Buang mayat bayi - di penjara setahun dan di denda jer????

Tuesday, June 08, 2010

Itu jer hukumannya? Bagi aku tak berbaloi langsung. Sakit jer hati aku bila baca. Nyawa seorang bayi di bayar dengan denda dan penjara saja. Macam mana pulak dengan hukuman berzina? Yang jantan tukang bagi benih? Takkan lepas mcm tu jer.

Firman ALLAH S.W.T:
"Penzina wanita (belum kahwin) dan penzina lelaki (belum kahwin) kedua-duanya hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan janganlah kamu melahirkan rasa belas kasihan kepada mereka berdua hinggakan kamu tidak sanggup menjalankan hukum ALLAH jika kamu beriman ALLAH dan hari akhirat." - Surah al-Nur: 2.

**********************************************************************************

Siswazah dipenjara setahun dan didenda kerana buang bayi

Tak payahlah tutup muka tu. Famous apa masuk news paper.

KUALA TERENGGANU 7 Jun – Seorang siswazah universiti dikenakan hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku bersalah membuang mayat bayi lelaki yang dilahirkannya, dua tahun lalu.

Tertuduh Zarina Sulaiman, 22, seorang siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM), kelihatan menangis ketika hukuman dijatuhkan oleh Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, Chendering, dekat sini, antara pukul 11 malam dan 12 malam, 29 Januari 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini dan ayah tertuduh telah membayar denda itu. – Bernama



You Might Also Like

11 comments

  1. hukuman tak berapa berat. Ramai lagi yang tak takut buang bayi lepas ni.. geram

    ReplyDelete
  2. 7ribu? setaun penjara? mcm bodo je kan. geram plak dengar. ingat setaun duk lam penjara tu leh insaf ke. sedangkan org merogol anak pun, duk lam penjara 20 taun pastu kuar, rogol lagi. mende laa

    ReplyDelete
  3. aku xbaca paper, aku dgr short news aje kt radio.. mayat baby tu separuh hangus tau sbb kt tmpt pembuangan sampah.. eeeiii!!!! xpaham aku!!

    ReplyDelete
  4. bodo tongong betul.
    esok2 kuar penjara, mcm la budak tu insaf.
    huh!

    ReplyDelete
  5. bodoh kan? tu dah kira bunuh orang la sbb sampai ko bakar anak ko sendiri!

    patutnya dia kena penjara mcm orang lain yg bunuh manusia. sebat 100 kali tu pun bagus.

    setakat setahun penjara. entah insaf entah tak

    ReplyDelete
  6. hukuman kat dunia ni sket jela tapi kat sana nun..tunggu jela..tapi kan Allah mesti nak tunjuk jugak...walaupun baby tu dibuang dalam tong sampah ke still kadang2 ada orang yang akan jumpa..contohnya dia dah letak dalam plastik hitam buang dalam sampah yang banyak pun masih lagi ada orang yang rasa was2 dan jumpa..Allah Maha Besar

    ReplyDelete
  7. AINI: Btul tu, geram kan.

    NOJ: Memang bodo pon, hukuman yg tak berbaloi.

    ReplyDelete
  8. ELY: Buang kat pembuangan sampah pon yer gak, Yg ni kes dia campak bb tu kat tepi jalan tau ely.

    ISABELLE: Bengang kan.

    ReplyDelete
  9. LIZ: Tu lah, memang dah membunuh dah tu, sebat pon dah patut kena.

    LADY: MEmang sad sgt².

    ReplyDelete
  10. Btul tu amirah, buang mcm mana pon org mesti jumpa, tunggu jerlah azab kat SANA tu.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive