"90 Hari Untuk Ibu" - Kempen (1) Juta Tandatangan

Tuesday, March 09, 2010


Buat warga Malaysia, ibu²...bapak², bakal² ibu...bakal² bapa dan yang masih bujang, sempena 'Hari Wanita Antarabangsa 2010' marilah kita sama² menyokong dengan kuat inisiatif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) untuk meningkatkan cuti bersalin bergaji daripada 60 hari kepada 90 hari.

Cuti bersalin di Malaysia antara yang terendah kalau nak di bandingkan dengan negara² Asia Tenggara. Antarnya:

· Singapura – 112 hari (16 minggu)
· Thailand – 90 hari (3 bulan)
· Kemboja – 90 hari
· Indonesia – 90 hari
· Malaysia – 60 hari

Beberapa Negara Asia Tenggara menyediakan perlindungan menyusukan anak serta penjagaan kanak-kanak. Sebagai contoh seorang ibu di Singapura mendapat sehingga 12 bulan untuk menyusu dan menjaga bayinya yang baru lahir. Di Kemboja, syarikat-syarikat dikehendaki pemberian seorang ibu baru masa rehat 30 minit dua kali sehari untuk menyusukan anaknya. Mereka yang mempunyai lebih daripada 100 pekerja wanita perlu menyediakan bilik-bilik penjagaan dan pusat-pusat jagaan harian, dengan kos penjagaan bayi itu ditanggung oleh syarikat. Sementara itu majikan-majikan Indonesia perlu menyediakan satu tempat yang sesuai bagi ibu-ibu untuk menyusukan anak mereka semasa waktu bekerja. Ini hanya beberapa contoh-contoh perlindungan bagi pekerja wanita yang diperuntukkan di bawah Konvensyen ILO (Organasasi Buruh Antarabangsa)

60 hari cuti bergaji itu memang tidak cukup bagi kebanyakan wanita Malaysia. Kenapa? Penderitaan seorang wanita yang melahirkan anak bukan setakat fizikal malah emosi serta juga mental.

Kempen ini juga bertujuan untuk menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif. Susu ibu membekalkan pelbagai kelebihan kesihatan serta emosional kepada kedua-dua ibu dan anak, yang amat penting dalam bulan-bulan pertama menjalin perhubungan. Cuti bersalin yang lebih akan membolehkan ibu-ibu menjaga bayi mereka dengan lebih baik.

Jom tandatangan ramai². Senang jer, just kilk banner di atas, masukkan nama, IC, Email address and submit.

NUBE akan mengumpul tandatangan-tandatangan yang menyokong petisyen “90 Hari Untuk Ibu” Petisyen Online ini dan akan serahkannya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan disalinkan kepada semua 221 Ahli Parlimen sebagai suara rakyat 1Malaysia yang menyerukan pindaan-pindaan tersebut.

Sekian...khidmat masyarakat dari saya (^_^)


You Might Also Like

7 komen

  1. teman setuju!
    lepeh nie.. kaum laki mintak up ckit cuti, agaknye leh kot...

    ReplyDelete
  2. setuju!! nk sign jugak...

    ReplyDelete
  3. Dear all commentor: Tandatangan anda sangat di alu-alukan (^_^). Smoga kempen ni berjaya.

    Lady: Hehehe...yerlah, biasanya paternity leave 3 hari jer, klo di naikkan pon ok gak kan ☺☺☺

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive