IMPETIGO...Jangkitan Bakteria yang Menyerang QHALIF!!

Friday, November 09, 2012


Inilah nama bakteria jahat tu. Masa gi klinik aritu doctor ada cakap. Tapi mak lupa noks apa namanya. So...pak cik GOOGLE lah yang tolong carikan info ^_^. Seperti yang di beritahu, jangkitan ni berpunca dari habuk² carpet, habuk² lantai dan yang sewaktu dengannya. Impetigo nampak seperti membahayakan tetapi ia tidak seperti yang disangkakan dan boleh dirawat dengan mudah.

Sian tangan anak ibu.

Tangan qhalif si rambut pacak yang dah terkena jangkitan IMPETIGO. Alhamdulillah...dah nampak perubahan. Kuping² tu pon dah mula tertanggal. Kalau tak tu nampak kemerah-merahan dan bengkak sket. Tak sanggup mak nak tengok noks. Yang merah kecik tu pon dah nak jadi, tapi cepat² sapu cream yang doctor bagi tu. Trus terbantut pertumbuhannya....syukur...

Sharing is caring and loving kan. Ni ada sedikit info berkenaan IMPATIGO untuk rujukan kita bersama.

IMPATIGO

Ia adalah jangkitan bakteria yang biasanya terjadi di permukaan kulit. Ia mudah dan sering terjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Mempunyai sebarang komplikasi?

Amatlah jarang untuk impetigo menyebabkan masalah lain selain dari ruam yang gatal untuk beberapa hari. anda harus lebih berjaga-jaga jika bayi anda mempunyai ekzema. wlaubagaimanapun, apabila kulit telah dijangkiti, amatlah mudah bagi bayi untuk dijangkiti dengan jangkitan lain. bagi bayi, impetigo mungkin kelihatan dibahagian belakang sahaja. jika ruam lampin yang menyebabkan masalah tetapi rawatan adalah tetap sama.

Impetigo ialah jangkitan kulit biasa yg disebabkan oleh bakteria stafilokokal atau streptokokal. walaupun bunyinya agak menakutkan sebenarnya bakteria ini biasanya mendiami di atas kulit manusia ataupun didalam hidung tanpa menyebabkan sebarang masalah. impetigo terjadi jika bakteria ini menjangkiti kulit.

Bagaimana rupanya?

Ia seperti lecuran yang kecil dan mempunyai gelembung cecair jernih. selalunya dibahagian muka atau sekitar hidung tetapi ia juga boleh berada diseluruh badan. apabila ia pecah, ia akan meninggalkan kesan kerak yang kekuningan pada kulit. Ia seakan-akan bayi anda terlekat bertih jagung dimukanya. kulit di bawah permukaannya mungkin akan kelihatan merah terbakar. Walaupun tompok-tompok itu kecil, tetapi kawasan sekitarnya juga boleh dijangkii. Simptom-simpton selalunya akan kelihatan empat ke sepuluh hari selepas jangkitan.

Bagaimana untuk menghindarkan dari merebak?

Pertama sekali, pastikan bayi anda tidak menggaru keruping itu kerana kawasan kulit tersebut mungkin akan luka atau menyebabkan kawasan yang dijangkiti merebak. kurangkan risiko jangkitan dari kesemua ahli keluarga dengan memastikan bayi anda hanya menggunakan flanel, tuala dan cadarnya sendiri sahaja. dan basuhlah alat permainannya dengan air panas. jika dia suka memeluk patung beruangnya, maka ia juga perlu direndam sehingga mendidih kerana ia mungkin mempunyai bakteria yang boleh merebak. ini kerana impetigo berjangkit. anda dinasihatkan untuk menjauhkan bayi anda dari pusat jagaannya sehingga 48 jam selepas rawatan antibiotik. (Doctor kat klinik tu cakap tak berjangkit? Hurmmmm...nak kena doctor nih)

Bagaimana untuk merawatnya?

Sangat penting untuk membawa bayi anda berjumpa pakar pediatrik untuk pemeriksaan yang menyeluruh. jika perlu, bayi anda akan diberikan krim antibiotik. jika ruam tersebut merebak ke beberapa tempat lain, mungkin dia memerlukan tablet. untuk menyapu krim, basuh dan keringkan kawasan yang dijangkiti dan juga basuh tangan anda. keringkan dengan berhati-hati dan lembut. juga pastikan anda membasuh tangan anda dengan air panas yang bersabun selepas selesai. anda tidak perlu memakai sarung tangan getah kerana ia mungkin menakutkan si manja anda. asalkan anda membasuh tangan anda selepas selesai menyapu krim tersebut, tiada apa yang perlu dirisaukan. jangkitan tersebut akan pulih dalam masa tujuh ke sepuluh hari.

Sumber : mami & baby

Note: Tekak dah terasa sakit dari semalam. Bersin plak semakin kerap dan hidung dah mula berhingus...arghhhh...selsema. Smoga diri ini tak demam.

You Might Also Like

37 komen

  1. get well soon baby..

    anak aku pon agaknya kena virus ni jugaklah kot tapi kn kat bawah leher, doktor cakap sebab bantal & masa tu anak aku dok nurseri lagi, memang ada budak dah kena

    bertitik tolak dari situlah aku berhenti kerja sebab tak tahan dengan nurseri anak aku tu, berbuih mulut & surat aku hantar pada management tapi masih tak berubah juga..hehe

    ReplyDelete
  2. nyue singgah follow sini..follower ke 697...

    baca info baby & mami..terkaku jap..bahaya gak penyakit impatigo ni...dah la mudah myrang baby...

    ReplyDelete
  3. alahai ciannya Qhalif! harap dia cepat sembuh..

    thanks for sharing..kena hati² gak lepas nie

    ReplyDelete
  4. siannya dkt dia...mesti dia gatal apa asyik nak garu

    ReplyDelete
  5. kesiannya..moga qhalif cepat sembuh ye sayang..

    ReplyDelete
  6. salam fiza..kesiannya dgn qhalif..info dan panduan untuk saya juga ni..kena berhati2 dengan karpet dan habuk kan..ada anak kecil ni hati tu sentiasa risau je dgn serangan kuman & bakteria..

    ReplyDelete
  7. sufiya kene last 2 weeks!mcm ni la tapi dari kucing.....sian dia!
    semoga qhalif cepat sembuh!

    ReplyDelete
  8. kesiannya qhaliff kecik2 dah kna jangkitan mcm tu :( rasanya blh bjangkit kot. doc tu mana blh pcy sgt hehehe

    ReplyDelete
  9. aduhh ciannn qhaliff ..
    aduh haiii .. anak2 akk x pernah pula kena macam nie ..
    harap2 x berlarutan lah kan fiza ..

    ReplyDelete
  10. Tak pernah dengarlah bakteria ni.harap ghalif cepat sembuh.

    ReplyDelete
  11. takutnya tengok tu akak...baby lagi la kena jaga kan sebab ni nmpak mcm jangkitan jer...

    ReplyDelete
  12. uih..teruk jg ye kulitnyer..cian la qhalif...mg cepat sembuh yer..

    ReplyDelete
  13. alahai siannyer tgn qhalif nie... risau jugak tengok alisha pun mcm ade bintik2 kecik2 kat pipi dia.. tak tahu nape... takut jugak.. tp belum bawak g klinik lagi..

    ReplyDelete
  14. owh... benda ni pun namanya macam kumpulan indigo pulak..macam boy band

    ReplyDelete
  15. SEMOGA SI QHALIF A.K.A RAMBUT CACAK CEPAT SEMBUH.. :)

    ReplyDelete
  16. Kesiannya Qhalif. Semoga segera sembuh sepenuhnya.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum fiza...kesian nyer die...:)

    ReplyDelete
  18. ala siannya dia, cmana boleh kena tu, daycare ada letak carpet ke

    alangkan kita yg dewasa ni pun boleh alah dgn carpet, berabuk2 ni semua nikan pulak budak kecik

    ReplyDelete
  19. baru tau nih...mg qhaliff cpt baik..cian dia..

    ReplyDelete
  20. get well soon to both mom n baby. jgn stress2 ya ibu. hehehehe

    ReplyDelete
  21. siannya qhalif, sakit tu fiza, baby kan sensitif kulitnya, moga qhalif segera sembuh, mamanya pon kene jg kesihatan ye

    ReplyDelete
  22. Oohh...Qhalif kena jangkitan Impetigo rupa rupanya..Betul, jangkitan impetigo ni kalau diperingkat awal, mudah dirawat...Saya selalu juga dapat kes impetigo melibatkan bayi & kanak kanak..Pastikan cream antibiotic spt Fucidin/ Fucicort di sapu hingga kulitnya betul2 sembuh ya..

    Kalau nak order pavlova tu, boleh call wife saya, Fiza : 013- 3650783.

    Boleh juga tengok tengok produk lain di blog saya tu..hehehe..Saya label kan under Label Bisnes: http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/search/label/Bisnes

    ReplyDelete
  23. Tangan mongel tu pulak yg bakteria tu hinggap. Harp terus baiklah lepas ni.

    Fiza pulak nak kena batuklah tu. Biasa tak banyak demam mestu tu Fiza. Kena minum air banyak dan cepat jumpa doktor.

    ReplyDelete
  24. sian Qhaliff.. bila ada baby kat rumah mmg rumah kena sentiasa bersih.. kita pun perlu menjaga kebersihan jika tidak anak kecil yg jadi mangsa...

    p/s: tq wish 4 my birthday

    ReplyDelete
  25. darwisy pernah kena 2 x msa baby dlu.. penuh habis lutut dan siku..ada ke ptut cikgu taska dia ckp HFMD..sdgkan doktor sdri kata bukan lps dpt rwtan..dia xbg htr ke taska.. bila igt balik mmg dsyt..siap gelembung2..tp bila dh kring lgsg tktggl parut kan..mmg btul dia kt permukaan kulit ja

    ReplyDelete
  26. cian baby dear .. harap baby dear cepat sembuh (^_^)...umi pun harap dear tak demam sebab selsema ..

    trm kasih dear sebab share kan tentang penyakit ni (^_^)

    ReplyDelete
  27. Salam,

    Anak saya 1 tahun 3 bulan pun baru saja kena impetigo. Dekat hidung pulak tu..Puncanya dia scratch hidung dia mungkin sebab rimas dengan hingus. Bayangkan jangkitan yang berkuping kat hidung sampai kakak dia cakap adik dia nampak macam hantu. Kesian adik. Doktor cakap sebab daya ketahanan dia rendah sebab tengah demam dan selsema tu yang boleh kena jangkitan. 3 hari sapu antibiotik dah hilang dah semua macam tak ada apa2 jadi. Alhamdulillah. Semoga Qhalif pun cept sembuh.

    ReplyDelete
  28. as salam

    teruk jugak kudis dia,sian..moga cepat sembuh yea, take care

    ReplyDelete
  29. Ya Allah.. siannya Qaliff.. mg cepat2 lah sembuh...

    ReplyDelete
  30. semoga pulih seperti sedia kala.amin. Ala ciannya..

    ReplyDelete
  31. alahai siannya tgk...nampak mcm truk gak....moga cpt sembuh yer qhaliff.....baru tau pasal bakteria ni...info bagus ni

    ReplyDelete
  32. Kesiannya qalief. Moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  33. alaaaaa Na baru bace entry ni..kesian BF Na~!!!
    Harap cepat sembuh AMIN...

    ReplyDelete
  34. kesianya Qhalif..harap2 dah semakin ok..

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive