Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi

Thursday, June 16, 2011

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.

Source: Utusan Malaysia Online

You Might Also Like

10 komen

  1. banyak benda dah tak bole nak makan sekarang ni...
    patutlah zaman sekarang byk yang kena penyakit hati...
    sbb makan benda2 camni..

    ReplyDelete
  2. seriously macam taktau HP sauce tu sos apa ek..tobasco biasa tgk tp tk pernah makan

    ReplyDelete
  3. errkk...
    lagi?
    sib baik i tak terlibat

    ReplyDelete
  4. sib baik aku tak pernah makan...huhuhu

    ReplyDelete
  5. Assalam..
    Makanan apa tu? rasanya tak pernah makan kot.sekarang ni byk betul produk yg diragukan...

    ReplyDelete
  6. harus lebih berhati2 lah lepas ni , x kira makanan import @ local..

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page