sedap 'main' jer, bila dah 'jadi', tak nak bertanggungjawab...menggelabah. Yang aku hairan...orang mcm ni senang jer nak mengandung, pastu senang plak tu nak beranak. Aku yang nak anak pon masih blom ada rezeki lagi. Kuasa allah kan, hanya DIA yang maha mengetahui.

2. Di dera sampai mati. Ya allah...ni lagi satu manusia binatang. Tak menjaga dan menghargai pemberian yang allah bagi.

Bila tengok makcik²/pakcik² yang sebaya mak/ayah kita sedang:

1. Menjual kerepek di kaki² lima atau menjaja² kuih di kedai makan/restoran. Sambil bawa bag² berisi kerepek & kuih muih. Dengan ayat "Nak...kerepek nak, 3 RM10.00...sedap ni nak, baru buat lagi ni" Aku tak bley tengok lah, sedeyyyy. Sepatutnya bila dah umur senja macam tu dah patut duduk rumah, banyakkan amal ibadat, dah boleh berehat²...tapi...Hanya yang mengalaminya saja yang bley menjawab. Kita tak tahu apa masalah mereka kan. Tapi aku memang kesian.

2. Duduk di rumah orang² tua. Kenapa ada orang yang macam ni kan? Sanggup hantar mak ayah kat rumah kebajikan. Orang yang macam ni tak patut lahir kat dunia ni. Kalau time Hari Raya, kat stesen² TV mesti ada siaran langsung kat rumah orang² tua ni, sedey dorang bila di interview, "anak pakcik/makcik tak sanggup jaga pakcik/makcik, sbb tu dorang hantar kat sini", "sepanjang makcik/pakcik kat sini, anak makcik/pakcik tak pernah dtg jenguk, makcik/pakcik rindu nak jumpa cucu²"...nangis pakcik/makcik ni tadi. Apa perasaan uols? Ya Allah...luluh hati aku. Wahai anak² di luar sana, hargailah ibu ayah anda selagi anda masih hidup. Peliharalah mereka seperti mana kita di pelihara dan di tatang bagai minyak yang penuh dengan penuh kasih sayang. Hargailah pengorbanan mereka. Walau sesibuk mana anda sekali pun, sila jangan abaikan tanggungjawab sebagai anak. Jangan lah jadi anak yang durhaka. Ibu ayah sanggup menjaga 10 orang anak, tapi sorang anak itu belom tentu dapat menjaga ibu ayah tu sendiri.


You Might Also Like

4 comments

  1. bila kita tgk org yg kurang bernasib baik, automatik kita akan bersyukur dengan kehidupan yg kita ada sekarang kan.. kita masih boleh bersuka ria tapi mereka.. :(

    lagi satu lady kesian betul tgk org yg terlantar sakit di hospital..
    :(

    ReplyDelete
  2. betul tu..biar mereka 'sedap2 buang' skrg,pastu nanti dah kahwin susah/ x dpt langsung! mana tahu..hmm..hati kering betul,leh buang/ pukul anak sampai mati!

    ReplyDelete
  3. Btul tu Lady, bersyukur sangat² dgn apa yg kita ada skang ni.

    Huhuhu...ha'ah lah, especially bila tgk budak²/baby yg sakit.

    ReplyDelete
  4. Tak der perasaan kan, biar allah balas perbuatan mereka yg jahat tu.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive