Selamat Hari WANITA Sedunia 2013!!!!

Friday, March 08, 2013




Yeahhhh...it's our day today. Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua wanita² hebat di luar sana. Tak kiralah siapa dan apa gelaran sekali pon.

WANITA

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
 
Ucapan buat kamu...WANITA² @ SUPERMOM² hebat ^_^


Saya bangga menjadi seorang wanita, bangga menjadi seorang isteri dan juga bangga menjadi seorang ibu.

Note: Maaf kawan². Lately tak dapat nak ziarah rumah kamu...tak dapat nak drop ayat² cinta. Mana yang sempat jer. Jangan merajuk ye ^_^

You Might Also Like

22 komen

  1. Heee terharunya bila ada Hari Wanita Sedunia,
    nway Selamat Hari Wanita Fiza =)

    ReplyDelete
  2. salam fiza...

    samalah akak pun bangga dilahirkan sebagai wanita

    ReplyDelete
  3. Happy Women's Day Fiza!! Wanita pelengkap dunia...

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Wanita !!!
    oo hari tu ada tanyakan kabar Damia kan....alhamdulillah Damia dah sihat, tinggal batuk jak...terima kasih sudi tanya kabar... (^_^)

    ReplyDelete
  5. best..satu company ni semua pakai pepel sempena woman's international day :)

    ReplyDelete
  6. selamat hari wanita.
    =) mudahan kita jadi wanita solehah..

    ReplyDelete
  7. Selamat hari wanita to all us super women ;);)

    ReplyDelete
  8. se;amay hari wanita jugak utk fiza

    ReplyDelete
  9. selamat hari wanita!! wanita menghayun buaian bisa menggegar dunia ;)

    ReplyDelete
  10. smalm ingat nak gantung kuali
    sbb womens day
    skali laki kata
    yang masak huarghhh

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum ... kitalah wanita hiasan duniawi ... tanpa kita dah tentu dunia ni tak ceria . Malah lelaki pun sunyi tanpa kita .

    ReplyDelete
  12. selamat hari wanita juga..ehem dah lambat lak akak ucap tp bole la yer..

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page