Ciuman perokok boleh bunuh kanak-kanak: Pakar

Thursday, June 03, 2010

Untuk perokok² di luar sana, silalah baca yer. Ini adalah hasil penyelidikan dari pakar.


MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya pada kerongkong mereka.

"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium.

"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," katanya seperti dipetik laporan Australian Associated Press.

Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia. - Bernama

Sumber : Berita Harian Online


You Might Also Like

8 komen

  1. hoh..ngerinye...
    kalo mcm ni, lps ni xnak kasi strangers peluk cium anak kita la. ayahnya dah tobat merokok, dah selamat 1 part.

    ReplyDelete
  2. MARYAM: Sharing is caring (^_^)

    ISABELLE: Btul tu, i nak kena tunjuk article ni kat hubby, mana tau trus benti hasap rokok.

    ReplyDelete
  3. Salam. Kesimpulannya, sesiapa yang merokok perlulah berazam utk berhenti, kan? :)

    ReplyDelete
  4. dasat nya.. nyawa budak2 lak yg terancam akibat perokok2 ni.. hadoi la...

    ReplyDelete
  5. OKTANT: Btul tu (^_^)

    NURFAIZSHAIDAN: Dasyat kan.

    ReplyDelete
  6. Ayu, memang dasat. Jauhkanlah anak anda dari perokok ☺☺☺

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive