Cabutan Bertuah, tapi kami memang tak der tuah

Tuesday, July 13, 2010


Ni pasal citer weekend baru nih. Ada cabutan bertuah sempena menghargai pelanggan² yang sanggup menghabiskan duit beli barang kat kedai perabut kat Bangi nih. Awal tahun aritu kami ada beli set perabut, tak payah lah tulis apa barangnya, dapatlah 2 kupon untuk cabutan bertuah. Hadiah memang hebat², antaranya TV Panasonic Flat SCreen 50 inci, Peti sejuk, Oven, dan banyak lagi lah. Semua brand Panasonic.

Acara start pukul 2.00 pm. Di mulakan dengan silap mata. Lama lah plak, dengan ucapan kata² aluan lagi. Berucap plak amik masa, memula pakai bahasa melayu, pastu bahasa cina plak. 1 Malaysia lah katakan. Nasib dia tak tahu bahasa tamil...klo tak...pengsan nak menunggu. Dah lah cuaca panas.

Bila dah start cabutan bertuah tu, teruja lah memasing. Termasuklah kami, mana tahu sangkut ker satu barang. Tunggu...punya tunggu...nama tak naik² sampailah ke kemuncaknya. Hhhmmmm....memang tak der tuah lah gamaknya. Tapi kan...ada Chinese lady nih, menang sampai 4 cabutan bertuah. Dapat hadiah suma lain². Bertuahnya ko.

Kecewa tu ada lah sket. Tapi rezeki memasing kan. Terfikir gak, kenapalah nama aku tak pernah sangkut dalam acara cabutan bertuah nih, klo dinner tak pernah menang apa² cabutan pon. Kalau org lain, tiap tahun mesti nama naik. Cuma aku pernah menang 2 kali join giveaway/contest. Itupon kat blog jer. Tapi...hadiah masih tak dapat² lagi. Malang Tak bertuah lagi di situ.


You Might Also Like

3 komen

  1. hahaha..tkpe2..jgn susah ati..jap lg smp la hadiah giveaway tu..

    ReplyDelete
  2. oh..samala..Has pun jarang dapat lucky draw...agak tidak bertuah di situ ;)

    ReplyDelete
  3. i dulu pun mmg hampeh bab2 lucky draw.
    tapi lately dah hilang semua daulat tu... x dpt yg bertuah, dpt award lain..hehehe.
    tapi yg penting, masa dinner, mesti mau lawa lebih.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive