Buah CIKU...susahnya nak cari

Thursday, November 24, 2011


Tolonggggg...kat mana aku bley cari buah ciku? Tengah mengidam buah ciku nih. Bukan sebab mengandung erk, jangan salah tafsir ☺☺. Mengandungi taik lagi adalah...muahahahaha.... Tak nak buah ciku yang potong tu. Tak puas makan sebab sikit sangat, harga 2 hinggit plak tu.

Susah betul nak cari buah ciku. Kalau jumpa kat pasaraya pon yang belum masak lagi, pastu cikinot plak tu. Kat pasar malam pon tak pernah nampak orang jual. Aritu...kat tempat jual buah tu, orang tu tengah nak potong buah ciku, banyak plak tu pastu beso² buah ciku dia. Nak gak tanya kat mana dia beli, tapi seganlah plak...hurmmmmm...

Banyak khasiat buat ciku ni. Antarnya:

Kaya dengan vitamin C dan bahan mineral lain terutamanya kalsium. Bagi tiap-tiap 100 gm ciku juga terkandung 2.3 gram zat besi, 0.9 gram serat, 4mg fosforus, 18.4 gram karbohidrat dan 79.1 gram air.


Ciku Penawar Buang Air Berdarah

Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.

Sedapnya kalau dapat makan buah ciku sejuk²...nyum...nyum. Nak kena cari benih pokok ciku lah klo macam nih. Tanam kat umah mak.




You Might Also Like

14 comments

  1. ciku sedapnyaaaa...susah ke nak carik kat sana? senang je rasanya..selalu je jumpa..tp ciku memang sedap sgt2..terliur anak tekak aku nok...hehe

    ReplyDelete
  2. @ AMIRAH: Kat sini ada, tapi dah siap potong, sikit sgt, aku nak beli banyak²...hehehehe...

    ReplyDelete
  3. btul..skrg mcm susah nk jumpa dah buah ciku ni. kecik2 dulu kat kg rmh arwah moyang ada pokok ciku...selalu ada je buah nye...

    ReplyDelete
  4. DAH LAMA TAK MAKAN CIKU WALAUPUN DI RUMAH MAK SAYA ADA POKOK CIKU..

    ReplyDelete
  5. sya tak minat sgt tapi klu jumpa selalu beli utk mak yg sukeeeee sgt2 ciku ni...

    ReplyDelete
  6. alahai tak tahulah katne ada jual..teringin juga nak makan tapi kalau boleh makan pon kena sorok2 sebab ciku ni sejuk, anak zaila kan ada athma so tak leh bagi diorang makan, nanti batuk

    ReplyDelete
  7. aku suka ciku nok....penggemar tegar..dan aku pun tgh mengidam gak ni...

    adoi la...aku pun pelik mana lah nak carik cik ciku ni...payan bebenor nak jumpa...huhu...

    ReplyDelete
  8. Sy hari2 dok beli ciku kat apek jual buah! Sedap! Manis! hiks!

    ReplyDelete
  9. selalu dee beli yg potong2 tu je..sedapkan sis..dulu dee tak suka tau..

    ReplyDelete
  10. cik mmg payah jumpa..sy pon suka ciku..lma sgt dh tk jmpa..

    ReplyDelete
  11. Betul, nak cari buah ciku yang betul-betul masak lagi susah. Selalu jumpa buah ciku yang masih muda, kelat bergetah.

    ReplyDelete
  12. kakyong memang suka dgn buah ciku

    ReplyDelete
  13. sedapkan buah ciku.
    lama sudah x makan buah ciku. kt kg ayh saya ada tanam. byk jugak pokoknya.. hihi

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive