Mengelakkan LIPAS Dalam Rumah

Thursday, June 23, 2011


Lipas kalau lapar akan memakan apa sahaja...gam, sabun buku, kertas dan tentu sekali MAKANAN! Bayangkan pula, si lipas merayap dalam kediaman kita, dan kemudian hinggap pula di badan. Tiada siapa yang suka.

Mengelakkan dan Membunuh Lipas

  • Simpan makanan di dalam bekas tertutup atau di dalam peti ais. Masukkan tepung, gula, bijirin dan biskut di dalam bekas tertutup.
  • Cat rak kabinet dan laci dengan cat enamel dan pastikan sentiasa bersih.
  • Bilas semua bekas makanan, anginkan ia seminggu sekali atau mengikut kesesuaian masa anda.
  • Masukkan sampah di dalam bekas sampah dan pastikan ia tertutup rapat.
  • Lap dan keringkan meja makan selepas makan dan dapur selepas setiap kali memasak
  • Elakkan menyimpan makanan, perabot dan pakaian yang tidak lagi di gunakan. Buang baju buruk jika tidak mahu di pakai lagi.
  • Bersihkan longkang, sinki atas dan bawah.
  • Letakkan simpulan daun pandan di dalam laci. Lipas tidak menyukai bau ini.
  • Bancuh sabun mandi dengan air dan letakkan dalam bekas penyembur (spray). Sembur lipas dengannya. Ia akan sukar bernafas kerana lemas.
  • Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbuk kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spray dengan air sabun.
AWAS!

Salam perut lipas betina ada ribuan telur yang walaupun halus tetapi sangat kuat. Lipas yang di bunuh dengan cara memukul atau memijaknya akan membuatkan telur² nya ini bertaburan di merata² tempat. Jika anda telah menyebabkan lipas pecah perut, sila lap dan bersihkan. Gunakan air dan sabun.


Source: Ratuhati.com

You Might Also Like

10 komen

  1. Saya benci lipas! heheheh! T sy siapkan header awak ye?

    ReplyDelete
  2. yeay, rumah kali ni takde lipas buat masa ni....nanti kot2 tetiba ada, boleh guna tips ni :) letak pandan awal2 dalam almari pun ok kan..elakkan dia datang sebelum tiba masanya..hihiihihi

    ReplyDelete
  3. tak suka dgn lipas ni..geram..

    ReplyDelete
  4. thanks fiza sharing info ini..bagus ni..

    ReplyDelete
  5. wahhh bagus2 tips ni..btw cat enamel tu kaler cmne ye?

    ReplyDelete
  6. laa...kalo pukul bleh berterabur telur dia..euwww..geli ok.

    ReplyDelete
  7. info yg sgt bagus..mekasih tn rumah.. :)

    ReplyDelete
  8. Tq...skg ni terpaksa beli serbuk racun serangga buatan PRC...

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page