Kenapa Abang PUTIH...Adik HITAM???

Wednesday, January 05, 2011

Korang terasa tak kalau orang tanye macam tu. Kot iyer pon, janganlan cakap hitam...cakaplah hitam manis ker, gelap ker, mendung ker...sedap sket telinga nih mendengarnya. Aku pon ada perasaan gak orang cakap anak aku macam tu, nasib anak aku tu baby lagi, tak tau apa²...tapi kalau anak aku tu baby ajaib yang boleh bercakap...mau dia reply "mulut aunty nih tak der insurance ker?"...hambik ko. Walaupon kulit berbeza² tapi benih dan darah yang mengalir tetap sama.


Apa jawapan yang sesuai untuk orang² yang selalu bertanya soalan yang macam nih? Adakah jawapan nya seperti ini:

1. Owh...acuan lain².

2. Abah dia gelap, ibu dia putih. Kalau anak lelaki selalunya ikut kulit ibu, anak pompuan plak ikut kulit bapak. Statement yang biasa kita dengar. Tapi kalau bapak nya dilahirkan putih, bila buat kerja luar, kulit bertukar jadi gelap...macam mana plak tu?

3. Masa pregnant makan kicap banyak sangat, tu yang gelap tu.

4. Tak minum susu and air soya masa pegnant.

5. Alaa...baby lagi, dah beso nanti putih lah tu.

6. Suka tengok citer tamil...muahahaha...gurau jer, org tamil kan banyak yg dah puith skang nih :-)

Hhhhhmmmm...apa lagi nak tambah? Bagi aku jawapan yang sesuai...

'Kun Fayakun'...'Jadilah!maka terjadilah ia'

Walaupon aku minum air soya berkotak² dan minum susu sepanjang pregnant, kalau Allah nak bagi kulit anak aku putih, maka putihlah dia, kalau kulit gelap...gelap lah dia. Ada gak orang yang tak minum soya and susu sepanjang pregnant, tapi anak tetap putih, macam mana tu? Kuasa Allah kan.

“Dan tidaklah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yassin : 81)

“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)

Bila Ustazah Fiza mula berbicara...muahahahaha...

Itulah mulut orang kan. Kalau nak berbicara @ mengeluarkan perkataan, biarlah berlapik sket. Kalau jenis tak kisah tak per gak, kalau jenis yang cepat terasa macam haku nih...sendiri mau hingat lah.

Siapa tak terasa wei bila orang cakap anak aku hitam walaupon kulit qaira tak der lah hitam sangat. Hitam manis lah sebenarnya.

Hhhhmmmmm...esok² bila Qaira dah beso and mana tahu tetiba dia tanya soalan macam nih kat aku, bley lah aku soh dia baca entry nih.


You Might Also Like

11 comments

  1. mmg geram kalau org ckp mcm tue....but trust me fiza, qahirah xnmpk itam pun...isk...meh aunty cili mulut dorg nak?

    ReplyDelete
  2. haah kak, bile dah Allh SWT dah bagi rezeki mcm tuh kan..skrg ni byk produk pencerah kulit, nnt dah besar leh aa dia cerahkan kulit. huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. NUROLL: Tu lah N, memang geram.

    CINTA: Kan...hehehe...ko ni dik, buat akak gelak :-)

    ReplyDelete
  4. yaa betul! mulut orang besa lah kan, memang takdak insurans..kalau i in mood bengang, i akan cakap "tanya Allah, jgn tanya saya". hehe

    http://twinkywinkystars.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. biasalah tu fiza,agaknyer org yg bercakap tu anak nyer putih melepak kot...bak org kata,hitam hitam si tampok manggis,makin dipandang bertambah manis...hehehe...entah betul entah tidak pantun aku

    ReplyDelete
  6. DRAMA MAMA: Memang bengang bila dia ckp mcm tu.

    ILA: Hehehehe...betul lah tu pantun ko. Org yg bercakap tu anak dia tak der lah putih melepak pon. Sabo jer lah.

    ReplyDelete
  7. waa...kena jugak..sebab Ahmad gelap anak buah putih melepak2 tak hengat punya putih. Bila duk dekat mak oi beza giler.buat taktau je..betul la dah Allah jadikan

    ReplyDelete
  8. Btul tu amirah...buat tak tau jer lah, mulut orang kan.

    ReplyDelete
  9. hek'eleh org tu. sound tak tgk environment tul la! if aida, aida amik jawapan, "nasib baik dpt yg kedua ni kulit hitam dari pertma. kalau keluar-keluar tak de hidung, lagi haru!!! tak kisah la hitam pun..."

    ReplyDelete
  10. normal jer tu..
    kakyong selalu jawab, dah bapa dia kulit gelap takkan la semua anak putih melepak... hehhehe....

    ReplyDelete
  11. AIDA: Memang...dah sempurna sifat pon rasa bersyukur sangat.

    KAKYONG: Tu lah...kekadang saya jawab mcm tu gak.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive