Buah Delima...oh! buah delima....

Thursday, May 20, 2010

Kat mana lagi nak cari buah delima ni yer. Mak buyung nan sorang ni mengidam buah delimalah plak. Dah suruh hubby cari, tapi tak jumpa² lagi. Ada gak soh cari kat pasar chow kit & pasar pudu, tapi belum berkesempatan lagi nak pergi.

Baru dapat makan sebiji jer buah delima, itupon kat umah mak, mamang ada tanam pokok delima ni. Memang rezeki ibu mengandung...kebetulan ada sebiji yg masak, tapi tak puas makan lah, cinonet sangat pastu isi pon tak merah. Kalau dapat yg beso dengan isi kemerah-merahan mcm yang dalam gambo nih...perghhhhhh...sedapnya....


Antara Khasiat & kelebihan buah delima:

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6)

Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.

Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.

Antara kebaikannya yang lain:
  • menghalang pembentukan sel kanser
  • mencantikkan kulit
  • mencegah dr nyanyuk
  • memberi tenaga
  • elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
  • elok utk sistem penghadaman
  • mngurangkan berat badan
  • prevent morning sickness( utk org mengandung)
  • memperelokkan rahim
Source kat sini


You Might Also Like

13 comments

  1. cantik buah delima tu,tp x pernah lagi mkn..hopefully someday..hihi

    *semoga hajat nak mkn buah delima kesampaian..*wink.

    ReplyDelete
  2. betul tu... buah delima ni bagus di makan. sunnah :)

    ReplyDelete
  3. lor..ciannyer makbuyong nak buah delima, tak pernah makan tapi pas tgk pic kat atas ni, tetibe teringin gak! hehehe :)

    ReplyDelete
  4. pernah makan buah delima few times dan sekali sekala ada juga nampak di pasaraya... rasanya kat chow kit may be ada..

    ReplyDelete
  5. dulu saya pregnantkan afif pon ngidam buah delima..org kate kalau nak anak mata cantik..makan delima selalu..husband saya ckp die carik kat kedai buah/pasaraya.

    ReplyDelete
  6. buah delimaaa memang payah nak cari....tapi banyak khasiat nyaaaaa.....sedapp

    ReplyDelete
  7. kak, try carik kt pasaraya. kalau kt cni boleh sy tunjuk pakai jari je kt pasaraya mane ade jual. hehe. org ckp kalo mkn buah ni time ngandung, nanti bibir anak merah n cantek je. sy aritu sempat mkn 2 bijik je kot. sbb tau pun dh nk bersalin sgt dh

    ReplyDelete
  8. biasa dlm market jj ada jual..cuba la cari...

    ReplyDelete
  9. MOMMYYEN: Sedap tau, cubalah.

    ARDINIHUMAIRA: Bagus kan klo dpt makan.

    ReplyDelete
  10. IEDA: Kesian kan, haa...tu baru tgk gambo dah rasa nak mkn, klo dpt makan sebijik mesti nak lagi (^_^)

    LADY: Tu lah lady, dah ckp kat hubby soh gi chowkit, tak lepas2 lagi nih.

    ReplyDelete
  11. FARAH: Dah cari area bangi nih, masih blom jumpa lagi.

    IBU_UMAIRAH: Sebab byk khasiat..tu yg susah nak cari kot ☺☺

    ReplyDelete
  12. NOJ: Owh...kat sana byk erk. Byk khasiatnya yer noj.

    HAS: Harus gi JJ cari nih.

    ReplyDelete
  13. pernah makan yang besar dan merah macam ni.. Ayah member bawak balik dari mekah =)

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive