SINDIKET MELARIKAN KERETA DI STESEN MINYAK

Friday, October 28, 2011


Sharing is caring. Nak share email yang aku dapat. Pada pemandu² kereta di luar sana, tak kira lelaki atau wanita sila berhati² di mana saja anda berada. Jenayah tak kira mangsa. Jom baca:

"Sekadar nak kongsi dgn semua. semalam saya lunch dgn ADH security kt sini. Hari sebelumnya dia ada cakap dgn saya, "jom balik dah pukul 6". Semasa kami makan, tiba2 dia tanya,"semalam ingat tak saya ckp saya nak balik pukul 6". Dia pon memulakan cerita. Sebaik meninggalkan Giant Nusa Bestari beliau ke stesen minyak Petronas berdekatan utk mengisi minyak. Semasa sedang mengisi myk, datang sebuah kereta Honda Accord yg nampak masih baru dibeli datang ke sebelah pam tempat beliau mengisi minyak. Pemandu keluar dari kereta menuju ke kaunter pembayaran tanpa mematikan enjin memandangkan terdapat penumpang wanita di dalam kereta yang mungkin isteri beliau. Di belakang kereta tersebut datang sebuah Gen 2 dinaiki 3 lelaki berbangsa Cina. Sebaik lelaki tersebut meninggalkan kereta dgn enjin yg tidak dimatikan, salah seorang lelaki dari kereta Gen 2 tadi tiba2 menerpa ke arah kereta Honda Accord yg ditinggalkan dan terus memecut kereta meninggalkan stesen minyak dgn diekori kereta Gen 2 dari belakang.

Keadaan stesen minyak pada ketika itu penuh dgn pelanggan dimana tidak ada satu pon pam yang kosong, tetapi tidak seorang pon tampil membantu kerana masing2 sibuk memegang nozel (sekarang kebanyakan stesen minyak layan diri). ADH Security tadi juga tak mampu berbuat apa2 kerana beliau menaiki motosikal. Sebaik seelsai mengisi minyak beliau keluar menuju jalan balik & melalui simpang 4 yg ada traffic light di hadapan Giant Nusa Bestari. Beliau lihat ramai org berkerumun & saksi menyatakan ada seorang wanita telah terjun dari sebuah kereta berlumuran darah di atas jalan. ADH security tersebut kemudian kembali ke stesen minyak utk mengambil pemandu Honda Accord tadi & membawa ke tempat di mana wanita tersebut kemalangan dan sudah pengsan. Ada kemungkinan wanita tersebut bukan terjun tapi ditolak keluar oleh lelaki yang melarikan kereta tersebut. Kepada semua, berhati2lah bila mengisi minyak kereta.

Arahan utk mematikan enjin semasa mengisi minyak perlu dipatuhi. Kunci kereta semasa meninggalkan kereta utk membuat pembayaran. Jika ada penumpang lain didalam kereta, minta mereka kunci kereta dari dalam. Ini yg saya & kawan2 dah praktikkan sejak dari dulu. Kita mungkin bukan sahaja kehilangan kereta tetapi org yg kita sayang. Bayangkan kalau yg di dalam kereta itu anak kecil. Apakah yg mampu mereka lakukan. Kalau tak dihumban keluar dari kereta mungkin dijual kpd sindiket penjualan organ. Mungkin jd pengemis. Sekian, harap sebarkan."

You Might Also Like

15 comments

  1. terima kasih kerana berkongsi

    ReplyDelete
  2. Ya Allah! Kena beringat, setiapkali suami pegi isi minyak...kita yg duduk dlm dgn anak wajib duduk diam sambil mengunci pintu. Jgn dibiar mcm tu je. Mmg bahaya!

    Teringat kes satu keluarga dibawa lari semata nak mencuri kereta di Senawang dulu.

    ReplyDelete
  3. ish..nauzubillah...

    harap perkara seperti ni tak terjadi dlm keluarga kita...amin...

    ReplyDelete
  4. Assalam...
    Cuai selalu merugikan...Memang sentiasa beringat untuk lock dari dalam kalau hubby keluar ke mana sekalipun...

    ReplyDelete
  5. makin ganas diorg ni skrg.
    lps ni kalo mrhubby gi isi minyak, kita lock la pintu

    ReplyDelete
  6. seremm...macam2 la skrg ni kan....hai la dunia..memang kena lebih alert n hati2...

    ReplyDelete
  7. salam persahabatan.

    Banyak kejadian jenayah sekarang ni...
    Mcm mcm cara diorang ni..
    So kita kena berhati hati selalu...

    adando.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. BERHATI2LAH SELALU... KITA MAMPU MENGUBAHNYA...

    ReplyDelete
  9. Fiza, thanks for sharing ye...huu huu...mmg bahaya kan especially kalo ada anak kecil dlm kereta, minta di jauhkan lah benda2 burok mcm nie.

    Geram betul lah dgn jenayah yg makin berleluasa kat mesia skrg nie. Makin menjadi-jadi pulak...

    Intan kalo hubby isi minyak mmg lock keta dr dalam. Awal2 dah takut akan perkara yg cam gini...huu huu.

    BabyIntan’s latest n3:
    Colgate Barbir Toothpaste
    Too SEXY!
    Peraduan Gaya Adik Bulan Ini Pa&Ma!
    Beware! Renungan Menggoda Cik Arissa…
    My Barbie Doll!

    ReplyDelete
  10. thanx..kena beringat ni...mintak dijauhkan la...

    ReplyDelete
  11. Aii tuan blog. tima kasih sebab sudi bagi pandangan kat entry sy tu. ktorg dah ok pun sekarang!

    ReplyDelete
  12. bahaya ni..!! kene berjaga lbh lg ni

    ReplyDelete
  13. bahaya nya sekarang nie , macam2 jenayah kan....thanks ye for the info pasni kena lebih berhati2 lagi

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive