Penangan HMFD

Tuesday, December 13, 2011


Hand, Mouth Foot Disease @ Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut, aku terpaksa amik Emergency Leave jumaat aritu. Masa nak amik bebudak hari khamis last week, owner dah siap tunggu kat depan pintu. Kisahnya...

Ada parent yang hantar anak kat nursery, katanya anak dia baru baik dari chicken pox. Tapi bila dah beberapa hari masih ada kesan merah kat tapak kaki, owner ni soh gi klinik check balik, sekali sah lah...budak ni kena HMFD. Untuk kepastian, owner minta nasihat dari JKM dan Kementerian Kesihatan. Datanglah orang kementerian kesihatan kat nursery tu untuk check sama ada bebudak ni dah di jangkiti atau belum. Alhamdulillah...semua selamat. Tapi sebagai langkah berjaga², nursery terpaksa di tutup selama 3 hari bermula hari jumaat sampai lah Rabu. Nasib semalam selangor cuti. Dalam pada tu anak dara dan anak bujang tu pon kena pantau gak...mana tau kan.

Hari ni nursery memang tutup, tapi owner nih ada nursery dan tadika, solutionnya...kalau nak hantar anak² kena call dan sahkan yang anak betul² tak ada tanda² HMFD. Pastu kena hantar anak kat Tadika. Lega sket bila dengar. Kalau tak terpaksa lah tambah lagi EL. Nasib tadika pon dekat² situ gak. Nuersery kena quarantine sampai rabu. Infi mengenai HMFD:

Definisi
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

Sebab-sebab
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.

Tanda-tanda dan gejala
  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

Siapa yang mudah dijangkiti?
Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Adakah penyakit ini berjangkit?
Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?
Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

Bagaimana diagnosis dijalankan?
Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.

Rawatan
Tiada rawatan yang khusus.
  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
Pencegahan
  • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
Komplikasi

Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.

Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?
Tiada vaksin untuk penyakit ini.

Bila perlu berjumpa doktor?
  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
  • Letih/lesu
  • Kulit dan lidah yang kering
  • Resah gelisah (irritable)
  • Sawan
  • hilang sedar
Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-
  • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
  • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
  • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama
Informasi boleh didapati melalui:
  • Pegawai perubatan /Pakar kanak-kanak
  • Klinik-klinik kesihatan
  • Laman web pengawalan dan pencegahan penyakit atau telefon no : 03-88833888
  • Familydoctor.org, kidshealth.org, health.am websites

You Might Also Like

22 comments

  1. thanks kongsi pasal info ni.. sy sndiri pun xphm sgt jugak pasal ni sblm ni..

    ReplyDelete
  2. harp anak2 fiza semua ok...masa sufiya dulu pun..sekul dia kena tutup seminggu gak..siap masuk tv3 lagi...hmm bhaya gak kan..tp at least kita as mama amik langkah berjaga2 kan..take a good care for ur children..

    ReplyDelete
  3. Sy sgt seram bab penyakit mcm nie. Adeh! Dahlah tu, baik sendiri lak tu. Seksa anak2. Walau apapun, mencegah lebih baik dari mengubati kan?

    ReplyDelete
  4. tengah musim kot sekarang..
    taska dhia bahagian toddler tutup seminggu..
    bermula ari isnin sampai jumaat ni..
    bilik baby jer bukak..
    gara2 HFMD jugak..
    terpakse la bawak ke ofis..
    sib baik bos cuti..

    ReplyDelete
  5. @Anum: Bagus untuk org yang belum tahu.

    ReplyDelete
  6. @fyzzeva81: Alhamdulullah suma ok. Memang bahaya.

    ReplyDelete
  7. @Fara: Betul tu fara, saya pon seram gak masa dengar sbb sepanjang hantar iman, ni lah kes pertama kat nursery tu.

    ReplyDelete
  8. @.:Mama Dhia:.Lama erk tutup. Mcm saya nasib baik owner tu ada tadika, klo tak terpaksa tambah EL.

    ReplyDelete
  9. elok sgt la u buat entry ni.
    lately i dok observe anak2, x sure hmfd ke bukan.

    ReplyDelete
  10. time kasih.skang ni mcm2 penyakit ade. tp kte pn kna la bijak elakkan dri dr sgala punca penyakit kn.huhu

    ReplyDelete
  11. mintak dijauhkan la...aku takut sgt kalau anak2 aku kena penyakit ni...kesian kat dorang...huhu...

    ReplyDelete
  12. INFO YANG BERGUNA.. HANYA BACA SEDIKIT, NANTI BACA LAGI.. ;)

    ReplyDelete
  13. Tq for this info fiza, mmg patut ditutup sementara taska ni kan, Moga tak bjangkit pada anak2 fiza Dan diorg yang lain

    ReplyDelete
  14. Assalam..
    Kalau kena kat baby kecil, kesian kan..Tau tau nak cakap sakit kat mana..
    Zaman dulu kalau demam, tangguh2 je makan ubat tapi sekarang ni kalau ada tanda2 nak demam, kena cepat bertindak..

    ReplyDelete
  15. eh bagus eh nurseri nih.. siap panggil org check and tutup. bagus.. bagus.. dpt tambah cuti haha

    ReplyDelete
  16. anak saya pernah jadi suspek hfmd.. so, terpaksa kena duduk wad.. tapi selepas 2 hari duk wad.. pakar kulit kata.. ank sy bkn kes hfmd.. masa tu, geram ada.. marah pun ada.. tgn anak sy.. dh bengkak sbb kena masuk air.. tapi rupa2nya diagnose penyakit kulit lain.. sedih & kecewa sgt2 masa tu.. pengajarannya.. kena ambil tau simptom2 semua ni.. supaya kita boleh elak sendiri kes2 salah diagnose ni..

    ReplyDelete
  17. alahai..kesiannya..harap2 anak fiza tak menjangkit sama..

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive