TRAGEDI CINTA ISTERI

Thursday, March 01, 2012

Untuk renungan bersama.

Dalam episod cinta, takdir sering menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa dia tidak setia? Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang menerima nasib begini?

Kita merasakan kitalah yang paling malang. Hanya mulut mengaku Allah itu Tuhan tetapi mengapa dengan takdir-Nya kita enggan? Semacam terlupa kata peneguhan di dalam al hadis dan Al Quran bahawa besarnya masalah, beratnya ujian dan hebatnya cabaran… berkadar terus dengan kekuatan iman.

Inilah hakikat yang mesti menjadi pegangan dalam menghadapi tragedi cinta di dalam rumah tangga. Tragedi cinta menjadi ujian iman dan tauhid sesetengah kita. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing. Dan untuk isteri yang teruji dengan pasangannya, sematkan di dalam dada… bahawa itulah takdir yang dipilih oleh Allah untuk menguji keimanan kita.

Bukankah sudah diungkapkan oleh sejarah, ada isteri yang baik diuji dengan suami yang jahat seperti Siti Asiah isteri kepada Firaun laknatullah. Bujukan Allah cuma satu, bergembiralah dengan pahala di sebalik ujian itu. Tenanglah dengan jani-janji syurga. Ini bukan ‘escapeism’ tetapi itulah iman. Yakinlah, bahawa cinta yang lebih besar sedang menguji cinta yang lebih kecil. Cinta Allah sedang menguji cinta kita kepada isteri atau suami.

Dan jika cinta yang kecil itu rapuh, jangan pula cinta yang lebih besar itu roboh. Percayakan janji-janji Allah di akhirat adalah penawar paling mujarab untuk menghadapi keperitan ujian hidup di dunia. Ketika disiksa menjelang kematiannya, Siti Asiah hanya memohon kepada Allah untuk mendapat rumah di dalam syurga. Jadi usah dikorbankan akhirat kita hanya kerana dipersiakan oleh cinta kita di dunia.

Bagaimana sekiranya, cinta kita sudah dipersiakan? Pasangan kita seolah-olah menjadi ‘orang lain’. Bukan dia yang kita kenal dahulu. Apakah ketika itu kita akan jadi panasaran? Habis segala laci, meja tulis, kereta atau begnya kita selongkar. Telefon bimbitnya, email, facebook dan apa sahaja milik peribadinya kita bongkar. Mencari dan menghidu kalau-kalau terdapat bukti kecurangannya. Siang malam diamuk gelisah. Kita bagaikan dirasuk.

Pada saat genting itu tekanlah butang ‘pause’. Bertanyalah pada diri, apakah kita masih menaruh harapan? Jika jawapannya masih ya, maka nyalakanlah harapan itu – keep hope alife! Berusahalah untuk memperbaiki diri. Dakap cinta Allah erat-erat. Moga perubahan itu membuahkan harapan yang akan merubah pasangan kita.

Tempuhlah jalan-jalan yang baik dan dibenarkan oleh syariat untuk membetulkan keadaan. Jangan cuba membasuh najis dengan air najis. Maksudnya, jangan gunakan jalan yang salah untuk membetulkan kesalahan pasangan kita. Nanti keadaan akan bertambah buruk. Terimalah takdir itu dahulu. Jangan mungkir. Kita tidak mungkin dapat mengawal arah tiupan angin, tetapi kita masih mampu mengawal kemudi pelayaran.

Setelah berusaha sehabis daya…istirehatkan hati dan minda. Cuba tenangkan perasaan. Dia bukan segala-galanya dalam hidup yang singkat ini. Harapkan yang terbaik tetapi bersedialah menghadapi yang terburuk. Jika terpaksa kehilangan cinta itu bukan bukan bermakna kehilangan segala-galanya.

Buat isteri yang diuji, ambillah masa untuk bersunyi-sunyi dengan Allah.

Source: Genta Rasa

You Might Also Like

14 komen

  1. a'aa betoi tu fiza.. jika kita tgh diduga, mmg patut muhasabah diri.. dkt kan diri dgn Allah.. fikir balik, apa silap kita..

    ReplyDelete
  2. Fiza, pergilah bercuti. Tenang-tenangkan fikiran. Bawa anak2, bg diorang happy. Sbb bile tgk anak happy, kite secara automatik jdk happy. Cubalah....

    =(

    ReplyDelete
  3. ketabahan mudah diungkapkan..tp tidak mudah dilaksanakan...air mata yg mengalir menjadi teman bila kesedihan...tadahkan tangan padaNya memohon perlindungan dn kerahmatan
    fiza..demi ank2..kuatkan semangat ya

    ReplyDelete
  4. aku suka part besunyi2 dgn Allah tuh sbb kt Allah saja kita boleh mintak tolong. semoga ko dpt kekuatan..

    ReplyDelete
  5. mungkin redha dengan apa yg Allah 'berikan' pada kita adalah benda yg terbaik..cinta pada manusia takkn kekal selamanya..itu hakikatnya.walaupun dia akan meninggalkan kita untuk orang lain, tp faktanya dia akan meninggalkan kita bila ajalnya dijemput Allah..betul, kita sentiasa mengharapkan yg terbaik tapi bersedia lah untuk hadapi keadaan yang terburuk...kalau ko rasa sedih, tenunglah muka anak2..insyaAllah akan tenang hati ko..

    ReplyDelete
  6. hidup ni mmg byk dugaannya...kadangkala ia menguji kesabaran kita.

    ReplyDelete
  7. sedih aku baca n3 ni..ko mmg kuat fiza...teruskan kekuatan tu demi anak2...

    aku sayang ko!!

    ReplyDelete
  8. dugaan diberi kerana Tuhan percaya kite kuat dan mampu menanganinya...itu la yang sll CM pikir bile dapat macam2 dugaan dlm hidup ni..

    ReplyDelete
  9. dugaan Allah... inilh yg dinamakn pents dunia...

    kehidupn yg pnjg.. kt tdk thu apa yg akn berlaku kelk..

    ReplyDelete
  10. sabar fiza, ingat Allah bersama kita, semoga ini menjadi peringatan kita bersama, sayang fiza

    ReplyDelete
  11. nice sharing..banyak2 kan istigfar tu bagus..sumber kekuatan dalaman ..Insya Allah

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive