Ombak Rindu, CInta Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku

Friday, December 02, 2011

Semuanya adalah kesinambungan dari kisah novel Ombak Rindu. Sana sini orang dok citer pasal filem Ombak Rindu nih. Kalau baca novel pon dah best, ini kan pulak bila nengok filem kan. Review pon ada yang pro and con...biasalah tu. 


Novel ni antara novel yang aku suka baca masa zaman anak dara dulu. Memang ulang² baca sebab citer nya best...tak bosan. Memang suka baca novel karya Fauziah Ashari nih. Biasalah kan...klo baca novel kita boleh bayangkan watak² dalam tu. Kecantikan izzah, ketampanan Hariz dan kejahatan Pak Taha. Aku nak cari balik novel nih, tak tau mana letaknya, nak baca balik. Semua dah tau kan pasal sinopsis nya.


Pastu ada plak sambungan novel Ombak rindu...Novel Kedua, Cinta Tiada Akhirnya. Kisahnya...

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah …..Cinta … Tiada Akhirnya, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, Cinta … Tiada Akhirnya, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.


Novel Ketiga pulak Rindu Cintaku. Yang ni aku rasa macam dah baca gak. Kisahnya...

Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tidak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Haris yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. Namun, membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan, apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? Cinta yang tidak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? atau… Nyawa?

alaaaaa...nak kena cari balik novel² nih. Yang ada dlm tangan Novel Kedua, Cinta Tiada Akhirnya. Kalau ikut novel, ada part 1 and 2. Kalau ikut filem...ada sambungannya ker?☺☺☺

You Might Also Like

24 comments

  1. salam, insyaAllah weekend ni nak gi tgk :) tak sabo la...

    ReplyDelete
  2. zaila pas baca review Ombak Rindu, berkobar-kobar nak tengok..tak sabar rasanya nak feeling2 dalam movie tu:P

    ReplyDelete
  3. Assalam..
    Suka juga baca novel zaman remaja dulu tapi bila dah kahwin ni malas dah nak layan...mesti best bila difilemkan nanti kan..

    Terlupa Lagi | Teratak Usang

    ReplyDelete
  4. WAH.. BACA NOVEL PULAK.. BAGUS2..

    ReplyDelete
  5. Nur bukan peminat novel. Rasa2 macam nak terjebak je. Semua novel ni belum pernah baca lagi. Baca sinopsis pun dah menarik.

    ReplyDelete
  6. mintak-mintak cite dia best sebest novel dia..

    ReplyDelete
  7. kbykn blogger cite sal cite ni skrg..

    ReplyDelete
  8. tapi ombak rinduuu tuu nampak sgt menarik kan .. ermm ada komen dari tuan punya novel , cerita tuu jauh menyimpang dari kisah di novel .. hurmmmm ...

    ReplyDelete
  9. fiza: saya dah jumpe kedai burger tue...;) thanks for the info...

    ombak rindu: best la cite nie! baru g tgk tadi...

    ReplyDelete
  10. ila nak pg tgok kat panggung.. citer dia mula2 ok tapi bila dah masuk novel2 berikutnya ila rasa mcm dah melalut2..lagi2 part yg ada kembar tue..

    ReplyDelete
  11. kakyong dah baca 2 novel tu.. tp yg ke3 tu belum..

    baru juga baca bbrp review blogger pasal filem ombak rindu ni.. ada part yg rasanya kalo ditiadakan, rasanya tdk cacat filem tu... ntahlah wonder juga kenapa perlu scene intim tu...

    ReplyDelete
  12. movie dia gabung kot semua citer tu...tapi mmg pd i citer nie best :) depends pd org gak..yg hati cam i mmg nangis tgk..baca novel pun nangis..hahahahah tapi ada sikit lain le dari novel..

    ReplyDelete
  13. alamak apasal le tak suka sangat baca novel

    ReplyDelete
  14. ramai yg kata best, nak baca jugak lah nanti novel dia..

    ReplyDelete
  15. fiza..saya suka sgt novel nih...tp yg part 2 and 3 tak baca pun...tuh la cam lagenda budak setan..bila filem tak setanding novel nya kan..
    tak sabar nak beli dvd citer ombak rindu..emm nk tgk wayang tak dpt la..ngan bebudak nih ..uhuhu

    ReplyDelete
  16. masa muda2 dulu suka baca karya ahadiat akashah je...

    kadang2 jelous tengok kawan2 minat mengumpul novel ni, mana nak mula ya?

    ReplyDelete
  17. byk tol org bercerita pasal filem ni skrg.. ni yg rasa nk tgk ni..

    ReplyDelete
  18. tula...sume dok cite pasal ombak rindu...
    xder can nk p tengok...ngeee

    ReplyDelete
  19. harus tgk filem ni sbb aku antara ribuan pembaca novel Ombak Rindu tu...

    ReplyDelete
  20. ila belum dapat tengok lagi. bila ila boleh tgk nie uwaaaaaa :'(

    ReplyDelete
  21. ke 3-3 novel ni pon dh khatam.. tp novel y ke-2 & ke-3 rsa berat sket jln cerita..tp suka la past last...HAJI HARRIZ.. hehe

    ReplyDelete
  22. kalau jumpe nak pinjam :) hihihih

    ReplyDelete
  23. a'kum
    sekadar info.
    saya ada menjual novel ombak rindu dan rindu cintaku.. stok terhad.
    cinta...tiada akhirnya stock dah habis..
    kalau berminat email saya ye
    b-zuya7484@hotmail.com

    tq

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive