Yuran TADIKA Yang Makin Mahal dan HIDDEN FEES??

Thursday, December 27, 2012


Betul tak?Yuran tadika sekarang makin lama makin mahal. Dalam erti kata lain makin naik. Dah macam nak masuk Universiti pulak. Tapi pada yang mampu hantar anak kat Genius Aulad, Little Qhalif, Brainy Bunch dan lain² tu, kira ok lah. Sebab mereka berkemampuan. Beruntung anak² dapat masuk tadika yang best ☺☺☺

Teringin juga nak hantar anak kat salah satu tadika tu, tapi kena ukur poket sendiri juga lah kan. Tak mampu...buatlah cara tak mampu. Nanti kalau dah tak boleh nak bayar, diri sendiri juga yang susah. Rasanya mana² tadika pon ada kelebihan masing² kan. Sebenarnya saya nak citer pasal hidden fees ni. Saya ada dapat komen dalam entry saya mengenai HASIL SURVEY TADIKA - YURAN PENDAFTARAN, YURAN BULANAN, etc. Cuba baca nih.


Dah baca? Nak tau ker tadika mana? Sila lah email saya yer...hehehe...Bukan apa, rasa macam tak elok pula kalau saya letak tadika mana yang charge hidden fees nih. Cuma nasihat saya pada parents² tu, silalah check betul². Kenapa perlu nak charge macam². Kalau betul untuk kegunaan anak² di tadika...ok lah kan. Kalau sebaliknya? Bak kata puan Lily...kita sebagai parents tak nak lah rasa tertipu dengan charge yang tak sepatutnya kan. 

Tahun depan.saya masih daftarkan kimi di PASTI. Seperti yang di beritahu, yuran tadika PASTI pon dah naik. Kalau tahun lepas RM 410. Tapi tahun depan dah naik kepada RM555. Tak per lah, masih berkemampuan lagi nak bayar. Siap bley bayar ansur² lagi noks. Dan tahun depan saya akan masukkan kimi dalam program TAHFIZ. Doa saya semoga Iman Hakimi dapat menjadi seorang TAHFIZ bila meningkat dewasa nanti...In Shaa Allah...

Saya tahu, semua ibu nak yang terbaik untuk anak² kan. Kalau boleh nak masukkan anak ke tadika yang terbaik. Tapi kita kena ingat kemampuan kita juga yer. Tak mampu buat cara tak mampu. Jangan nak ikut orang. Orang lain hantar anak kat tadika femes, ko pon nak hantar jugak. Jangan buat macam tu yer.

Note: Tak sabar nak tengok kimi konvo nanti ☺☺


You Might Also Like

39 komen

  1. dtg baca waktu cuti2 mesia hehehe

    ReplyDelete
  2. Anak AK start next year tadika + nursery total RM510..adehhhh

    ReplyDelete
  3. Betul tu.. yuran dah naik banyak dah untuk tahun depan. Saya pun hantar Adib ke PASTI lagi tahun depan.

    ReplyDelete
  4. Kadangkala, mmg saya agak sceptical...nampak semacam ianya satu bentuk perniagaan yg mengaut keuntungan melampau...Namun, mahu tak mahu, saya kena buat research ..dan hasil research + tawakal, maka saya daftarkan juga anak sulung saya tu utk masuk ke Genius Aulad, tahun hadapan..:)

    ReplyDelete
  5. yups
    yuran tadika sekarang lagi mahal dari yuran sekolah
    gerun tgok harganya :(

    ReplyDelete
  6. betul tu bergantung kpd kemampuan parents jugak, moga anak2 kita menjadi insan berguna, kalau ikut survey little caliphs adalah tadika islam terdekat dengan rumah, jadi bila dah diukur kemampuan sendiri, rasanya thats the better choice

    ReplyDelete
  7. sy pon ada dengar dari kawan yang anak dia nak ke tadika..adehh hidup ni makin mencabar..

    ReplyDelete
  8. susah macam mana pun, demi anak kan kak....mcm mana la saya kalo beranak pinak nanti...

    ReplyDelete
  9. salam fiza..betol tu memang yuran belajar ank2 sangat menekan parents.tp itu lah benda yg wajib untuk ank2.

    ReplyDelete
  10. btol tuh kalu dah tahu diri tak mampu buat cara tak mampu , tak pyah kita nak meniru2 org . setuju sagt .

    ReplyDelete
  11. Hmm, this is weird. Aku pun dapat komen yang sama beberapa hari lepas. Ayat sebiji-sebijik. Apa yang dia cakap tu betul sebab aku dah surveyed tadika yang dia cakap tu.

    Cuma yang buat aku pelik, apa motif dia letak komen yang sama di beberapa blog? Mungkin nak remind parents tapi aku macam ada rasa dia seperti ada agenda lain.

    ReplyDelete
  12. sakit hati weii bila tau ada hidden fees ni...

    ko bayangkan api air segalan parent kena bayar...walhal kita dah bayar duit yuran tu tuk apa...bukan tuk kaber semuanya...

    pastu tiap tahun naikkan rege, ingat kita ni tokey balak ke...arghh, aku meroyan bab yuran ni...cuma malas nak kecoh kat blog tau...

    sebab ramai mata2...hehehe

    ReplyDelete
  13. Kalau ada anak sampai 5 ..leh jadi parah kalau nak anta ke tadika dengan kos yang mahal tu dear uuuuu ...

    Kena pandai hidup didunia yang sedang berkembang ni (~_~)

    ReplyDelete
  14. TAHUN DEPAN ANAK SAYA MASUK TADIKA JAIM (JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA). TAK MAHAL PUN..

    ReplyDelete
  15. Ish...menakutkan. Tadika ape tu ya? Mcm ne nak email awak. Boleh bg email address? Sy takdelah nak anta Aydin waktu skg ni tp 2014 t, for sure kena survey gak kan? Huhuhuhu.....

    ReplyDelete
  16. kalu di kira mmg private kinddy caj mahal. tapi sebolehnye kita nak yang terbaik utk anak-anak kan. yuran setahun dah beribu, konvo byr lain, skol trip lain, gambar byr lain, dvd concert sekeping rm30 and list go on :)

    ReplyDelete
  17. sangat suka dgn entry ni.
    saya walaupun aleesya belum masuk tadika..(cadang nak anto 5 tahun nanti),tapi da stat riki2 harga dengan kawan2 yang anak2 sebaya kan...

    aishh...serius saya dgn suami,pun geleng kepala..bukan soal mampu tak mampu,tapi soalnya,yuran mahal mengalahkan universiti.overcharge,i guess.atau kerana 'branding'.

    dan terbaru dapat tahu dari kawan yang anaknya da 6 tahun,katanya,die call Br**** B*****,tapi adakah ke patut,staff jawab,

    ''cikgu2 kat sini taklah fasih english..tapi bolehlah nak ajar setakat budak 4-5 tahun..''

    Helloo...yuran mahal2,up kan kunun english based tapi kalu cikgu2 sendiri pun setakat biasa2 je....emmm.....ya...should think twice!

    bagi yang berkemampuan,terpulanglah.tapi pada saya,apapun,seeloknya,dari melaburkan duit yang banyak2 tuk budak2 tadika,baik simpan tuk masa depannya.ye tak?cari tadika yang betul2 manfaat sepenuhnya seimbang dgn yurannya.

    kadang yang lebih mengecewakan,ibu2 da antar tadika memahal,tapi ibubapa sepenuhnya serahkan anak kepada tadika.hingga tanggungjawab mendidik,mengaji sebagainya tak amik pusing da...
    ibarat

    ''ok.im done!..sambil dua belah tangan menepuk..kerana pasti tadika tersebut ajar sebaik2nya terutama ilmu agama,ngaji,solat,wudhuk dll..''

    ahaks....sorry fiza..terpanjang laks..kekeke..
    sekadar luahan pendapat =)

    btw,psot fiza ni,adalah nasihat yang sgt berguna,membuka minda ibu2 yang berlumba2 mencari tadika 'terbaik'

    ReplyDelete
  18. Setuju tu..bak kata pepatah...ukur baju di badan sendiri...

    ReplyDelete
  19. hooh ikut kemampuan dan doa ibu yang penting..
    moga anak fiza berjaya jadi tahfiz..mudah2an insha Allah :)

    ReplyDelete
  20. memang tadika skang mahal..masa kami registerkan zara, mcm2 tanya.. buku, exam dia semua tu ada bayar lain tak.. dorang kata bayar lain. pastu tanya lagi ape lg yg nak kena bayar kemudia.. baru kita jelaskan.. at least takde la terkejut ape dah bila mintak duit bayar itu ini.

    tak kisah kita nak hantar tadika mana pun..yg penting sistem pendidikan dan pengajaran yg diajar tu.. lagi penting, anak kita tu, harap2 dia nak dan suka belajar kat situkan.

    semoga mereka jadi anak yg cerdik pandai pd masa hadapan. :)

    ReplyDelete
  21. Ketiga-tiga anak kakak pun kakak hantar Tadika Pasti juga Fiza. Syukur sebab rata-rata usia 5 tahun pasti dah boleh solat, membaca quran. Bila boleh baca quran pastinya membaca buku pun pandai - sebab itulah usia 5-6 tahun mereka dah boleh attach dgn novel kanak-kanak.

    ReplyDelete
  22. yuran tadika skrg kemain mahal.
    dulu akk tak sekolah tadika punn hehe

    ReplyDelete
  23. Yuran nursery anak saya Damia pun dah naik tahun ni....

    ReplyDelete
  24. sib baik anak dah darjah 3, pun banyak guna belanja sebab dia dah jadi pengawas...sabar jer la..

    ReplyDelete
  25. yuran tadika anak saya pun mahal jugak.. tp saya tak bayar pun lagi part konvo motipp tak pasti lagi nak konvo kan dia tak hihihihihi...

    jaji tadika tu selesa dan anak belajar dgn pandai dah cukup buat saya gembira...

    ReplyDelete
  26. Salam kenal dari saya a.k.a Mama mya... saya sgt2 setuju dgn entry Fiza nie... mmg betul Yuran tadika naik smp sesak napas nengok slip yang tcher bagi semalam... kurang beberpa hingget 1k... itu tadika biase2 jer... bukan yg SR,GA dan seangkatan dengan nyer... tapi nak buat macam mana... itu jer tadika yang paling dekat dgn rumah....

    ReplyDelete
  27. ayu nyesal lak tak antar kat tadika kemas or pasti.. kemas ada je kat umah tp sbb kurg bertaye adn jiran pun xde antar anak kat situ, ayu pun antar kat little caliph. tp betul.. bile tiba ari nak bayar fees.. baru tau harga yuran bulanan dah naik.. lokasi pun dah ubah... taktau la kalau dapat tukar tadika leh dapat balik ke tak yg dah bayar tu.. hmmm...

    ReplyDelete
  28. ala..dl sy kat tadika kemas je..bijak je..hehe...poyo je bijak sgt..pki bju merah kotak2..ok je pndai membace.

    ReplyDelete
  29. erm biasanya depent.pd sesuatu tadika tu.

    ReplyDelete
  30. Oh not bad juge yuran PASTI hihi. Tp yg pntg pengisian tu. Nk harap kita nk ajar mmg bnyk yg trlps pndg kan especially ilmu agama ni.
    In sya Allah harapnya doa dan harapan utk anak termakbul. Aminnn.

    ReplyDelete
  31. macam2 kan sekarang,tadika pun ada hiddhen fees juga

    ReplyDelete
  32. mudahan anak2 kita juga bijak walaupun tak masuk tadika yg mahai2 tu....

    ReplyDelete
  33. Terpanggil nak tinggalkan jejak juga. Saya baru hantar anak umur 4 tahun ke PASTI. Pilihan yang paling mampu buat masa ni. Belum boleh bagi feedback, kena tunggu dan tengok perkembangannya nanti.

    Saya juga murid lepasan PASTI tahun 1989-1990. Saya masih ingat silibus masa tu, ujian-ujian bulanan kami dalam bentuk lisan. Masa tu memang dah boleh baca kalimah syahadah, selawat, bacaan dalam solat, sifat-sifat Allah, sifat-sifat Nabi, nama malaikat dll. Saya harap silibus PASTI selepas 20++ akan ada peningkatan.

    ReplyDelete
  34. Salam...saya pengusaha tadika dan nak share berkaitan yuran. Mungkin caj tadika memang berbeza dan semakin mahal tapi jangan kata kami nak buat untung melampau. tp sebenarnya mungkin saya boleh kongsi sedikit info betapa pengusahan tadika sebenarnya dibebankan dengan expenses wajib kerajaan yg tinggi.

    mulai jan 2013, industri tadika telah diiktiraf sebagai salah satu perniagaan yang dikenakan perintah gaji minimum rm900. disamping itu ada nisbah pelajar dan guru yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan sebarang tindakan dr pihak berwajib. kami juga perlu membayar KWSP dan SOCSO sepeti pekerja industri lain. kerja lebih masa juga semakin tinggi kerana ibubapa tidak boleh mengambil waktu anak anak mengikut waktu kerja biasa. jika ibubapa bekerja maka biasanya akan hantar anak jam 7 pagi dan ambil jam 5. sedangkan waktu kerja hanya 8 jam. kos lebih masa dengan perintah gaji minima yg semakin tinggi menjerut pengusaha tadika. bebanan ini dengan tggjwb mendidik menjadi semakin mencabar. jadi pertambahan yuran berkadar terus dengan kos operasi. tadika saya ada 70 anak dan yuran hanya rm150. saya perlu menggaji 7 pekerja utk membantu. jadi kos memang cukup besar mengikut nisbah pelajar. harap semua ibubapa faham dan tahu kenapa yuran perlu naik dan semakin mahal. pelajaran tidak datang dengan percuma. wassalam

    ReplyDelete
  35. boleh saya tny pendapat semua...tadika calips OK tak? dan ABIM..sya masih survey tadika yg sesuai utk anak sya....

    ReplyDelete
  36. boleh sya pendapat ramai...calips tadika OK tak? danABIM..sbb sya masih survey tadika yg sesuai dgn anak2 sya...

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page