The New You! Giveaway by TheHoneybunch

Wednesday, July 28, 2010

Giveaway lagi. Kali ni dari HANZ. For more detail, klik SINI. Hadiah² nya pon sangatlah menarik.


Sponsor² yang terlibat:

Ends on 30th of July by 12 noon.

The New Me dalam hidup aku...Kereta Baru, Rumah Baru dan Orang Baru (^_^). Ketiga-tiga perkara nih memberi impak yang besar dalam hidup aku sebab:

1) Kereta Baru


Rezeki nak tukar kereta baru akhirnya terlaksana. Banyak gak dugaan nak daptkan kereta nih antaranya lama betul nak tunggu loan lulus. Sebabnya...nama aku dah di guna pakai oleh 'seseorang' untuk beli kereta. Kesudahannya, payment tak ikut schedule, selalu delay. Nama aku jadi buruk. Sebab tu loan susah nak lulus. Pengajaran untuk aku. Berbalik kepada cerita, daripada keta beso PERDANA yang banyak cukur poket kami, tukar ke keta kecik SAGA yang sangat menjimatkan.

Impaknya bila pakai kereta baru nih, Banyak sangat perbezaannya, especially jimat dari segi minyak. Kalau nak di bandingkan masa pakai kereta lama dulu, monthly payment agak tinggi, minyak pon mahal. Betul² buat kami sesak. Bila ada masalah jer, ribu riban melayang macam tu jer. Rugi...rugi...Bila dah tukar nih secara tak langsung, monthly payment pon berkurangan dan lebihan duit tu bley buat belanja lain plak.

2) Rumah Baru


Alhamdulullah. Tak lama lepas dapat kereta baru, dapat surat pulak dari Developer mengatakan yang rumah kami dah siap. Syukur...syukur. Lepas kahwin tahun 2005, duduk dengan mak sampailah tahun 2009. Duduk dengan mak memanglah best kan sebab semuanya dah tersedia. Cuma bagi mak duit belanja bulan² jer. Tapi sampai bila nak duduk dengan mak kan. Bermulalah episod house-hunting, masa tu tahun 2008. Dapatlah cari rumah baru, tapi kat Bukit Raja, Klang. Dah bayar deposit 1K. Bila submit loan...tak lepas. Sebab masalah aku tu lah., betul² menyusahkan. Mintak balik deposit, tapi dapat RM500 jer, selebihnya developer burn. Teruk kan. Pengajaran lagi untuk aku. Sampai aku menangis. Kalau mcm ni lah gamaknya, sampai bila² pon aku tak bley beli rumah.

Beberapa bulan lepas tu kami cuba cari rumah lagi, alhamdulillah...dapat kat Bangi. Macam biasa...submit loan, beberapa bank tolak sebab nama aku yang dah buruk tu kan. Memang frust sangat². Cuba lagi submit loan. Kali ni attached kan skali dengan surat tunjuk sebab masalah aku nan satu tu. Dekat 2 bulan gak menunggu. Cuba submit kat MBSB, tapi interest tinggi but no choice kan. Lulus plak. Tapi Allah tu maha mengetahui kan, sebelum kami nak gi MBSB...CIMB call kata loan dah lulus. Ya Allah...Speechless. Mekasih sesangat kat En. Ayub sebab berusaha nak tolong. Last year on October, selamat dah aku duduk rumah sendiri.

Impaknya, barulah aku tahu makna sebenar bila hidup berkeluarga nih. Selama ni duduk dengan mak. Makan...pakai...tempat tinggal, suma dah tersedia. Maksud aku, nak makan...masak jer, barang² suma dah ada. Nak basuh baju, masuk jer washing machine, dah tersedia kan. Tapi bila dah hidup sendiri nih, baru aku tahu susah senang nak membina kehidupan. Semuanya serba baru. Itu ini suma nak kena beli. Duit...banyak pelaburan yang keluar. Aku jadi lebih berjimat cermat..kena bijak berbelanja.

3) Orang Baru ☺☺


Rezeki berganda dalam hidup kami. Lepas umur Iman nak masuk setahun lebih, aku cuba nak conceive lagi. Tapi masih belum ada rezeki. Kalau uols nak tahu, aku tak pakai apa² perancang pon. Natural Planning saja. Beberapa kali mencuba tak jadi gak. Frust pon yer sebab berharap sangat. Bila jadi macam nih, aku berserah jer. Kalau ada rezeki...adalah.

Allah maha mengetahui, DIA yang menentukan segalanya. Bila dah lengkap semuanya, di beri lagi rezeki yang lebih bermakna. Alhamdulillah...syukur, aku berjaya conceive december last year. Seronok sangat².

Impaknya, aku akan dapat anak yang kedua. Panggilan akan berubah, klo sebelum ni panggil anak jer, lpas ni kena panggil anak² (^_^). Besar tanggungjawabnya bila anak dah bertambah. Perhatian..kerja..perbelanjaan, semuanya bertambah. Skang ni terpulang pada aku macam mana nak handle bila dah ada anak dua akan datang nih. Satu cabaran baru buat aku. Hopufully aku berjaya mengharungi cabaran dan dugaan ini dengan penuh sabar (^_^)

Ini lah dia The New Me...Kehidupan baru, Dunia baru dan Persekitaran baru.

Phewwww...panjangnya ☺☺☺


You Might Also Like

5 comments

  1. Salam Fiza. Noted with thanks! Good Luck! :-)

    ReplyDelete
  2. gud luck fiza... tahniah.. setiap peningkatan dalam kehidupan ni ada hikmah sebaliknya kan...

    eh, bila due ni? dah tahu ke gal @ boy?!

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive