Cerita Cerai Susu Badan

Tuesday, June 22, 2010

Alhamdulillah, dengan rasminya dah sebulan lebih aku wean-off Iman. Ianya bukan satu perasaan yang mengembirakan bila dah wean-off nih, tapi perasaan sedih. Kalau dalam entry INI aku sibuk cerita pasal nak stop BF, tapi sebenarnya perasaan tak sampai hati tu begitu kuat. AKu still BF iman even Breast & nipple rasa sangat sakit. Tapi bila keadaan dah bertambah teruk di mana belahan² kecil kemerahan dah mula kelihatan kat keliling nipple, aku kena stop kan jugak.

Dengan keadaan iman yg memang sangat susah nak wean-off, aku terpaksa beli jadam. Tapi tak pakai pon, bila terbaca blog Mommy Lyna pasal petua cerai susu badan. Aku print entry tu, nak hubby baca sebab husband pon memainkan peranan penting gak. Malam tu aku cuba buat kat iman. Guna Psychology lah konon. Dengan muka sedih aku cakap nenen sakit, siap tunjuk kat dia lagi (^_^). Pastu aku cakap "iman dah big boy, tak bley nenen lagi" sambil peluk & cium dia. Hhmmmm...kejap jer. Bila nak tido mintak candu balik. Tapi kali ni nekad, aku tak bagi. Iman merengek, merajuk...aku tepuk punggung nak soh tido dia tolak tangan aku "jangan tepuk", huhuhu...sedih tu.

Beberapa malam jugaklah macam tu, nak tido jer mesti mintak nenen, bangun malam nak nenen. Tapi aku tetap tak bagi, terpaksalah bangun bancuh susu. Alhamdulillah...lepas seminggu tu iman dah tak nak BF. Yang aku perasan, bila dia rindu sangat dengan BF moment tu, malam sebelum tido dia akan peluk aku dan di sembamkan muka kat breat aku (^_^)...sian, dapat bau pon jadilah ☺☺☺.

Kekadang saja aku offer nenen, pastu dia cakap "tak nak, nenen ibu sakit, abah pon tak bley nenen"...erkkk...apa kene mengena dgn abah plak. Sejak dah wean-off nih, jarang lah iman bangun malam, sebelum tido dah bagi susu dulu. Lena sketlah tido malam ku (^_^).

Apa² pon aku tetap bersyukur walaupon terpaksa campur dengan FM, Iman masih mendapat khasiat Susu Ibu  sehingga 2 tahun 5 bulan.


You Might Also Like

11 comments

  1. hurmm...irfan masih nyusu badan...skang nipple aku sangat sakitt...luka giler...hurmmm...
    tapi aku lum ada niat nak stop bf kat dia...balik dari taska dia akan kejar aku...nak susu...huwaaa

    ReplyDelete
  2. cian kan masa nk memula benti tu. nnt ckp kt dia susu tu nk bg adik plak. :)

    ReplyDelete
  3. huhu..sayu nya ceta mommy ni.sedih kan mommy..

    ReplyDelete
  4. ieda lagi sedih sebab dapat susukan amanda hanya 3 minggu jer..

    ReplyDelete
  5. Iz-ann, cuba ko sapu ngan madu lebah. Memang pedih giler klo dah luka tu, budak lelaki klo nenen ganas sket.

    ReplyDelete
  6. NOJ: memang kesian sangat.

    MOMMYYEN: Sayu & sedih...suma ada.

    ReplyDelete
  7. Ieda, tak per...next baby ko BF sampai 2 thn (^_^)

    ReplyDelete
  8. fiza,

    teringat masa wean off suffiya, dia tdo dgn papa depan tv malam2. Ibu dia yang sedihhh tdo lam bilik sorang2.

    ni tak tahu la kalo wean off zulaikha cemana ..adeyyyy. dah la dia jenis manja.

    ReplyDelete
  9. fiza, ayu nye cik N still nak ok tapi tak berapa ok lagi jugaa..huhu..

    bila nampak mcm nak baik je, terus pam guna S3.. penat la guna tangan ni..at last, luka balik..tp, sekrg ni semua jenis ayu letak..

    madu la, air gamat la..ubat doc bg pun ayu letak...^_^

    tapi, betul la..baby boy mmg hisap ala2 ganaz skeet...hehee

    ReplyDelete
  10. huwaaaa siannye iman.. aku xbleh la emo.. aku selalu gak usik sami xyah susu.. tapi dia blk nurseri leka main 2-3 jam aku plak yg gatal offer diri tnya nak susu ke dak.. huwaaa abis la aku depress cmnih..

    ReplyDelete
  11. akak dah lalui saat getir nak wean off BF si Alysha...mmg sedey sgt..dia nangis,akak pun nangis...at least hubby fiza ada di sisi...cam akak nk kene lalui sorang diri :(

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive