Pre School Activity - Butang Kognitif

Thursday, June 24, 2010

Ini antara aktivi yang aku selalu buat untuk Iman. Terjumpa pasal Butang Kognitif ni pon secara kebetulan masa tengah surf MukaBuku. Yang menjualnya pon cikgu prasekolah, Aznee. Info kat bawah ni aku C & P dari blog Aznee. Actually bahan² ni kita bley jugak cari sendiri, mcm aku tak der masa nak cari, solutionnya...order saja (^_^)

bahan yang digunakan adalah:

- butang berwarna
- butang berlainan bentuk
- kontena (untuk simpan butang)

kaedah ini adalah di bawah Sains dan Teknologi iaitu Matematik kerana ianya melibatkan bentuk, warna, rupa iaitu seriasi.

Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan.

Contoh seriasi:

a) Menyusun mengikut pola urutan
  •     Kecil – besar, nipis – tebal, rendah – tinggi, pendek – panjang, sempit – luas.
b) Menyusun objek mengikut ciri

1. Keluarkan butang-butang dari bekas casing. Letakkan butang-butang secara bercampur dan rawak..

2. Minta anak anda memilih satu butang dari satu warna tertentu. Kemudian masukkan ke dalam lubang casing yang pertama.. Dituruti butang kedua dan seterusnya...Dan pastikan mereka mengisi mengikut urutan lubang yang kosong sekiranya tiada pilhan warna butang yang telah dipilih. Untuk pertama kali percubaan, anda boleh tunjukkan caranya supaya anak anak anda lebih mudah faham.

3. Sambil mereka bermain, anda boleh memperkenalkan bentuk dan warna butang tersebut..

4. Biarkan mereka bermain dan mencuba.. Jika anda ada 2 set butang atau lebih yang sama saiz.. Anda boleh campurkan butang tersebut dan arahkan anak anda susun mengikut warna yang sama.. Walaupun, berlainan bentuk, lihat kebolehan anak anda mengasingakan butang mengikut warna dengan betul..

5. Diakhirnya, anda juga boleh mengajar anak anda mengira butang tersebut mengikut warna masing-masing..

 Tadaaaaa....inilah hasilnya, muka happy sebab dapat susun dengan betul ikut warna (^_^)

Seronok sangat bila apa yang kita ajar mendapat tindak balas yang positif. Memula agak mencabar jugak sebab iman tak faham konsep. Bila dah banyak kali ajar, barulah dia faham. Practice make perfect.

Ok...selamat mencuba.


You Might Also Like

3 comments

  1. kecik kecik betul mende tu. risau kalo bg anak sy tu, mesti dia masuk mulut. dh la kaler meriah. hehe

    ReplyDelete
  2. beli kat aznee ek??hehe..kawan satu campus ngan ayu tu..hehe...nama glamer, jonny..

    menarik permainan tu..tp, mcm kawan fiza kata la..hariz kecil lg..takut masuk mulut je..^_^

    ReplyDelete
  3. tq Fiza sbb support.. Insyallah akan ada tools yang lain.. nanti kita boleh share bersama... hope Fiza dan Iman enjoy guna Butang Kognitif ya!

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive