Tabika KEMAS, Taski ABIM, PASTI, Genius Aulad...Yang Mana Satu Jadi Pilihan?

Thursday, September 15, 2011


Tengah survey Tadika untuk iman. Tahun depan dah 5 tahun. Dah elok sangat lah di dedahkan dengan alam persekolahan. Kepala pon tengan pening sebab tak tau nak hantar kat mana. Banyak gak nak kena fikir. Antaranya lokasi, kemudahan, yuran pendaftaran, transit...aduuuuuuuhhhhh...baru nak masuk tadika dah pening. Tu blom masuk darjah satu lagi.

Kritiria untuk memilih tadika mestilah kalau boleh nak yang terbaik kan. Dan yang penting, menitikberatkan pembelajaran islam. Ada beberapa tadika yang aku tengah survey, antaranya Taski ABIM. Kalau boleh nak yang area² Bangi ni jugaklah. Senang nak hantar dan senang nak gi kerja. Kalau tak silap, kat area sungai ramal ni ada, nak kena gi terjah lah nanti.

Tabika KEMAS plak aku tak sure kat Bangi ni ada ker tak, tapi pejabat daerah KEMAS ni ada kat Seksyen 9 Bangi. Tak tau lah klo Tabika Kemas ni kat situ gak ker. Nak kena calling² dulu nih. Kalau nak uols nak tau lebih detail pasal pendaftaran Tabika KEMAS ni, bley layari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Borang untuk pendaftaran plak uols bley klik SINI

Tadika PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) As-syakirin Fasa 2, Bangi. Nak kena survey lokasi. Tak der alamat lah plak kat website. Pendaftaran bermula 1 Disember 2011 hingga 10 Januari 2012.

Genius Aulad. Semua dah sedia maklum pasal GA ni kan. Teringin gak nak hantar iman kat sini. Tapi aku rasa macam tak mampu lah. Kena tengok pada budget dulu. Lokasi pon agak jauh dari rumah. Smart Reader plak memang di luar kemampuan lah. Registration jer dah macam nak masuk Universiti gamaknya.

Apa pon, setiap parents nak yang terbaik untuk anak. kalau boleh nak hantar ke sekolah yang bagus. Tapi kita kena tengok pada kemampuan jugak. Kena ukur baju pada badan sendiri. Kalau tak mampu, tak perlu lah nak hantar kat sekolah yg mahal². Jangan sampai terbeban dengan masalah kewangan di kemudian hari. Yang bagus tak semestinya mahal dan yang mahal tak semestinya bagus *erk...mcm pernah dgr jer...ekekeke*. Betul tak ^_^

OK lah. Nak sambung survey lagi and nak calling² plak.

You Might Also Like

14 komen

  1. dilema ibu2 bekerja .. gini la gayanya.

    so far nieza dah ada 1tadika islam utk suffiya, pi sekolah al-taqwa jerk. pagi2 mmg pi sekolah papa dia hantar, habis sekolah depa hantar pi nursery.

    tapi mmg asing2 dgn adik la ...

    ReplyDelete
  2. pilihlah yang mana terbaik dan ikut kemampuan...

    ReplyDelete
  3. smart reader tak termasuk list ke kak...heheh...

    anak aku dok taska generasi jek

    ReplyDelete
  4. aku cuba tak pikir bende nih lagik. risau nih kang sami nk pg mana.. ingt nk stay kt skool dia tp jauh la plak nk ulang alik dr kinrara nnti..

    ReplyDelete
  5. Jgn push diri sendiri. Bt apa yg termampu dan terbaik. Kita2 dulu pun, tadika murah2 je...tp membesar dgn baik dan jdk org dewasa yg berguna jugakkan? Heheheheh...

    =D

    ReplyDelete
  6. bagus la fiza...nanti share sama kay

    ReplyDelete
  7. kalau hanya utk pengenalan..kemas pun ok..tp bila dia dh 6 tahun..kenalah hantar yg bagus sket..tp terpulanglah..dee pun hantar tadika biasa2 je sis..6 tahun anak masuk pra..tp ada beza lah ngan budak2 yg pegi smart reader ngan genius aulad tu..takpun cari taska yg pakai modul cahayaku murah sikit dari smart reader tp modul lebih kurang sama..kalau salah nti dee komen balik ye..

    ReplyDelete
  8. ohh..Iman sebaya dgn myhero no 2. tp dia bln 12 br masuk 4thn. plan nk htr tadika sama mcm abg dia dulu tu. tadika biasa, franchise smart reader, nearby my off n rmh pengasuh.

    ReplyDelete
  9. genius aulad la kut sebab dekat sket dgn opis dgn umah..hehehe...relevan tak??.. tapi ada kwn duk bangi pun dia anta anak dia kat tadika abim la rasanya nok

    ReplyDelete
  10. anak Zaila kami hantar Genius Aulad, tupon sebab ramai kawan2 nurseri dia hantar kat situ so masa tu nak galakkan dia ke sekolah, daftarlah secara jemaah kat situ..of courselah ada pro & kontranya..perkembangan Haziq, dah pandai baca iqra' kalau xsilap dah masuk buku 2, pastu reading in english pun dah ada peningkatan, makin hari makin banyak vocabulary yang dia hafal, pastu bab menulis in BM & english pun dah boleh, counting dr 1-100 in english pun dah lepas cuma bila buat Math kadang terkeliru..biaserlah tu kan..zaila bukan nk cakap GA bagus..kalau boleh daftar ABIM pon ok juga..yg penting dari kecil lg kita dah terapkan islamic education kat anak2..kita kan bekerja so siapa lagi kita nak harapkan untuk bg didikan kat anak2..Alhamdulillah, bacaan solat & surah2 ringkas tu Haziq dah kuasai cuma kami je yang kdg2 lupa nak suruh solat;P

    Apa-apapun masa anak kecillah ilmu senang masuk..apa2 pun mg Fiza dapat buat pilihan yang terbaik!!

    ReplyDelete
  11. betul tu.. apapun nak buat biarlah dlm kemampuan. Kalau tadika kemas je dlm kemampuan apa salahnya. Tetap yg di ajar ilmu.

    ReplyDelete
  12. emm memamg pening bila nk pk pasal ank sekolh ni, thun ni ank dah msuk taska permata (kemas), zie ingat tahun depn hantar pasti lehlh baca-baca doa dan kenl huruf alquran, thun depn 5 thun , thun lg skali terus masuk pra, emm.. semunya dekt dengn rumh. transit pun dah ada,

    ReplyDelete
  13. Sangat membantu artikel ni. Tq byk!

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive