Selsema lah pulak

Tuesday, February 08, 2011

Salam semua.

Pagi ni barulah berkesempatan nak update blog, cuti raya cinalah katakan ^_^. Belum sempat lagi nak jengah blog kawan². Mana yang sempat tu adalah tinggalkan jejak, mana yang tak sempat tu, nanti² aku terjah yo.

Ni nak citer pasal qaira. Adoiiiii....dah baik batuk kena selsema pulak. Tapi tak der lah jenis yang meleleh² tu. Kesian nengok. nak tidor pon tak selesa, tersumbat hidung. Kekadang bernafas ikut mulut, dah macam berdengkur bunyinya. Ada ubat titis kat hidung tu, tapi tak beranilah nak letak. Aku yang dewasa ni kalau termasuk air dalam hidung pon dah gelabah...apatah lagi qaira.


Buat masa nih aku letak vicks...seperti biasalah kan. Kalau mandi pon tak basahkan rambut. Susu ibu pon aku bagi yang fresh.

Aku rasa macam nak amik cuti jer. Nak jaga qaira sampai dia betul² baik. Ni lah penangan duduk nursery...berjangkit sana sini. Bestnya yang jadi SAHM (Stay at Home Mom) kan. Boleh pantau keadaan anak kalau sakit. Hhhhhmmmmm.....


You Might Also Like

3 comments

  1. salam..kesian qaira selsema..
    baby kalo kena selsema..susah..kan sebabnya baby tak tau nak hembus selsema..

    semoga qaira cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  2. sian qaira...asyik tak sihat jer...hope cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. KTY & ILA: Alhamdulillah...qaira dah sihat :-)

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive