SERAI @ Shaftsbury Square, Cyberjaya

Tuesday, February 19, 2013



Siapa yang tak kenal dengan Restoran SERAI ni kan. Yang terkenal dengan PAVLOVA nya yang sedap. Memang teringin nak merasa Pavlova. Tapi tak berkesempatan sebab jauh sangat. Kat EMPIRE GALLERY Subang sinun. Acaner nak gi? Ni bila SERAI dah buka kat Cyberjaya, bagai di cita ulam mendatang lah kan. Aku pon tak tau yang Restoran Serai dah ada cawangan kat Shaftsbury Square, Cyberjaya. Tu pon bila member ajak makan kat sana last week.


Boleh tahan juga...ramai orang. Decoration pon cantik. Bila tiba menu...buntang jap bijik mata tengok harga yang boleh tahan lah kan. Harga paling murah pon RM15.00. Tak tau nak order apa. Last² order Nasi Goreng Kampung yang didatangkan bersama keropok dan dua cucuk satay. Dan juga air Sirap Selasih. Member plak order Nasi Ambeng dan juga Nasi Lemak Serai. Rasa...hurmmmmm...ok lah. Boleh diterima dek tekak. 


Tu dia...PAVLOVA yang dah lama menjadi igauan. Terliur tak? Tak perasan plak berapa harga Pavlova nih. Tapo berbelas² juga lah reganya. Tak padan dengan saiznya yang tak berapa nak beso tu kan. Rasanya...perghhhhhhhh...terbaik lah. Memang sedap. Orang 1st time makan kan, rasa jakun plak...muahahaha...Memang sedap lah. Tak manis sangat dan tak tawar sangat...just nice. Arghhhhhh...masih terasa lagi kesedapan PAVLOVA SERAI ni. Rasa macam nak makan Pavlova plak hari ni...ahaks...

Tapi tu lah, sekali sekala makan mahal bolehlah. Kalau makan kat sini mau tiga hari tak kluar lunch...hahaha...Sebab harga dia bley cover untuk 3 hari punya makan lah. Tapi hari tu kami murah rezeki sebab ada orang belanja makan...alhamdulillah...save duit...kahkahkah...


Ok...kalau sesapa yang teringin nak makan kat serai, tapi tak sanggup nak ke Subang, bley lah terjah kat cawanga Serai di Cyberjaya. Bukan restoran Serai jer, macam² kedai ada. Antaranya YATI AYAM PERCIK, RASA UTARA, KILLINEY, CHATIME, SUBWAY, SECRET RECIPE dan banyak lagi lah. Dah banyak kedai dan restoran kat Cyberjaya ni. Dulu masa memula pindah sini, nak cari kedai makan punyalah limited. Tapi skang bila dah banyak sampai tak tau nak makan kat mana. 

Note: Apsal air kat restoran yang terkenal mahal erk? Kat restoran biasa murah jer. Padahal rasa sama jer pon. 


You Might Also Like

19 komen

  1. tak pernah makan kat Serai sebab jarang² sekali sampai kat Subang tue ha..

    teringin gak nak rasa pavlova yg femes itu :)

    ReplyDelete
  2. mmg terliur tgk pavlova tu..hehehee..

    ReplyDelete
  3. Np sy tatau pun psl restoran Serai ni? Huhuhuhu!

    ReplyDelete
  4. sy x mampu nak makan kat sini...org belanja ok la....hehe..

    ReplyDelete
  5. wah mcm sedap je pavlova tu fiza..akak tak penah makan pavlova yg kat kedai lg,taktau mcmmana rasanya,yg ada pun buat sendiri je,itupun taktau jd ke tidak hehe

    ReplyDelete
  6. sedapnye pavlova tu..x penah lg mkn kt serai ni...slu nak gi asyik penuh jer..hehehhe

    ReplyDelete
  7. terliuq la tgok!
    lapo da dibueknye nih....

    ReplyDelete
  8. tak pernah makan kat serai..makan dekat dengan pokok serai pernah la..hehe

    ReplyDelete
  9. mmg sedap kat sini kan fiza!

    ReplyDelete
  10. menarik nampaknye...

    uitttt.... lapo balik ni, cemana???

    ReplyDelete
  11. gelas yg kat restoran mahal tu kot buat maha hahahahaha.. mmg mengiurkanlah pavlova tu....

    ReplyDelete
  12. biasalah nama kedia dah femeskan... sabojerler... nak makan punya pasal... tu pasal akak memang tak berapa nak msk kedai makan yang nampak gah.. kdg2 rasa makanan dia yang adojer..

    ReplyDelete
  13. wah... kecur air liur tgk gmbar tu...

    ReplyDelete
  14. aiyakk..nape kek tu buat saya terliur erkk..

    ReplyDelete
  15. aiyakk..nape kek tu buat saya terliur erkk..

    ReplyDelete
  16. selalu gak lepak shaftburys. dinner dengan kawan. dulu la time tade baby. skang tidak lagi hehe

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page