Alahai TNB....

Wednesday, December 14, 2011


Kalau ada tunggakan yang tak sampai sembilan puluh hinggit...sampailah surat merah sebagai amaran untuk pemotongan. Tapi kalau customer buat aduan pasal masalah bekalan elektrik, malam ni komplen...esok pagi baru datang tengok, macam mana nih Tenaga Nasional Berhad? Tarif elektrik makin naik, tapi perkhidmatan...kenapa tak naikkan gak?

Ni kisah hari khamis lepas. Rumah aku tetiba shut down. Memula lampu berklip², pastu trus gelap. Tapi tak der plak dengar kotak meter tu naik ke atas. Ingatkan suma rumah tak der bekalan. Tapi rupa² nya hanya rumah aku sahaja yang terpilih tak der bekalan letrik. Alhamdulillah...aku dah habis masak, cuma tak sempat masak nasi. Kebetulan si dia memang balik lewat. Call jiran atas...minta suami dia tolong tengokkan. Memang tak der masalah. Suma ok. Dah try banyak kali pon tak bley gak. Menumpang lah kami anak beranak kat rumah jiran sampai si dia balik.

Malam tu call TNB dalam pukul 11.00 lebih. Dia bagi solution, tapi hampeh lah kan sebab memang tak boleh. Nak gi kat kotak beso kat floor kitorang tu memang tak boleh lah kan sebab dah ada amaran, hanya org TNB jer yg boleh bukak. Katanya nak datang dan nanti dorang akan call. Malam tu tido dalam keadaan yang gelap bertemankan sinar lampu kat luar. Sliding memang bukak bagi angin masuk. Alhamdulillah gak cuaca malam tu tak panas sebab baru lepas hujan...sejuk sket tido. Anak² pon tak kepanasan.

TUnggu punya tunggu sampailah ke pagi...nan ado batang hidung orang TNB...memang hampeh. Tunggu lagi sampai pukul 10.00 am lebih...sabar lagi tu tunggu. Memang @#$%^&. Call balik TNB, dorang kata ada call HP si dia...wak lu lah, satu miss call dari TNB pon tak der kat screen hand phone tu, macam mana plak dorang bley kata call banyak kali tak dapat. Dasar tak buat kerja. Kerja nak menipu customer jer.

On the spot tu gak dalam 15-20 minit dah sampai kat umah. Tak sampai 5 minit dah ada bekalan letrik nya. Bukan besar pon masalahnya, itu pon lama nak kena tunggu ker? Alahai TENAGA NASIONAL BERHAD @ TNB, perkhidmatan tu biarlah memuaskan. Jangan tau nak naikkan harga elektrik jer.

You Might Also Like

14 comments

  1. memang betul..kalau surat pink tu cepat pulak sampai tp bile ade problem macam nie, mane boleh tangguh² kan?? hurmmmmm

    ReplyDelete
  2. perkhidmatan byr mahal2 tp servis cam hampeh je.aiyaa

    ReplyDelete
  3. @aReLaN: Memang hampeh, perkhidmatan tak selari ngan kenaikan.

    ReplyDelete
  4. aah kan..buat la keje bebetul..

    ReplyDelete
  5. Kenapalah nak menipu. Kalau tak call, jgnlah kata call. Bukti ley je kite dpt dr phone. Haishhh!

    ReplyDelete
  6. Assalam...
    Ohoho..jangan marah orang TNB.bab tarif elektrik naik, bukan TNB yang tentukan...Staf TNB ada masa 15-30 utk sampai selepas terima panggilan. Kes lambat selesai mungkin ada staff yang tak dapat dihubungi oleh operator TNB.
    Bukan senang juga jadi ahli keluarga TNB, masa kerja lebih banyak dari masa bersama keluarga. Gadai nyawa untuk kesenangan kita semua.

    ReplyDelete
  7. Kalau nk potong tu efisyen betul, time nak on balik terhegeh2 sabar jela fiza

    ReplyDelete
  8. sila ajukan surat komplen ke TNB. hahaha bukan bukan, aku bukan keje TNB tapi ko pi aje komplen lelagik dia ckp kol henpon tu. bidaah sungguh!

    ReplyDelete
  9. TNB KAT MELAKA NI OK JE.. SAYA CALL PASAL LAMPU JALAN DEPAN RUMAH TAK MENYALA, SEKEJAP JE DIA SAMPAI.. TAHNIAH TNB MELAKA.. PATUTLAH MELAKA JADI NEGERI MAJU SEBAB ORANG2 NYA BEKERJA BERLARI BUKAN BERJALAN LAGI.. ;)

    PST.. BUKAN APA, SEKALI SEKALA KENA JUGA PUJI.

    ReplyDelete
  10. ooh..memang lambat servis dorang tu kan..

    ReplyDelete
  11. hmmmmm, macam mana le benda ni boleh berlaku tnb?

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive