Dari Mana Anak Kecil Ini Belajar MERAMPAS Dan MEMUKUL?

Thursday, February 28, 2013


Info yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Especially untuk bakal ibu/bapa dan juga SUPERMOM/SUPERDAD...ehemmm...ehemmm...macam kita nih ^_^.

Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan siibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan.

Cuba pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.
Namun, komunikasi itu tidak berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil barang , maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.

Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes itu berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.
Ya, saya tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; "There is more to parenting than meets the eye" kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.

KREDIT : Prof. Dr. Rozieta Shaary

Note: Bila baca kena dengan batang hidung sendiri...cis...Qhalif kuat mengutip. Lepas ni nak praktikkan teknik nih.

You Might Also Like

21 comments

  1. itulah org kata anak² nicermin ibu bapa.. sy risau sgt.. kalau anak sy memberontak.. org kata dia manja... ke sy yg salah mendidik.. huhuhuhu....

    ReplyDelete
  2. Sekarang ibu bapa kena lebih prihatin. Betul lah kata orang, anak mencerminkan ibu bapa. Sebab kadang2 didikan tu dari parents mereka sendiri. Mahu baik atau pon buruk.

    Agar di ambil iktibar..

    ReplyDelete
  3. good tips kak. mmg sesuai utk ibu bapa yg ade anak tecik cam kita ni, yg suka ngutip masuk mulut

    ReplyDelete
  4. gud info..sy juga begitu..isk! hrp tidak mengulanginya lagi.

    ReplyDelete
  5. Good info Fiza...tq for sharing ye!

    ReplyDelete
  6. Good info..tq sharing ya... blh praktik next bby :D

    ReplyDelete
  7. Kalau bangsa kakak memang tak bagi pukul tangan budak (pantang) sebab katanya nanti kalau pegang barang mudah jatuh macam pecahlah, rosaklah tapi sebenarnya ada baiknya pantang org tua ni...

    ReplyDelete
  8. tuler pasal kalau anak perangai semacam akak check balik diri akak.. kadang2 banyak dari sikap kita yang berada keliling diakan..

    ReplyDelete
  9. haah bagus jugak fiza share ni, teringin nk jadi ibu..hehe :)

    ReplyDelete
  10. good info ni...sy wlpn tade anak still kena amik berat utk masa depan ke kann

    ReplyDelete
  11. Deeja kuat melalak.. macam ibu la tu he he

    ReplyDelete
  12. ANAK SAYA YANG KECIL SUDAH MULA MENIARAP DAN MERAYAP SEGENAP RUMAH.. DIA PUN DAH MULA MENGUTIP BARANG NAK MASUK MULUT.. TERIMA KASIH ATAS INFO, NANTI BOLEH DIPRAKTIKAN.

    ReplyDelete
  13. ANAK SAYA YANG KECIL SUDAH MULA MENIARAP DAN MERAYAP SEGENAP RUMAH.. DIA PUN DAH MULA MENGUTIP BARANG NAK MASUK MULUT.. TERIMA KASIH ATAS INFO, NANTI BOLEH DIPRAKTIKAN.

    ReplyDelete
  14. Samalah... ALia pun kuat mengutip.

    ReplyDelete
  15. Betul tu Fiza.... anak2 ni tgk kita sebagai gurunya.....Okje pulak masing2 dah besar...dah terlambatlah kot ek!

    ReplyDelete
  16. alamak...selalu marah2 sayang damia sebab dia suka masukkan benda dalam mulut..lepas ni kena ubah cara nampaknya....

    ReplyDelete
  17. Thanks sharing.
    Secara parenting guideline,yes!
    Its true.

    Tapi kalu pendapat saya,teknik didikan bergantung pada umur.contoh,setahun da ke bwh,derang belum ada memori untuk mengingat.they will keep repeating the same behaviour. So,to me,Yes is yes.no is no..

    Bila semakin meningkat dewasa,da umur 2 3 tahun dah faham,ingat,barulah teknik da kena berlainan which is more to psychology kan...tuk membantu membezakan which is yes and no.
    Tak semua kita kena terapkan yes dalam hidup.

    Contoh saya maksudkan,
    Yes kita ajar anak tuk jadi positif sentiasa,tak mau dorang rampas barang,baling barang pukul orang.tapi if there is no...yang dorang patut juga belajar,anak kita senang dibuli di sekolah tadika.

    Anak kita mgkn baik,tapi bagaimana anak kita nak belajar mempertahankan diri.contoh cam anak kawan saya.naif jadinya.
    Baru masuk sekolah,darjah satu,kawan rampas jam tangan die.pensel alat tulis hilang.baru hari pertama.bawak bekal,kawan yang makan sudahnya..

    Pity kan..
    So pendekatan saya laks..there is no and yes...bukan no tukarkan jadi yes... :)

    Thanks fiza..saya suka info gini.seharian saya fikirkan apa yang ditulis ni.coz mmg ada betulnya.tapi cane saya nak pilih,masih terpulang pada judgement kita gaks kan..
    Share lagi tips keibubapaan eh.saya suka fikir luar dari kotak. Saya nak anak saya,can handle and manage both situation. Which is positive and negative so they know how react to some situation

    ReplyDelete
  18. thanks info ni Fiza..

    mcm tu la dgn anak sy Fiza..sy cepat2 ambil brg bila nak masukkan dlm mulut tapi tak pula gantikan dgn benda yg lebih selamat..
    kena praktikkan cara ni..

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive