Cara Penyimpanan SUSU IBU (EBM)

Tuesday, January 08, 2013


Breastfeeding time. Kali ni nak citer pasal cara penyimpana susu ibu yang betul. Kali ni ada requested dari Mrs Lurve. Dah lama juga dia bertanya. Sebelum mommy to be ni bersalin, baik kita bagi dia ilmu dulu. Sebab penyusuan susu ibu perlukan ilmu. Bila ibu mengambil keputusan untuk menyusukan bayi secara ekslusif. semua ibu perlu tahu cara pnyimpanan susu ibu yang betul. Sebab kita nak kan yang terbaik untuk anak kita kan.


Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama. 

Hasil perahan ku ☺☺

  • Peti sejuk bahagian bawah - susu tahan 3-5 hari bergantung pada suhu peti ais tersebut
  • Peti sejuk bahagian atas/sejuk beku - susu tahan 3 bulan
  • Deep Freezer - susu tahan 6 bulan
  • Pada suhu bilik - susu tahan 4 jam
  • Cooler Bag/Box - susu tahan 12-24 jam
Bekas yang sesuai untuk menyimpan Susu Ibu
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku. termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
Cara menyahsejukbeku Susu:
  • Jika anda nak gunakan susu yang telah dibekukan esok hari, turunkan susu tersebut ke peti sejuk bawah pada sebelah malamnya
  • Bila bayi nak minum, rendamkan susu tersebut dalam air panas suam (tidak terlalu panas kerana ia akan merosakkan nutrien dan antibodi yang terdapat di dalam susu)
  • Goyangkan susu tersebut secara perlahan untuk memberi susu sekata pada susu dan rasa dahulu suhu susu sebelum memberikan terus pada bayi
  • Jika bayi anda dijaga oleh pengasuh, seeloknya sediakan 'warmer' bagi memudahkan pengasuh memanaskan susu anda.
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
  • Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya.
  • Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2-4 oz sahaja untuk setiap bekas.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
  • Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk.
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk).
  • Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar.
  • Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang di gunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.

Info Tambahan bagi Ibu Berkerjaya

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Source: Mommyiskandar.com dan  momschoice.com

Ok semua. Pelajaran untuk petang nih. Buat bakal² ibu di luar sana, di harap info ni dapat membantu. Ingat...bukan mudah nak fully breastfeed. Especially untuk ibu² yang berkerjaya. Keazaman, kecekalan, semangat yang tinggi dan yang paling penting adalah ilmu kena ada. Dan jangan mudah putus asa.

Note: Susuku merudum secara tiba². Stress kot...haishhhhh...



You Might Also Like

46 comments

  1. PANJANG LEBAR AWAK TERANGKAN.. MMG AGAK MENCABARKAN KALAU NAK MENYUSUKAN ANAK SEPENUHNYA LAGI² BEKERJA.. PERLU SGT SOKONGAN ORG SEKELILING...

    ReplyDelete
  2. Baguslah info ni.. Mieza belum berpengelaman lagi.. Tapi baca ni sekurang2nya dapat menambah ilmu penyimpanan susu ibu dengan cara yang betul.. Boleh Mieza share info ni kat blog Mieza ? =)

    ReplyDelete
  3. seronoknye tengok susu susu dalam peti ais tu sis.

    boleh jadi kan semangat utk mommy2 sume bf baby :)

    ReplyDelete
  4. banyak nyer stok.. rajin awak ekk....

    ReplyDelete
  5. ORANG RUMAH SAYA PUN BEGITU DULU.. PENUH PETI AIS..

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat bf anak lama...saya 2 bulan gitu dah berhenti sbb takde susu....suda cuba mcm2 cara mmg tak nak kluar dah ...huhu

    ReplyDelete
  7. nice sharing ni..simpan ajaran ni utk Na jd ibu nanty hehe

    ReplyDelete
  8. lama xbuat ebm.. rindu
    ariq paling senang menyusu
    direct bf je
    xde pakai botol
    dan maknya xperlu nk pam2 dh hehe

    ReplyDelete
  9. Kakak bila baca bab BF ini terasa rugiii sangat Fiza sebab dulu kakak susu banyak tapi kalau masa kerja buang macam tu aje.Dulu kurang pendedahan macam ini. Akibatnya anak kakak semua menyusu malam aje... (cetek ilmulah masa tu)

    ReplyDelete
  10. trime kasih berkongsi ye ... :)

    ReplyDelete
  11. kat opis i ni kan...ramai duk simpan stok dalam fridge...dah boleh bukak kilang dah....

    ReplyDelete
  12. a very good knowledge sharing,fiza...cuba minum air rebusan halba :)

    ReplyDelete
  13. tq kak...akhirnya entry yg ditunggu muncul jgk...mula2 nie baca sepintas lalu je dulu...sbb xbape nak fhm..kena baca byk kali utk fhm btl2..kalo xfhm boleh tnya akak semula kan hehehehe..tq so much kak

    ReplyDelete
  14. amie punya stok amatlah menyedihkan sebab pemalas nak pam masa cuti..

    ReplyDelete
  15. no.3 tu menarik. pjgkn hayat susu tu hehe. c comel akak tu da bpe bln kak? 6bln ek?

    ReplyDelete
  16. Good info...sy df je...sedih sbb xdpt nk bg susu ibu scara eksklusif...smua sbb susu merudum masa dlm pntang...

    ReplyDelete
  17. good sharing fiza, mgkn stress jugak boleh effect pada production, takpe aju doakan moga fiza dapatkan susukan qhalif 2 tahun

    ReplyDelete
  18. Wahhh rindunya zaman susun2 botol dlm freezer tu!

    Very very very good info. Boleh share dgn my lil sister.

    ReplyDelete
  19. dapat satu ilmu baru..terima kasih fiza..:)

    ReplyDelete
  20. akak tekan umobile n digi..
    tapi akk confuse..kalau kita tekan hari2 ads kawan kita..nuffy leh trace kan sbb datang dari IP yg sama..tu yg takut tu..nak wat entry pasal ni pun rasa cam takut2 je..sbb ada kawan2 yg earning dia ditarikbalik tanpa sebab..

    ReplyDelete
  21. rasa bangga sangat kalo ibu yg bekerja sanggup bekalkan susu ibu untuk anak2 dia.besar ganjarannya, semoga lbh ramai lagi ibu2 di luar sana ada kesedaran untuk memberi susu ibu kpd anak2 kecil..

    ReplyDelete
  22. jangan stress2... bagi up balik susu.. hihi

    ReplyDelete
  23. good tips kak. mmg saya perlukan bahan bacaan mcm ni. mase bambam dulu dpt fully bf sampai umo setahun je. pastu dia sendiri yg tamo. kali ni dah niat nak fully bf sampai umo baby 2 thn. moga2 diizinkan Allah. amin...

    ReplyDelete
  24. bagus entri ni.. sangat berguna untuk pasangan yang baru dapat anak..

    ReplyDelete
  25. cantik nye susun..saya pnya EBM dah berterabur..x sempat2 lg nak susun..hehehhe

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah..byk stok utk qhaliff..
    semoga mencukupi utyk yg tersayang..

    jgn stress2 akak :D

    ReplyDelete
  27. sy mmpu bce je skang..serius mmg bce tnpe memahami..sok nnti bila da alami, ha bru la sy thegeh2 cri blk entri ni..hahaha

    ReplyDelete
  28. Trm kasih dear ... info yang snagat2 berguna nie

    ReplyDelete
  29. alhamdulillah.. rezeki anak...
    lya dulu x bpuang nk bf asya..

    ReplyDelete
  30. wah...perkongsian yg sgt berguna untuk ibu2 yg menyusukn bby...tq

    ReplyDelete
  31. perghh terbaik dikk
    apa2 semua atas izin allah kan ..
    aak dulu x dpt banyak nie .. tapi tetap syukur sbb dpt susukan semua anak sampai umur mereka 2 tahun ;)

    ReplyDelete
  32. KAK SURIRUMAH..BAGI IBU2 YG BERKERJA..ITULAH CARANYA KAN..

    ReplyDelete
  33. Nervousnya nak jadi ibu ni. Byk benda kena tau. Nak simpan stok susu badan pun perlukan kerajinan yg berlipat kali ganda kan?

    ReplyDelete
  34. good info :).. risau bpknya yg minum lebih nnti :P

    ReplyDelete
  35. wah dapat ilmu baru nih.. thanks ya

    ReplyDelete
  36. terima kasih kak untuk info nie. kira memang niat nak bagi fully susu badan nie tapi berkerjaya nie macam agak mencabar jugak. tapi nak cekalkan hati. dah bookmark apa yang akak kasi nie, nt senang nk semak balik bila tiba masanya hihihi

    ReplyDelete
  37. alhamdulillah..
    bertuahlah ibu-ibu yang dikurnia allah rezeki tu...
    tq .dapat banyak ilmu pagi ni...

    ReplyDelete
  38. terimakasih artikelnya bagus, izin share ya
    susu sangat baik bagi pertumbuhan dan sangat dibutuhkan oleh manusia, tetapi jika penyimpannya tidak steril maka akan

    menyebabkan tumbuhnya bakteri dan akan membahayakan organ tubuh manusia, gunakan milkcan untuk penyimpanan susu supaya

    lebih terjaga keseterilannya, lihat saja detailnya disini

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive