Kesesakan yang Luar Biasa dan Sikap Pemandu

Wednesday, December 14, 2011


Balik kerja petang semalam betul² meyesakkan hati, kepala, kepala lutut dan semuanya lah. Kesesakan jalan yang luar biasa daripada biasa. Ya! allah...rasa nak menangis. Menyumpah seranah jangan cakap lah, dah macam orang tak betul cakap sesorang dalam keta, istighfar bebanyak jer lah. Start jammed betul² lepas SHELL SKVE (rasanya) sampai lah masuk Highway Kajang Silk.

Perjalanan yang amik masa hanya 25-30 minit berlanjutan sampai 1 jam 45 minit. Sampai rumah pukul 8.00 pm. Hazab nya hanya DIA jer yang tahu. Di tambah pulak dengan sikap pemandu kat Malaysia nih kan...memotong barisan. Selagi boleh selit...asyik menyelit jer lah. Memang sakit hati, lagi lah bertambah jammed. Yang lori jangan cakap lah, mentang² ko besar kan, nak menyelit gak tu. Pastu dah tau memotong, tak reti² nak bagi signal...sorry lah aku nak bagi jalan. Orang lain pon nak balik gak kan.

Kepala dah pening sebab asyik tersengguk². Tekak dah mula mual. Kepala lutut dah mula gigil² macam orang kena parkinson...kejap² pegang lutut. Minyak plak dah mula susut. Dalam hati asyik berbisik 'bila nak sampai nih...apsal sesak sangat nih...bla..bla'...yang hairannya, tak der plak nampak kesan accident. Cuma petang semalam hujan. Tapi kalau hujan pon, tak der lah sesak teruk macam petang semalam. Memang sangat teruk ah kesesakannya.

Aku tak dapat bayangkan orang yang balik pantai timur...yang radah jalan sesak berjam-jam, dengan anak² kecik...perghhhhh...semalam nyer sesak pon dah buat hati menggelegak. Penat...letih sangat².

Amik bebudak kat tadika semalam, nampak dari luar anak dara tu tengah termenung kat tingkap, sambil makan roti. Mesti tertanya² 'apsal lah ibu lambat sangat nih'. Alahaiiiiii...bila tengok anak², terubat sikit lah kepenatan tu ☺☺☺

You Might Also Like

32 comments

  1. dasat..seb bek sy nek mtr je, leh cilok²..hehe

    ReplyDelete
  2. bila orang potong Q tu rasa macam nak turun dari kereta nak sound je... orang lain nak cepat jugak...

    ReplyDelete
  3. ramai pemandu bersikap pentingkan diri sendiri

    ReplyDelete
  4. @mizzkechique: Memang dasat, skit hati di buatnya.

    ReplyDelete
  5. @.::Lynn::.: Iyer lah lin, rasa nak hon panjang² pon ada.

    ReplyDelete
  6. @:: Mrs.Eady ::: TU lah izwa, tempias sebab banjir ptg smalam kot.

    ReplyDelete
  7. KALAU SAYA PASTI ANGIN SATU BADAN.. ;)

    ReplyDelete
  8. Eee..kdg2 mencabar kesabaran btl bila kesesakan mcm nie, plg mencabar bila sikap pemandu yg ego atas jalan. Suka potong q, xreti nk bg signal, eee geram pulak kdg2, bukan pe, kat sini hari2 nak pegi/balik keje q..teremosi kejap huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. @Mrs Lurve: Memang mencabar kesabaran bila memandu nih...geram betul kan dgn org yg suka potong Q nih.

    ReplyDelete
  10. Haishh...sy pun selalu je membebel sorang2 dlm kete. Lagilah umah bbysitter jauh dr umah sy. Mmg sebu dengan jalan jammed jelah kita nie hari2.

    =(

    ReplyDelete
  11. sabor jela ye nok..seb baek kat melaka takde jam..kalo tidak ada jugak yg balik rumah jalan kaki kang..

    ReplyDelete
  12. kesabaran aku berada pada tahap paling minimum bila sesak sgt mcm ni...huh!!

    ReplyDelete
  13. Betul tu fiza, bengang ngan org cilok2 ni, ciannya anak2 tertggu2 kalau Kita Lambat kan, syukurla tak slalu balik lmbt

    ReplyDelete
  14. klu dh nme malaysia, mmg gtu la budaya dia.nek motor cepat tp bahaya tp klu nek keta mmg azab la ble sesak cmtu.sbr la ye.hehehe

    ReplyDelete
  15. eh saya semalam pun lalu jalan tu balik dari keje. dalam kul 7 pm gitu. mmg hari2 lalu situ pun. Tapi saya bawa motor je. Laluan motor pun dah kena amek ngn kete. Aduiih sy yg bawa motor ni pun menyumpah kat kete2 tu hihi..Apesak jem sgt smlm ntah..

    ReplyDelete
  16. @Fara: Tu lah fara, dugaan utk org yg memandu.

    ReplyDelete
  17. hmm ras tension kan kalau lekat kt celah2 jam..tp yg fyzz selalu heran kan..kalau polis trafic jaga..lagi teruk jam nya..huhuhu..

    ReplyDelete
  18. @amirah: Semalam memang aku dah hilang sabar nok, penay wei redah jammed nih.

    ReplyDelete
  19. @ajumohit: Bengang kan. Kesian kat anak² satu hal, bab OT lagi...huhuhu...

    ReplyDelete
  20. @aReLaN: Memang azab, sabo jer lah yg mampu.

    ReplyDelete
  21. @mrs. wanie: Kesian kat penunggang motor. Tak tau lah apsal jammed teruk sgt ptg smalam.

    ReplyDelete
  22. gara2 jem teruk smalam..hr ni masih terasa lenguh kaki ni..walhal kete auto tu...phewww

    ReplyDelete
  23. @fyzz: Tak di nafikan, klo polis trafik jaga memang lagi sesak.

    ReplyDelete
  24. @Joy: Has...klo auto pon dah lenguh, inikan manual, hazab ☺☺

    ReplyDelete
  25. selalu jd gini.. bila sesak2, ada je pemandu yg pintas2 nk potong barisan.. padahal kita semua pun nak cpt jugakkan tp xdalah sampai potong barisan..

    ReplyDelete
  26. 1jam 45 minit huhu pengsan! tak suka bila ada pemandu yg cilok sana sini huhu...

    ReplyDelete
  27. whoaaa lama tu sejam lebih sangkut jem..wina ni kalau lampu merah lama sket je dah geram huhuhuuuu

    nasib baiklah dari rumah ke ofis xde jem sangat..kalau besok² ofis pindah tempat lain, mesti menangis macam fiza gak

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive