Banci Penduduk di kawasan Bangi dah start lah...

Friday, July 09, 2010


Siap gantung banner lagi kat apartment nih. Petang kelmarin balik rumah tengok kat pintu ada surat dari kementerian yang buat banci nih lah mengatakan yg dia ada datang untuk banci. Pastu dia akan dtg balik untuk banci lagi. Apsal lah tak datang weekends, datang weekdays memang lah tak der orang, suma orang bekerja. Nampak gayanya kena buat banci online lah gamaknya. Uols yang SAHM dah kena banci ker?

Sedikin info mengenai banci:

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia merupakan satu pembancian semua tempat kediaman dan penduduk di seluruh negara. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 adalah banci kelima yang akan dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci dijalankan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (Disemak 1969). Akta Banci mewajibkan orang awam menjawab semua soalan banci dan akta ini menjamin bahawa maklumat individu adalah sulit dan tidak akan dihebahkan.

Banci yang lalu telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Pelaksanaan Banci 2010 telah diluluskan oleh kabinet dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 22 April 2009 dengan peruntukan sebanyak RM200.2 juta bagi tahun 2010. Banci kelima ini akan dilaksanakan pada Julai 2010.

Data yang dikumpul semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2010 akan membekalkan satu set maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk. Data dan penemuan penting mengenai stok perumahan, jenis dan corak pemilikan juga diperoleh. Maklumat ini dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain.

Tempoh pembancian akan mengambil masa selama dua bulan iaitu bermula dari 6 Julai hingga 22 Ogos 2010.

Kalau uols nak tahu lebih detail, bley baca kat SINI. Bak kata cousin hubby, dorang buat banci ni bukan nya apa, nak tahu penduduk Malaysia ni banyak mana sebab duit kat Bank cepat sangat habis...muahahahaha...apa punya statement daaa (^_^). Duit kat bank banyak habis pon sebab apa?....lu pukirlah sendiri.


You Might Also Like

3 comments

  1. kihkih duit kat bank cepat habis ye!

    ReplyDelete
  2. no komen la psl banci ni.
    dulu kecik2, i cukup blur psl banci. ingat bila dah besar, pandai la..tapi x jugak...hahaha

    ReplyDelete
  3. sy pun masa kecik,taktau gak apa benda banci ni..tp tu la..bila dah besaq..dpt panggilan interview keja jabatan perangkaan.hahaha..hamekkawww..kena la jugak studi cket2..tp still tak clear gk..mengarut meraban ja tym jwb soalan.tp dh keja ni,baru la tau cket2.hahaha..CKET2..hehee...

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive