RM700 untuk satu kerja sahaja??? Mengarutlah

Friday, March 16, 2012

Kalau RM700 sahaja untuk buat kerja rumah, jaga anak plak macam mana? Tambah lagi RM700? Maknanya RM1400 lah yer. Perghhhhhhh...gaji amah lagi mahal dari gaji penjawat awam/swasta. Baik aku jadi amah jer klo dah gaji banyak tu kan. Kerja belum tentu bagus...bila bosan/bermasalah ngan majikan, lari macam tu jer. Siapa yang susah?

Kalau dah macam nih gayanya, amah² ni hanya sesuai untuk orang² kaya saja. Golongan berpendapatan sederhana nih kenalah cari alternatif lain. Nak dapatkan amah dah berhabis ribu riban. Gaji plak tinggi pastu hanya khusus untuk satu kerja sahaja. Memang melampau dan tak berbaloi.

JAKARTA: Indonesia mula melatih pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia yang hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700 sebulan.

Berdasar peraturan itu, jika seorang pembantu rumah diambil untuk menjadi tukang masak, dia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak melakukan tugas lain seperti mengasuh bayi.

Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman, berkata ia adalah antara persetujuan yang dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia, di sini semalam.

Beliau berkata, 106 pembantu rumah Indonesia mula dilatih selama 200 jam atau 21 hari mulai semalam dengan kemahiran khusus masing-masing, manakala majikan yang memerlukan pembantu rumah Indonesia untuk menjalankan semua empat tugas itu perlu mengambil empat pembantu rumah yang khusus terlatih dalam kemahiran masing-masing.

Dr Reyna berkata, kesepakatan dalam soal jawatan khusus itu diharap dapat mengelakkan sebarang masalah seperti yang berlaku pada masa lalu.

Katanya, pada masa ini 12 daripada 176 agensi pekerjaan Indonesia bersedia melatih pembantu rumah berkenaan, manakala lima daripada 221 agensi di Malaysia bersedia menguruskan penempatan mereka dengan majikan di Malaysia.

“Pada masa ini sebahagian besar daripada calon pembantu rumah berkenaan sedang dilatih di Surabaya, Jawa Timur dan di Bekasi, Jawa Barat,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat itu di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia.

Beliau berkata, selepas pengiriman kumpulan pertama 106 pembantu rumah itu, ribuan lagi akan dihantar ke Malaysia dengan anggaran 4,000 hingga 5,000 orang sebulan.

Setakat ini belum ada pembantu rumah Indonesia dihantar secara rasmi ke Malaysia sejak negara itu menarik balik moratorium pengiriman pembantu rumah ke Malaysia pada 1 Disember tahun lalu. Pembekuan sementara itu ditarik balik berikutan kesepakatan yang dicapai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara itu pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu negara itu oleh majikan Malaysia.

Pada 30 Mei tahun lalu, kedua-dua negara menandatangani protokol bagi meminda MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006 dengan memperkemaskan peruntukan, terutama berkaitan perlindungan dan kesejahteraan pekerja dan majikan.

Antara persetujuan yang dicapai adalah kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511 dan majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja kepada agensi pekerjaan. Selain itu, pembantu rumah diberi sehari cuti setiap minggu dan dibenarkan memegang pasport sendiri. – BERNAMA

Source: BH Online

You Might Also Like

21 comments

  1. memang tak patut kan? hopefully kerajaan malaysia kaji balik benda ni. kesian kpd rakyat yg amat memerlukan...

    ReplyDelete
  2. mahalnye. kut dapat maid yg berkualiti ok gak. kut dapat yg keje 2-3 bulan wat perangai...kasihan kat majikan je

    ReplyDelete
  3. Amboi demand plak dia ye, tak bleh baca statement diorg tu, sakit hati huhu

    ReplyDelete
  4. dah makin naik lemak la diorang ni....
    memang mengarut sgt la....

    ReplyDelete
  5. byk la dorg nih. mmber aku kt sana byr 180ribu rupiah aje. tu pon dh kire mahal dia bayo. bese dr 100-250ribu aje. keje tanpa henti aje aku tgk xdek plak nk komplen2.. lempang kang

    ReplyDelete
  6. biar betoi.. mahaii tu.. dahlah satu keje je...

    ReplyDelete
  7. jadi sahm pun tak dapat cam dorang dapat huhu..
    hebat hebat

    ReplyDelete
  8. Indonesia sgt demanding. Kes penderaan amah yg berlaku di Msia boleh dibilang dgn jari. Tapi kecohnya mcm hari2 ade saje kes. Sedang kerajaan Msia tak pnh nak kecoh pun tentang amah Indonesia yg mendera anak majikan. Semuanya krn demdam permusuhan yg entah apa-apa. Walhal, klu diikutkan.....amah2 yg dihantar ke Arab Saudi sana lebih buruk nasibnya!

    Sy bukan nak kate ape. Sedang kerja di negara sendiri pun tak ckp duit nak mkn. Lagi mahu berlagak demand yg bukan2 bile mahu hantar rakyatnya ke negara jiran!

    ReplyDelete
  9. memg sgt mengarut. Indon sj nak demand lebih sbb diorg tau permintaan untuk maid diorg tinggi, sbb tue diorg berani demand mcm tue.

    mayb patut amek dr negara lain, filiphina pun ada, thailand. Masa baca paper pg td, rasa mcm berasap jer telinga. Mengada2, sakit hati pulak!

    ReplyDelete
  10. Ha bg banyak2 kzt org luar lepas ztu beban lain rakyat mesia nak tanggung! Entah ape ygmereka fikirkan erghhhhh

    ReplyDelete
  11. boikot!! jgn ambik maid dari negara sana..baik ambik dari negara2 lain

    ReplyDelete
  12. jangan la layan kehendak mereka... bila terlalu baik kita rugi...

    ReplyDelete
  13. mmg mengarut tak masuk akal..

    ReplyDelete
  14. eh..lupa..jgn lupa caj bil air, api, food yg dorang makan, bilik sewa sekali..baru padan ngan muka dorang..

    ReplyDelete
  15. argh kita jangn layan karenah indon nih..PM pun tak setuju..tak relevan lansung..huh...

    tui kta fiza..bek kita yg jadi amah kalau gaji tinggi cam tuh...

    harp kerajaan malaysia tak tertunduk ngan permintaan melampau nih..

    ReplyDelete
  16. apa dia igt org msia ni semua kaya raya kot..diorg blk indon leh bt rumah banglo..huhu

    ReplyDelete
  17. mmg ridiculous!! mengarut sesgt!!
    dorang ni dah giler agaknya...

    geram je dgr statement Indon tu nok...grrrr!!!

    ReplyDelete
  18. memang tak patutlerkan...
    sebab cleaner kat opis akakni orang indon dapat gak 700 untuk keje dia tapi keje dia susah dari keje kalau cleaner kat rumah kita yang seciputtu...
    lepaihtu kena bayo sewa,makan kena bayo sendiri, nak gi supermarket kena bayo tambang sendiri.. bengong.... bengong... kalau kita ikut kehendak diaorang ...
    tapi pilihan ditangan kitakan.. so setiap kesukaran pasti ada jalan penyelesaian... kita yang kena berubah fikiran.. tanpa diaorangpun kita masih boleh meneruskan kehidupan...

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive