Murid Tahun Empat Maut Lintah Masuk Dubur

Friday, March 12, 2010

JELI: Seorang murid perempuan Tahun Empat meninggal dunia pagi semalam akibat mengalami pendarahan dalaman selepas duburnya dipercayai dimasuki lintah ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dekat Gemang di sini.

Siti Nazirah Abd Kadir, 10, dikatakan ke sungai itu bersama sepupunya, Hayati Idris, 11, selepas menjalani latihan sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemang, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Bapanya, Abd Kadir Safei, 44, berkata Siti Nazirah mengadu kesakitan di dubur sebaik pulang ke rumah, kira-kira jam 5 petang.

Berikuta itu, ibu mangsa, Mariam Yakob, 34, membawa anaknya ke tandas dan terkejut apabila menemui seekor lintah diselaputi darah dalam seluar Siti Nazirah.

Abd Kadir berkata, beliau yang ketika itu bertukang di rumah saudara berdekatan, bergegas pulang selepas isterinya memaklumkan Siti Nazirah mengalami pendarahan berterusan.

Katanya, Siti Nazirah dibawa ke Hospital Jeli, tetapi dirujuk ke Hospital Tanah Merah sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

Beliau berkata, anaknya disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 9 pagi semalam akibat pendarahan dalaman.

Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemang selepas solat Zuhur.

Sumber : Berita Harian Online

******************************************************************************

Eeeuuwwww...macam mana lah lintah bley masuk dalam sluar erk, takut lah plak nak mandi sungai. Kena berhati² dan kena peka pada benda² asing lpas nih. Al-Fatihah utk arwah.


You Might Also Like

9 comments

  1. seriussss.......takut sgt dgr berita mcm ni..

    ReplyDelete
  2. kwn saya pernah mandi sungai lintah masuk hidung...dia tak rasa pun, dia tgk cermin nak sikat rambut baru dia nampak...

    ReplyDelete
  3. tkejut bc paper smalam. tp betul has pernah tgk sendiri cousin masuk lintah. ms tu kami sek ren. trs arwah nenek bj minum air campuran segengam abu + halia. x sampai 5min dia kuar. mujur x pendarahn serius...cepat sedar kut.

    ReplyDelete
  4. mak nadia citer,...dlu2 pn penah berlaku...tp dlu xde media utk dihebahkan... apapun, mmg kne lebih hati2....seram jerk...

    ReplyDelete
  5. tu la fiza... ewww takutnyeee ..

    alfatihah utk arwah

    ReplyDelete
  6. seram berdiri bulu roma..xdpt bayangkan lintah tu dok godek2 kat dlm perut..

    ReplyDelete
  7. IEMA_Z: Takutkan.

    AS: Eeeuuwwww...gelinya as, mcm mana bley tak perasan lintah tu masuk dlm hidung erk...eeee..

    ReplyDelete
  8. HAS: Tu lah, terkejut gak sbb jarang dgr org mati pasal lintah. Nasib baik cousin has tak apepe.

    ADYA A: Yer lah, kena hati².

    ReplyDelete
  9. ELY: Takut & geli.

    SHAKEYMIRZA: Euuwwwww...meremang bulu roma, geli.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive