Pengalaman Bersalin Anak Ke Dua

Wednesday, December 15, 2010

Memang berbeza kalau nak di banding kan masa bersalin anak pertama. Masa Iman dulu, keluar tanda darah. Tapi masa nak bersalinkan Qaira, satu tanda pon tak der, cuma rasa sakit perut yang senggugut tu jer. Proses bersalin pon cepat dan mudah...alhamdulillah...

Pagi Sabtu 25 September 2010, waktu subuh, aku dah start rasa sakit perut, tapi buat biasa jerlah. Lagipon memang ada check-up pagi tu, hubby plak kerja. Plan lepas hubby balik kerja nak gi check-up. Aku pon buat lah keja macam biasa, buat breakfast untuk iman, buat keja rumah, settle kan apa yang patut. Aku ingat sakit perut tu akan hilang, tapi berlarutan.

Pukul 9.00 am, sakit perut makin kerap, pastu aku buat kiraan, selang 5 minit start sakit, contraction dah nih. Pastu tukar plak...selang 10 minit. Isshhh...main² plak. Contraction palsu ker? ☺☺☺ Aku call hubby ckp sakit perut, tapi aku bley control lagi. Hubby nak balik, aku tak bagi. Sebab masih bley tahan. Di sebabkan musim perayaan raya lagi, kebetulan abang² aku nak datang rumah beraya. Pastu kawan hubby pon nak datang beraya gak. Tetamu nak datang, kenalah masak kan. Contraction plak kejap² 5 min, pastu 10 min pastu 20 min plak.

Pukul 1.30 pm, hubby balik. Nak gi check up dah lambat. cancel jer lah. Discuss nak masak apa utk tetamu. Gi kedai cari bahan, pastu gi lunch. Musim raya patutnya masak rendang ker, nasi impit ker, tapi aku masak gulai pucuk ubi, sambal tumis udang dengan mee goreng...muahahahahaha...Balik jer rumah...zasssss...dengan pantasnya aku prepared bahan² untuk masak. Tengah² nak masak tu, contraction makin kerap dan bertambah sakit. Kejap² gi toilet nak kencing, tapi tanda darah ker atau air ketuban pecah ker takde. Sepanjang aku menahan sakit tu, mulut aku ni tak henti² baca doa nabi yunus dan selawat sambil tarik nafas dalam². Alhamdulillah...aku bley control lagi sakit. Hubby soh aku duduk, biar dia yang buat suma. Aku plak jenis tak duduk diam, kejap² duduk kejap² berdiri. Last² hubby yang masak tapi aku bagi arahanlah. Settle suma, aku masak mee goreng plak hubby mengemas dapur. Sambil tu tunggu tetamu.

Pukul 7.00 pm, kawan hubby baru sampai. Time nih aku dah rasa tak sedap dah. Contraction dah makin kerap...setiap 5 minit. Aku mandi siap². Layan tetamu yang datang. Memang dah sakit sangat dah ni, tapi aku control cun jer. Bila tetamu balik jer cepat² aku cakap ngan hubby soh siap, aku dah tak tahan sangat nih.

Pukul 8.30 pm, Call abang² aku, tanya pukul brapa nak datang umah? Skali dorang ckp lepas isya'. Hhhhmmmm...aku soh abang aku gi spital trus amik kunci rumah & amik iman skali. Makanan suma dah siap, tinggal nak makan jer.

Pukul 8.45 pm, sampai spital, buat registration. Alamak...aku rasa macam lamalah plak nak kena tunggu. Aku dah tersenget-senget duduk kat kerusi menahan sakit.

Pukul 9.00 pm, masuk labour room, si Iman berlari² ikut aku masuk, kesian dia. Nasib baik abang aku dah sampai spital, bley tengokkan iman. Tukar baju, pastu adegan seluk menyeluk lah kan. Hhhhmmmm...amik ko, dah bukak 6 cm, perghhh...suka ada takut pon ada. Pastu masuk ubat montot, bagi keluar segala isi yg ada. Dah lah sakit contraction, pastu sakit nak berak plak, double sakit. Selesai suma pakai mesin CTG plak.Perut lapar plak tu, tak sempat nak makan. Minum jer lah air masak

Tgh menahan sakit

Pukul 9.45 pm, Aku dah tak tahan sakit sangat dah, aku bagi tau nurse aku nak berak. Cepat² nurse panggil Dr. Kebetulan dr. Khamsiah tak der, jadi....dr. Fatimah yang akan ganti. Bila check bukaan dah buka 10 cm. Kelam kabut nurse² tu. Aku yang dah tak tahan ni meneranlah jugak, pop...air ketuban pecah. Baru lah aku dapat rasa macam mana air ketuban tu pecah. Time tu jugak Dr. Fatimah soh push.

Pukul 9.56 pm, Alhamdulillah...dengan 3 kali push, selamat dah aku melahirkan Qahirah Bt Husaini dengan berat 2.8 kg. Lega teramat sangat bila baby dah kluar. Dr. fatimah siap cakap, "proses bersalin aku cepat dan mudah, ada sebab kenapa allah bagi kelebihan macam ni, supaya kita bley bersalin byk kali lpas nih"...erkkkk...ada² jer dr. fatimah nih. Sambil dr. menjahit sambil berborak, proses menjahit pon tak terasa sakit sangat. Best lah dr. fatimah nih, lemah lembut jer orang nya ☺☺☺

Satu malam jer dok kat spital. Ahad 26 September 2010 dah bley kluar. Alhamdulillah...Qaira sihat dan tak kena jaundis. Ini lah dia pengalaman bersalin anak kedua. Dan yang paling best, after 1 hour delivery, aku dapat Breastfeed Qaira. Ya! Allah...the great moment that i ever had. Nanti aku citer ☺☺☺☺

Nak balik umah dah. Muka sembab


You Might Also Like

16 comments

  1. huhuhu...pepun tahniah sebab dah sepasang weii...

    ReplyDelete
  2. tiba2 teringat bersalinkan zulaikha ... cam mimpi dapat baby ...

    haiiiiiiiii rindunya nak meneran .. boleh gitu ??? hihihi

    ReplyDelete
  3. bestnya senang mcm tu.
    doakan nanti i pun selamat & senang mcm tu ye

    ReplyDelete
  4. senangnya fiza bersalin..alhamdulillah..bersalin kat ner ni ekk..dr tu macam kat annur atau azzahra je..^_^
    klu tak kisah, leh tak share berapa caj kena.. plan anak ke3 mcm nak ke area2 sana plak..^_^

    ReplyDelete
  5. pengalaman bersalin yg senang yer.....

    Dr fatimah best yer....pernah ngan doc kham tak??

    ReplyDelete
  6. tahniah fiza... dlm sakit2 pun gigih lagi masak melayan tamu bagai...
    tahniah, senang beranak,... pas ni leh tambah lagi... ;)

    ReplyDelete
  7. ko buat aku rasa nak pregnant lagi! hahahah

    ReplyDelete
  8. CIK MOT: Mekasih.

    NIEZA: Apa lagi, proceed lah lagi satu...hehehehe...

    ReplyDelete
  9. AMIRAH: Alhamdulillah :-)

    ISABELLE: Insya'allah...i doakan u senang beranak nanti.

    ReplyDelete
  10. AIDA: Mekasih aida.

    AYU: Alhamdullah ayu, kali ni senang.

    ReplyDelete
  11. YATIE: Check up memang dgn dr. kham, kebetulan hari bb nak kluar dr. kham tak der, ganti dgn dr. Fatimah :-)

    KAKYONG: Mekasih kak. Ishhh...nak tambah lagi kena tunggu qaira beso dulu :-)

    ReplyDelete
  12. Liz, aku doakan ko pregnant tahun depan..amin...:-)

    ReplyDelete
  13. akak masa bersalin anak kedua pun sampai spital bukaan dah 8cm..tp kali ke 2 tu mmg senang sikit bersalin..

    ReplyDelete
  14. Ya Allah kak..mudah & cepatnya kelahiran anak akk ni kan..beruntung.. siap boleh main msak2 lagi..

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive