Tantrum si Drama Queen

Tuesday, December 06, 2011

Anak dara di serang tantrum. Dah 3 hari anak dara ku itu merengek²...menangis...Sampai dah tak tau nak buat apa. Tak pernah² macam nih. Demam aritu pon ok jer, tak meragam. Yang hairannya, start buat hal menjelang petang sampai lah malam. Memang menguji kesabaran betul. Ini lah yang di namakan 'TANTRUM @ Mengamuk tak keruan' atau suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Tapi selalunya tantrum ni muncul pada usia 15 bulan hingga 6 tahun. Tapi si qahirah tak sampai pon 15 bulan.

Meleleh² air mata. Baru lepas tantrum sebab nak drive keta ngan abah dia skali...bahaya nak oiiii. Bila amik gambar, automatic trus senyap.

Bukan anak jer tantrum, ibu pon turut tantrum gak. Mana taknya, pujuk baik punya pon tak jalan. Bagi nenen tak nak. Tido pon kejap jer, terjaga dari tido trus menangis. Bagi makan tak nak, nak suap sendiri hokey. Bila tak bagi mulalak terbaring menangis². Bila bagi...erk...suka plak. Tapi bukannya makan pon. Lebih kepada main. Kesudahannya...bersepah nasik, pastu sambung tantrum balik....adoiiiiii...pastu bagi air minum sikit, selebihnya main basuh² tangan dalam cawan. Bila amik...terbaring nangis hentak² kaki. Sabar jer lah.

Balik kerja semalam tanye kat bebudak pengasuh kat nursery tu sama ada anak dara tu buat perangai ker tak. Tapi tak der plak....ok jer budak tu cakap. Hhhhmmmmm...dah ok lah tu kot. Tapi sangkaan ku meleset. Start maghrib jer mulalah tantrum nya. Tak boleh nak masak langsung. Sempat buat bubur jer. Itu pon sebelah tangan dukung anak, sebelah tangan lagi dok kacau bubur. Kita kan 'SUPERMAK' ☺☺☺

Menurut dari info yang aku baca, tantrum ni terjadi berbeza mengikut tahap dan usia kanak²:

1 - Bayi
2 - Anak tatih
3 - Kanak² Pra sekolah
4 - Kanak² yang sudah bersekolah

Kiranya qahirah ni kategori anak tatih. Antaranya anak tatih kuat meradang dan mengalami tantrum atas pelbagai sebab. Antaranya ibu bapa melarang mereka untuk panjat meja, kasut hilang, sarung kaki tak cantik dan sebagainya. Hal ini adalah kerana anak tatih cepat dan mudah berasa kecewa dan tertekan, Kebanyakan anak tatih tidak banyak bercakap kerana kebolehan mereka untuk berkomunikasi secara berkesan belum benar² berkembang. Jadi, mereka mengalami masalah dalam meluahkan perasan serta untuk memberitahu apa sebenarnya yang mereka mahu kepada orang dewasa. Selain itu juga, anak tatih mengalami sedikit masalah dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Jadi, mereka tidak mamou melakukan banyak perkara yang menyebabkan mereka cepat berasa sedih, putus asa dan kecewa jika tidak dapat menyempurnakan sesuatu tugas. Tantrum paling banyak ditunjukkan oleh anak tatih apabila mereka berada dalam keadaan lapar atau dalam keadaan sakit, letih dan terlalu gembira. Kalau nak tau selebihnya bley baca kat SINI.

Itu lah kisahnya. Terlalu gembira pon bley tantrum gak kan. Aku pon dah tahu sebab apa qahirah tantrum. Selain lapar dan penat, anak dara tu dalam fasa menahan sakit. Aku perasan pon hari ahad baru nih. Tengok gusi dia bengkak atas dan bawah. Nak tumbuh gigi lagi, mugkin kali ni lebih sakit. Petang smalam ketara sangat air liur dia meleleh ☺☺. Pastu lidah dia nampak macam merah sikit. Kesian anak ibu.

Terdapat beberapa tips untuk mengendalikan tantrum kanak-kanak. Antaranya ialah cuba untuk bertenang. Jika ibu bapa terutamanya, marah, memukul-mukul atau menjerit pada anak yang sedang meradang ia bukannya membantu mengurangkan tantrum malah memburukkan lagi keadaan. Ibu bapa perlu mengawal diri dan emosi apabila berhadapan dengan anak yang sedang meradang dengan memberikan kata-kata pujukan yang positif kepada anak.

Keduanya, berfikir sebelum bertindak. Ambil masa dalam 30 saat untuk berfikir apa tindakan yang terbaik untuk meredakan kemarahan anak. Terdapat empat cara yang mungkin boleh menangani tantrum iaitu alihkan perhatian Maksudnya, cuba alih kan perhatian anak kepada sesuatu yang lain. Sebagai contoh, jika anak bermain dengan sesuatu yang tidak selamat seperti pisau atau beg duit dan mereka menangis apabila ibu bapa mengambil barang tersebut, ibu bapa perlu memberi barang lain yang boleh dimainoleh anak. Cara ini amat berkesan jika dilakukan kepada anak tatih.

Aku dah buat apa yang di sebut di atas. Bagi barang lain, tapi di campaknya lagi ada lah. Memang memerlukan kesabaran dan ketenangan hati yang tinggi untuk menangani anak tantrum nih. Ibu sendiri bley nangis di buatnya sebab tak tau nak buat apa dah. Harap² tantrum qahirah tak lama.

You Might Also Like

23 comments

  1. Salam.1st time nk tgl kumen sini :) bila anak tantrum time tu la I rasa diuji dr setiap sudut.sambil pujuk dia dlm hati berdoa je yg I ble tahan sabar n hati anak pun cepat lembut dgn pujukan mama nya ni

    ReplyDelete
  2. hehe..dh mula tunjuk pangai.. anak² buah sy pun mcm tu kak..

    ReplyDelete
  3. adui..kadang2 ada jg terlepas kemarahan tu stlh berkali2 dilarang secara lembut.pastu nyesal.

    ReplyDelete
  4. danial pun mcm tu fiza..hatta sampai skrg...mmm...adakah kerana dia anak kedua? org kata, anak kedua ni perangai dia pelik sikit..hehe.. teringat gak ayu dulu2 masa kecil2..pun anak kedua gak

    ReplyDelete
  5. bila anak2 mengamuk mcm ni, memang dugaan besar, bersabar & bertabah jer lah si ibu.. tp selalunya tak lama..

    fiza pun dah tahu apa masalah dia kan.. Insya Allah, nanti reda lah tu..

    Aliya dulu tak tentu masa dia mengamuk.. selalunya time tak dpt apa yg dia nak lah.. Alhamdulillah, dah besor nih, xde ngamuk2 dah..

    ReplyDelete
  6. Pertama Kali dgr istilah ni fiza, mmg kita tak keruan kan kalau anak buat perangai, nak tumbuh gigi ye bucuk ibu ni, moga2 Qaira baik2 sahaja ye, cian dia

    ReplyDelete
  7. sama la dengan anak kita~~cuma yang bestnya tantrum dia datang time kul 2-3 pagi~sabo je lah~~

    ReplyDelete
  8. Aydin pun adalaka mcm tu. Adakala juga, sy dan suami terlepas mrh. Skg nie, dia dah belajar marah pd org yg memarahinya. Risau.

    ReplyDelete
  9. temper tantrum?
    hehee

    mmg perlu byk sabar kan dgn anak2 yg sedang membesar nih.. anak saya pun leh tahan gak tantrumnya...

    nway, saya baru folo sini..
    =}

    salam kenal, jemput ke my blog~

    http://februaricinta.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. bagus2.leh praktik la psni.thanks for sharing

    ReplyDelete
  11. ya allahhh pandai plak dia tantrum kt umah yeee hahaha sbb dia tau kot kt umah ade supermak haha

    aku seram tantrum2 nih sbb mmg byk kes xbleh buat ape.. dok kena tgk dulu smpai senyap haha.. alhamdulillah sami tak penah pulak gini.. xtau la si kecik nih nnti sbb pegneci kali nih aku stress semcm and byk komplen.. jgn la anak dara aku drama queen cam aku gak hahaha

    ReplyDelete
  12. BARU TAU TANTRUM TU APA. ANAK SAYA PUN KADANGKALA MENGAMUK TAK TENTU PASAL. BAPA DIA PUN LAYAN MENGAMUK JUGA LAH.. ;)

    ReplyDelete
  13. kalau anak meragam mmg kita letih kan.. pastu mula la rasa maknya pun nak meragam gak hehehe..

    ReplyDelete
  14. Mmg fening kan kalau anak tantrum. Kalau makan pujuk takpe lah but kalau lagi menjadi tantrum nya adohai mau kita2 nie nak kena mkn panadol :)

    Qahirah tantrum tu maybe sbb yg fiza nyatakan sbb dia nak tumbuh gigi. Cuba fiza try bagi makanan fingger foods yg sejuk seperti carrot dll.

    Tantrum anak2 nie kalau boleh jgn di biar belarutan lama2 takut2 nanti ianya 'kekal'. Once dah npk je ada tanda2, cepat2 kena tackle cari jln penyelesaian. Insya'Allah kalau betul caranya, anak2 kita akan menjadi kanak2 yg ceria semula :)

    ReplyDelete
  15. time ni ibu bapa perlu byk2 bersabar.. dugaan time nih ni..

    ReplyDelete
  16. salam kenal...xda baby lagi....
    pa pepon kene byk bersabar kan.. =)
    jom singgah blog sy

    ReplyDelete
  17. oh pttlah kdg2 tgk budak ni mcm2 fiil..kecik ok, bila msk sklh lain plk..tgk2 umor jgk kn.. tantrum lah ek yg dimaksudkan..jd tk pyh risau lah kalo tetiba tgk ank sy plk mcm tu nti....

    ReplyDelete
  18. lady br dgrlah pkr ni..
    ilmu baru tuk lady..
    ingtkan mmg tabiat kanak2 suka buat perangai.. rupanya ade sebab dan fasa2nya..
    mcmn ek nak dptkan ilmu strsnye untuk persediaan.. hehehe (xmalu nye lady)

    ReplyDelete
  19. ramainya orang drop komen kat blog ko Fiza..jeles aku:P

    Anak2 aku memang ada tantrum masing2 tapi yang paling nyata adalah Haziq yang sulung tu..agaknya dalam sekolah dialah hak paling kecil so selalu kena buli (kot) so bila balik rumah suka arah2kan kami, takpun kalau tak dapat apa yang dia nak dia akan mengamuk (selalunya menangis) & menjawab mulut..kadang2 sampai aku tertanya2 apa dosa aku kat mak aku (ambik kau masa kecik degil suka melawan kata mak)

    tapi anak-anak aku takut ngan bapak diorang..ngan aku je diorang suka mengamuk sebab aku tak reti nak marah..membebel adalah..huhu

    ReplyDelete
  20. huhu..dah macam ahmad dah si kecik ni ek..senang untuk ahmad kan buat2 tak layan..tp untuk qaira sian la plak kat dia..kecik lagi kan..

    ReplyDelete
  21. dah macam ahmad dah si kecik ni ek..huhu..susah kalo tantrum dah datang,..

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive