Perihal TASKA lagi....

Friday, December 24, 2010

Let Pictures do the talking.



Apa perasaan uolss klo tengok gambar² nih? Kalau tak der perasaan memang hati kering lah uols nih. Ya! Allah...luluh hati aku, nak menangis pon ada, bercampur baur perasaan tengok bebudak ni. Automatik teringat kat anak².

Email ni aku dapat dari mahligai group. Ni aku copy & paste balik email dari pengirim gambar² nih:

Fw: Ingin bertanya tentang penjagaan kanak2 ditaska

Salam.


Apa perasaan anda bila lihat gambar2 ini? Need your advise what to do further. Berlaku kepada anak saya dan anak2 lain yg sy tak berapa kenal parent diaorang. Rasa mcm nak tunggu depan taska tu dan bgtau semua parent yg hantar anak ke situ. Kami dah tanya seorg kawan PDRM secara informal. Dia kata takboleh nak report sebab tidak menyebabkan kematian atau kecederaan. ''Dah tu, nak tunggu ada yang mati dulu ke baru boleh buat report.." ???

Lokasi Taska : Sri Kembangan - Selangor.


Please advise dan pertolongan anda amat dihargai. Terima kasih.


-fimmie-

Bagi aku, buat aduan dekat Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taska ni tak mementingkan aspek keselamatan, Kalau iyer pon nak tidurkan budak², janganlah di tutup muka tu dengan kain atau bantal.

Doa ku, semoga bebudak nih dan anak² kita yang terpaksa di hantar ke taska di bawah lindungan Allah S.W.T....amin...


You Might Also Like

20 komen

  1. hurmm...kejadian yang biasa berlaku di taska fiza...aku dah lalui dah..sedih kan...

    ReplyDelete
  2. aku tak faham la apasal ada manusia yg takde rasa kasihan pada kanak2, aku hairan btl. kita ni tgk anak org kena buat mcm tu pun sedih apalagi anak sendiri.

    ReplyDelete
  3. huwaaa..
    rasa nak balik amik adam skrg jugak!!!!

    ReplyDelete
  4. CIK MOT: Memang sedih.

    AS: Dorang tak der perasaan kot as. Kalau ada, takkan di buatnya macam nih.

    ReplyDelete
  5. uwaaaaaaaaaaaa...kenapa depa nak tutup dgn bantal@kain ????

    ReplyDelete
  6. Nieza, tu lah pasal. Mungkin klo tutup bebudak ni cpt tido kot. Kesian kan.

    ReplyDelete
  7. Kesian budak2 ni.. Aduhai, sekarang anak aku dijaga oleh biras aku. Takpe lagi. Dalam bulan depan dah nak hantar kat pusat jagaan dekat mama dia kerja. Harap tak jadi camni.. Aduhai.. Siapa tak sayangkan anak ooii..

    ReplyDelete
  8. taska kat opis lynn dulu pun lebih kurang mcm gini...
    biasa org yg keja ni xde minat. sekadar asal dapat gaji.. yg si pengurus pulak, janji masyuk

    ReplyDelete
  9. ish..ish...kesiannyaaaaaaaa.....tak sanggup nak hantar anak ke taska...rumah org pun kita tak tau juga kan keselamatan diaorg mcm mana..

    ReplyDelete
  10. sedihnya...teringat kat anak
    sib baik taska anak ni taska baru bukak
    budak pon tak ramai lagi.
    rasa nak berhenti keje jer

    ReplyDelete
  11. sedihnya fiza saya tengok ni...kenapa sampai tutup muka dgn bantal dan tuala...
    :(

    ReplyDelete
  12. Ya Allah... tetiba teringat kat anak2,, cilakak betul la taska ni..

    ReplyDelete
  13. ya Allah...!patutla macam2 kes berlaku kat taska

    ReplyDelete
  14. FAIRUZ: Baik ko cari pusat jagaan yg ada kelulusan dari JKM. Kena tawakal klo hantar anak kat nursery nih.

    LYNN: Tu yg susah klo dpt pekerja yg mcm tu, kesian kat budak².

    ReplyDelete
  15. AYU: Memang tak sanggup ayu, tak kira lah klo hantar kat nursery @ babysitter, tapi dah terpaksa kan...huhuhu...

    SUMIMIE: Sedih kan.

    ReplyDelete
  16. ANNTAJ: Rasanya nak bagi budak² nih cpt tido lah ann.

    NASAZFROG: Memang cilakak.

    ReplyDelete
  17. LADY: Klo tutup muka kan gelap, bila gelap bebudak pon cpt tido, truk kan, sian dorang.

    KAK INA: Macam² kes skang ni kak. Saya pon tawakal jer hantar anak kat nursery.

    ReplyDelete
  18. mashaAllah...mintak izin copy paste gambar ni bole tak fiza? atau email pd sya naddynad@gmail.com

    terima kasih byk

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page