Ujian Allah Itu 'Tailor-Made'

Friday, December 23, 2011


Yalah, macam baju, kalau beli di kedai , tentu takkan mengikut bentuk badan kita yang sebenar.Tapi kalau di'tailor-made'kan, tentulah akan secocok dengan tubuh badan kita, sehingga menepati segala lekuk anggota kita.Ujian Allah itu juga begitu.Ia tailor-made untuk semua hamba-Nya.Tidak ada seorang mendapat ujian yang sama.

Untuk apa Allah beri kita semua ini?

Kerana, ramai orang akan terkesan dengan tarbiyah peristiwa, yang Allah dah aturkan untuk dirinya. Lain orang, lain ujiannya, dan kesemua itu Allah datangkan untuk memperbaiki diri kita dan menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ini.

Allah akan berterusan memberikan ujian sehinggalah pada satu masa, hamba-Nya itu takkan dapat minta pertolongan pun daripada manusia. Dan semua manusia takkan dapat menolong dia pun. Sehinggalah hamba-Nya itu akan hanya berpaling dan meminta pertolongan dari Dia sahaja.

Sehinggakan Allah, mahu kita muhasabah balik diri kita, dan betulkan semula niat kita, setiap kali kita melangkah.Benarlah, ujian Allah pada setiap seorang dari kita adalah 'tailor-made'.Engkau dan aku, ujian kita tidak akan sama.Sebab Allah, nak memperbetulkan kelemahan kita itu.Selagi mana kita masih ada kelemahan, ataupun terjebak dengan dosa, Allah akan datangkan ujian, yang menyingkapkan kelemahan kita. Agar kita kembali kepada Dia dengan memperbetulkan diri kita dan menjadikan diri kita lebih baik daripada semalam.

Selagi mana kita tidak mempertingkatkan selagi itu Allah akan uji pada titik kelemahan kita.

Subhnaallah.

Source: iluvislam

You Might Also Like

17 komen

  1. Kejadian yang menimpa ayu baru2 ni betul2 menginsafkan ayu fiza.. Moga ayu akan tabah hadapi dugaan ni

    ReplyDelete
  2. betul tu..kita nie kena sentiasa muhasabah diri..Allah tu maha pngasih maha pnyayang. Sntiasa bagi kita masa untuk berubah..caranya..diberikan umur yg ada untuk bertaubat. Perbaiki diri. Tapi kita sbagai hamba selalu lalai. :(

    ReplyDelete
  3. lagi kuat keimanan seseorang , lagi kuat syaitan mendekatinya .. hakikat kena selalu ingatkan allah .. insyaallah diri sentiasa di lindungi :)

    ReplyDelete
  4. betoi tu.. kita kne sntiasa muhasabah n tabah hadapi dugaan dariNYA

    ReplyDelete
  5. Sy sentiasa muhasabah diri. Elok juga sy diujiankan dgn kekurangan. Kalau terlebih, takut sy terlupa!

    =|

    ReplyDelete
  6. tengs dear...apapun, setiap ujian Allah itu mmg buatkan kita makin tabah kan...

    ReplyDelete
  7. ujian untuk kita selalu dekat pada - Nya..rindu pada Nya..cinta pada Nya

    ReplyDelete
  8. ujian tu la yg dpt tgk kite ni btul2 kuat @ tak..kan? nice sharing =)

    ReplyDelete
  9. jika tidak kita akan terus terlupa dan melupakannya...:)

    ReplyDelete
  10. aku lah itu yg skang sedang diuji sampai 1 tahap aku takleh mintak tlg pada sesape dah..jenuh pegi 5 hospital, berapa ramai pakar, makan ubat itu & ini, supplement bagai, buat itu & ini..tapi aku tau, aku kene kuat, kene sabar, mohon padaNya berulang2, sebab Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun..Dia lah yg Maha menyembuhkan..amin! thanks nok for sharing this..

    ReplyDelete
  11. bila datang ujian sekali sekala, buatkan kita lebih kuat semangat, insyaAllah..

    ReplyDelete
  12. tiada kehidupan tanpa dugaan.. Kalau hidup ni sentiasa happy je pun rasa tak kalerful.. ye dak?? Stp apa yg di jadikan Allah tu takde 1 pn sia2..

    ReplyDelete
  13. jgn bila dah betul2 susah baru nak mohon pertolongan-Nya.. masa senang sikit pun tak ingatkan.. harap kita semua dapat pedoman daripada entry ini termasuk lah diri mekchu sendiri..

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive