SIDS & Stomach Sleeping

Tuesday, January 04, 2011

Info yang sangat berguna untuk di kongsi bersama. Terima kasih pada Pn. Punya Blog (Mawaddah) atas informasi ni. Mungkin ramai yang dah tahu pasal SIDS, tapi apa kaitannya dengan Stomach Sleeping? Ada jugak mitos dan fakta tentang tidur meniarap nih.

Apa itu SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)?

SIDS adalah kematian secara tiba-tiba, untuk bayi yang berumur kurang dari setahun, yang tak dapat dijelaskan selain dari siasatan secara mendalam...Maksudnya, baby memang nampak sihat je sebelum ni dan tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit.

Apa pula `Stomach Sleeping`?

`Stomach Sleeping` ni bahasa inggeris..Bahasa mudahnya, bayi yang tidur dalam keadaan MENIARAP..

Apa kaitan SIDS dan `Stomach Sleeping`?

Membiarkan baby tidur meniarap akan meningkatkan risiko SIDS..Memang ada pelbagai lagi faktor yang menyebabkan SIDS seperti bayi pra-matang, bayi yang lahir tak cukup berat, bayi yang terdedah kepada asap rokok, tetapi `TIDUR MENIARAP` adalah faktor utama penyebab SIDS...Melalui penyelidikan yang telah dilakukan oleh ramai penyeledik, bayi yang tidur meniarap, lebih ramai yang kena SIDS berbanding bayi yang tidur terlentang atau mengiring...Ibu-ibu boleh baca research yang dilakukan mengenainya disini. (klik disini)

Kenapa tak boleh beri baby kita tidur meniarap?

1. Baby adalah `abdominal breather`, iaitu bernafas dengan bantuan otot abdomen...Bayangkan bila kita beri baby tidur meniarap, maka, ia akan menyukarkannya untuk bernafas...

2. Bila baby tidur meniarap, udara yang dihembuskannya (karbon dioksida) akan berkumpul..Membentuk seperti poket udara di keliling mulut baby...Terutamanya bila baby tidur di atas tilam yang lembut, selimut dan dikelilingi oleh `soft toys`... Jadi karbon dioksida yang berkumpul itu akan disedut kembali oleh baby...Menyebabkan, kadar oksigen dalam darah menurun...Untuk pengetahuan semua, ketidakmatangan sistem pernafasan baby menyukarkannya untuk adapt dengan jayanya terhadap poket karbon dioksida yang membentuk itu...atau apa-apa saja yang halang baby dari bernafas..Macam orang dewasa, bila terjadi situasi begitu, automatik kita akan ada coping mechanism..Terlentang ke...Ubah posisi ke...Walaupun dalam keadaan tidur..TETAPI BABY TIDAK BEGITU...

3. Tidur meniarap memberi tekanan pada rahang baby menyempitkan salur pernafasan, lalu menyukarkan baby bernafas..

Mitos dan Fakta tentang tidur meniarap...

1.Mitos: Bayi akan tersedak susu kalau muntah...
Fakta: Mengikut AAP (American Academic of Pediatrics)..Bayi yang lahir cukup bulan dan sihat tidak akan tersedak susu mahupun dengan air liur yang berkumpul jika tidur terlentang...Boleh rujuk di sini ye..(klik disini)

2.Mitos: Bayi tidur lena...Memang tak dinafikan tentang ini...
Fakta: Banyak lagi cara yang boleh dilakukan supaya bayi tidur lena..Contohnya, iringkan bayi, malapkan lampu...Alihkan segala gangguan yang ada seperti perlahankan TV, radio dan etc..

3.Mitos: Elak perut kembung..
Fakta: InsyaAllah, kalau breastfeed baby, kemungkinan untuk kembung itu amatlah tipis..Untuk yang masih belum berpeluang Bf baby, anda boleh pastikan baby tak kembung dengan burp baby..atau beri susu yang sesuai dengannya...


You Might Also Like

5 komen

  1. good info...share leh tk....

    ReplyDelete
  2. tp naper laki aku & sepupu aku nurse kat wad peadtrician menggalakkan bb tidur dlm keadaan terlungkup mcm bersujud..
    anak aku mmg 2bln pertama tdo bersujud tau,tp muker paling ke tepi la...
    laki aku ckp selain membentuk dgn cantik paler bb, tdo mcm tu mcm bb dlm perut ibu(keadaan dia)xsilap elok utk paru-paru ketika bernafas..

    aku xnafikan psl SIDS ni..tp nk tahu jer lagi..huhuh(balik ni kna discuss lebih lanjut dgn cik somi..)

    ReplyDelete
  3. alamak kalau deewasa yg tido meniarap pulak cemana yer?

    ReplyDelete
  4. AS: I like too.

    YATIE: Boleh...sharing is caring ^_^

    MAMANOA: Tu lah, pendapat masing² kan.

    LADY: Hehehehe...klo dewasa tak per lah ^_^

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page