Perlu ker bagi ANTIOBIOTIK klo demam?

Thursday, September 02, 2010

Salam semua. Dah 5 hari tak bersiaran, rindu nak baca blog uols suma. 5 hari bercuti nih asyiklah berjalan, mau cepat beranak nih...ahaks...

Supposed senin kerja, tapi Iman demam plak pagi ahad tu. Bagi makan ubat demam, surut dah panasnya. Pastu kluar gi IoI Mall, puchong. Sampai umah badan panas balik, siap menggigil lagi. Trus tukar baju, gi klinik. Memang musim demam gamaknya. Dah pukul 11.00 pm pon masih ramai lagi orang, bertambah & makin bertambah.

Sampai giliran dlm pukul 11.35 pm. Temperature memang tinggi...39.90, trus masuk ubat montot. Iman klo demam memang jenis on & off panasnya, amik masa 3 hari. Isnin aku keja plak. Nak hantar nursery memang tak sampai hati. Di sebabkan mungkin aku akan amik EL, mintak dr. buatkan surat tunjuk sebab. Skali dr. nih baik hati bagi aku mc...untuk jaga anak (^_^).

Ok...berbalik kepada cerita. Dr ada bagi ubat antibiotik. Tapi aku pernah dengar pasal ubat antibiotik ni tak bagus sbenarnya. Ada kebaikan & keburukan. Ni ada info dari Hamid Arshat Dot Com.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan
bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.

b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)

c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. 'Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi'. atau 'ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik'. Hilang seorang pelanggan...

d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

'Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik'. Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan 'candida', sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada. Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Cara Saya

Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.

Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Untuk lebih detail, bley klik kat SINI... sebab panjang sgt.

Aku dah pon bagi iman antibiotik. Risau sebab demamnya on & off, nak masuk 5 hari dah. Jaram dengan air sudah, ngan air asam jawa pon sudah...macam tu gak. Nak gi kerja pon hati tak senang. Aku pon nangis skali bila nengok iman nangis tak nak gi nursery...huhuhu...Kalau tak der perubahan gak, terpaksalah gi buat blood test. Risaulah.



You Might Also Like

6 komen

  1. thanks the info Fiza.... mmg bagus la info ni

    ReplyDelete
  2. i kalo dah bagi ubat biasa x jalan jugak, mmg gaya kena bagi antibiotik la.

    ReplyDelete
  3. klu anak zai demam memang jarang bagi antibiotik apabila dah seminggu tak baik gie klinik balik baru makan antibiotik...

    ReplyDelete
  4. aah la fiza..risau kalo demam lama2 ni..susah hati..nak keje pun tak senang hati..tkpe, insyaAllah okay la tu Iman..nk pandai ni

    ReplyDelete
  5. demam takkan kebah dengan antibiotik yer. demam kebah sebab penyakit lain kebah. please read here:

    http://charming-umi.blogspot.com/2010/08/superbug-versus-most-powerful.html

    kalau boleh, elakkan dari bg anak antibiotik. biar antibodi dia bertindak secara semulajadi

    ReplyDelete
  6. kakak aida doktor.
    dari observation aida, if anak aida demam, minta ubat kat dia, tak pernah dia beri antibiotik.
    anak dia pun tak makan antibiotik.
    unless, demam tu berulang 3-4 kali dlm masa yg dekat.
    then only dia pass antibiotik.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive