Bukan Shopping Complex jer sesak, Kedai BAKERY pon sesak jugak

Thursday, August 25, 2011


Smalam aku and hubby cuti. Haruslah cuti berdua kan. Nak beli barang² buat kuih dan barang² dapur yang dah habis. Semalam jugak buat wiring kat umah tu. Tambah kipas kat ruang makan...tak der lah berpeluh masa makan kan, pasang lampu kat pintu masuk utama, pasang lampu kat bilik ketiga dan bilik utama a.k.a bilik beradu kitorang. Bayangkanlah...dah nak masuk 2 tahun duduk umah tu, baru ni nak pasang lampu bilik...ekekekeke...pastu pasang kipas kat bilik iman. Alhamdulillah...selesai semua. Lengkap dah semua bilik dengan lampu dan kipas.

Petang tu gak mengemas sket². Yerlah...habuk sana sini sebab buat wiring kan. Pastu pasang langsir baru. Yang ni hubby yg excited ^_^. Malam ni dan minggu nih nak mengemas lagi.

Ok...sambung citer beli barang buat kuih plak. Pergilah cari kedai bakery kat bangi nih. Memula jumpa kedai MAKCIK, pastu pusing² jumpa plak kedai YUMMIE ngan kedai apa ntah nama (*lupa). Ingatkan kedai YUMMIE ni kedai cina, sebab nampak cashier lelaki nih macam cina (* hubby yg cakap), masuklah kedai yg lupa nama nih. Tengok barang dalam tu macam tak menarik dan tak banyak. Ada barang yang dah nak tamat tempoh plak tu. Pergi lah kedai MAKCIK, ingatkan kedai melayu...dah nama pon MAKCIK kan. Nak lah sokong peniaga melayu kan. Sekali masuk...laaaaaa...kedai cina rupanya. Hhhhhhmmmmm...dah alang² masuk tu, beli gak lah.


Dah beli barang kat MAKCIK nih, ajak hubby singgah YUMMIE plak. Rupa-rupanya kedai melayu lah. Pengajarannya...don't judge the book by it's cover...haihhhhhh...besar kedai nih, macam² ada. 1st masuk...jakun lah sket kan. Orang dalam tu...humakaihhhh...ramai wei, agak sesak gak lah. Ingatkan shopping complex jer yg sesak, kedai bakery pon sesak gak.

Jangan tak tau, mak gi kedai siap bawak resipi noks...hover tak hover lah kan. Kata 1st time nak buat kuih, apa pon tak tau. Dari lupa barang apa yang nak beli, baik hangkut skali resipi...senang. Malam tu gak aku buat kuih. Buat bubbles rica. Tapi hampa...berderai jadinya sebab kurang coklat gamaknya. Malam nih nak sambung lagi. Nak tambah coklat bebanyak. Down gak ah malam smalam sebab kuih tak berapa jadi. Tak per lah...practice make perfect kan.

Harap² malam nih menjadi lah kuih aku tu.




You Might Also Like

15 comments

  1. semangatnya korang suami isteri..huhu..teringin nk wat sendiri tp bila ngenangkan nasib kuih yg akan terhasil nnti..takpela, serahkan pd yg pakar jela..hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe...rajin mak...

    pepun usaha tangga kejayaan mak... :P

    ReplyDelete
  3. nak raya nie semua sesak kan

    ReplyDelete
  4. Dh terbalik2 pulak ye, byk ke beli Kuih fiza? Sronok nk raya

    ReplyDelete
  5. Takpe...sy bagi semangat kat awak! Pasti boleh! Hehehehe!

    ReplyDelete
  6. dah berapa banyak kuih buat tu...?

    ReplyDelete
  7. kedai yummie memang pemiliknya cina, cuma kat cashier aje dia letak pekerja melayu (hasil kajiselidik daripada seorang kawan) - tapi tak taulah kesahihannya.

    kedai yg awak terlupa tu ialah vanilla pastri (kalau tak silap) sebab kat area tu rasanya cuma ada 3 kedai yg seangkatan dengannya. vanilla pastri memang pemiliknya melayu - menurut ceritanya suatu ketika dulu memang maju, tapi tak taulah apa yg terjadi sampai jadi begitu sekali :(

    kedai makcik sy tak pernah masuk - tapi selalu nampak sebab sy parking kat sana - klo parking ngam2 kat depan yummie memang hazablaaaaa nak tunggu - sesak!

    sy pun macam awak jugak, sedaya-upaya nak membeli dari orang melayu - tapi apakan daya....

    ReplyDelete
  8. semangat..... kalo mekchu pun bawak resepi.. takut ada tertinggal.. nampak sgt amatur erkk.. hehehe..

    kalo menjadi, thn dpn bleh amek order..

    ReplyDelete
  9. yummy bakery tu mmg ramai org cik kak..hehe...

    btw, mmg kena tambah coklat banyak sikit supaya tak berderai ye..

    ReplyDelete
  10. wah menarik!nnti tunjuk la hasil nyer :)

    ReplyDelete
  11. Kah..kah..kah.. terkena laa jawabnnya..

    ReplyDelete
  12. this year macam ramai je yg nak buat kuih raya sendiri kan...walaupun tak reti buat kuih raya...heheheh...

    ReplyDelete
  13. semua tmpt mcm penuh org kan...kedai accessory kete pun penuh...car wash pun ;)

    ReplyDelete
  14. fiza.. beshnye laki ko excited buat itu ini. xtau la kalu kitorg umah sdr cmtu gak nnti tp aku smpai skang xberapa paham tau napa kemas2 umah, tuka langsir basuh itu ini. seram gak aku nnti tahun dpn dok tuka langsir.. ahhahaha

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive