Makan DAGING nampaknya minggu nih ☺☺

Wednesday, November 09, 2011

Salam semua. Kembali bersiaran hari nih. Cerita Aidiladha kami pon biasa² jer. Balik Kg. Pandan. Mak masak rendang, nasi impit ngan kuah lodeh yang sangat sedap...hahahaha...air tangan mak memang terbaik kan. Iman plak sibuk nak nengok lembu. Apa lagi, hubby bawak gi masjid tengok lembu kena sembelih. Balik cerita macam² dah macam bertih jagung...bercerita jer. Memory card tinggal kat umah plak, nan ado lah gambar lombu kena sembelih ^_^


Banyak dapat daging qurban? Mesti banyak kan. Aku pon dapat 2 plastik. Abang AJK surau, dapatlah satu plastik daging. Pastu office hubby pon ada buat ibadah qurban gak, dapat lagi. Ahhhhh....minggu nih minggu makan daging nampaknya. Banyak tu untuk isi rumah yang baru 3 orang. Semalam dah selamat buat sup, tapi tak banyak lah masak, kang tak habis plak.

Faham² lah kan klo masak sup. Nak tunggu danging empuk lagi. Berejam memasaknya. Dah letak sudu pon lambat gak empuknya. APa lagi cara lain nak bagi daging cepat empuk?

Ni tengah cari resipi berasaskan daging. Masak kicap, lomak cili api ngan kentang, kari....haihhhhh...banyak lagi lah. Hari² makan daging mau darah tinggi nih...hahahahahaha...Orang yang ada masalah darah tinggi, control sikit makan daging tu yer ☺☺

You Might Also Like

10 comments

  1. Makan daging yummy,, sampe-sampe penuh awak tuh.. Gain lot of fat for my belly. fufufufu...

    Just for your info, If you own a blog and want to get the Treasures (Samsung Galaxy Ace dan RM 1,000) from Streetdirectory, please make sure you won’t miss this opportunity

    It's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/
    Thank you very much for your attention

    ReplyDelete
  2. tu la nmpknye tema lauk seminggu ni ber daging je kut...sup daging, daging grg, gulai la mcm2 ;)

    ReplyDelete
  3. same laaa....ade 4kg lagi kat umh tu..huhuu...

    ReplyDelete
  4. nasib kitorng tak amik byk ko..sebab dh agak dah nanti takde sape nak makan..ke ada orang yg malas nak masak? hahaha

    ReplyDelete
  5. Sy takde petua melainkan rebus sejam daging tu dgn api yg kecil. Insya-Allah!

    Tak pun, beli je pressure cooker tu. Hiks~

    ReplyDelete
  6. umah aida x dpt langsung daging. jarang la lorong aida ni dpt daging meskipun surau kat belakang tu buat 3 ekor korban tahun ni. just makan daging umah mak & mil jer la weekend lepas :)

    Adianiez's new entry : HAPPY & ANGRY ... GRRRRRRRRR !!!

    ReplyDelete
  7. ha aku yg xbwk blk daging pon bleh mlm tadik papi bwk mkn steak.. hahahhaha lawak betol..

    cuba masak daging masak kicap. mak mmber aku buat mmg superbb.. tp recipe nye bukan daging dgn kicap aje tp mmg aku xtau la cuma sedap sedap sedappp

    ReplyDelete
  8. Samala fiza, duk google resepi berasaskan daging ni, tulang tu lehla wat sup, yang daging ni nak masak apa tak taw hihi, kepala Kita pikir benda yg sama hihih

    ReplyDelete
  9. kakyong dpt tulang jer.. dagingnyer kureng.. dah 2 x round masak sup.. so simpan dulu.. jemu pulak dok adap sup

    ReplyDelete
  10. Cuba masukkan gula masa merebus. Didihkan air, dah menggelegak baru masukkan daging. Kemudian masukkan gula. Kalau 1kg daging, masukkan gula dalam setengah cawan. Jangan takut sebab takkan rasa manis gula tu. Tapi jangan masukkan garam sampai dah empuk.

    Resepi-wise, masak kari daging kentang, masak lemak kentang, daging goreng+bawang+kcg panjang.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive