Kisah IZAN dan MARYAM!!!

Monday, May 20, 2013



Sangat² menyedihkan atas apa yang berlaku kepada mereka. Ada lagi yang belum tahu ker? Aku pon baru tau. Kisah dimana Si ibu tidak dibenarkan menaiki pesawat gara² si anak (down syndrome) yang berusia 14 bulan baru baik dari chicken pox. Padahal doctor yang sama² menaiki pesawat tu dah sahkan yang maryam dah sihat. Cuma masih ada bekas chicken pox tu jer. Bileh baca blog [BERSAMA MAZIDUL] untuk lebih detail.


KUALA LUMPUR 19 Mei - Seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, bernasib baik selepas kesukaran yang dihadapinya di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam mendapat pembelaan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia.

Segala-galanya bermula selepas ibu malang itu tidak dibenarkan menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini pukul 9 malam semalam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menghidap demam campak.

Paling memilukan, kakitangan syarikat penerbangan itu tidak menghiraukan penjelasan Izan Suhaila anaknya sudah pulih daripada demam campak dan kesan tompokan hitam yang kelihatan merupakan parut akibat penyakit tersebut.

Mengulas kejadian itu, kakak Izan Suhaila, Norhamiza berkata, walaupun sudah dirujuk kepada jururawat warga tempatan dan disahkan seorang penumpang Malaysia yang merupakan doktor, namun kakitangan AirAsia tetap bertegas penyakit Maryam Sofea yang merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) membahayakan penumpang lain.

Sambil meluahkan rasa kecewanya, Norhamiza mempersoal kewajaran AirAsia memaksa adiknya tinggal selama lima hari di negara itu sedangkan mereka langsung tidak memantau tahap kesihatan Maryam Sofea apatah lagi membawa anak saudaranya ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.

"Kami membayar tiket menaiki pesawat AirAsia. Apalah salahnya kakitangan mereka di Vietnam menghantar adik saya dan anaknya ke hospital malam itu. Sekurang-kurangnya kami tahu keadaan Izan Suhaila selamat.
"Bayangkan bagaimana perasaan 10 ahli keluarga kami termasuk ibu selepas terpaksa pulang ke Malaysia tanpa Izan Suhaila? Paling menyedihkan, kakitangan AirAsia langsung tidak membantu Izan Suhaila dan hanya menghantar adik saya ke terminal teksi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kisah malang kedua-dua beranak itu menjadi tumpuan ramai sejurus selepas artikel berkenaannya disiarkan wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek di blognya http://www.mazidulakmal.com hari ini.

Mazidul Akmal yang kebetulan berada di tempat kejadian serta menyaksikan insiden itu berkongsi secara terperinci apa yang berlaku dan dengan sinis mempertikai sikap lepas tangan syarikat penerbangan tersebut.
Menerusi blognya, Mazidul Akmal menulis: "Adakah kejadian berlaku, bukti nyata nasib penumpang sah pesawat AirAsia boleh diperkotak-katikkan sesuka hati? Jika wanita di dalam gambar di atas tidak terbabit dengan syarikat penerbangan tambang murah itu, mengapakah mereka bertugas di pintu 18 terpampang logo AirAsia? Maaf, kerana saya amat jarang menaiki pesawat AirAsia, justeru memerlukan sedikit pencerahan."
Dalam pada itu, Norhamiza meluahkan rasa syukurnya kerana kepayahan Izan Suhaila mendapat pembelaan MAS dan Tourism Malaysia yang menghulurkan bantuan walaupun pada hakikatnya inisiatif tersebut patut diambil AirAsia.

"Periksa secara teliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Jika Maryam Sofea membawa penyakit sudah pasti kami antara individu paling awal dijangkiti kerana kami bersama-samanya. Saya sendiri tidur sebilik dengan Maryam Sofea.

"Saya kesal dengan sikap AirAsia atas apa yang terjadi terhadap ahli keluarga saya. Tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku kepada orang lain pula," katanya.


Note: Harap² tak berlaku lagi perkara macam ni. Aku plak yang nangis bila baca. Hati tisu katakan ☺☺


You Might Also Like

24 comments

  1. boikot airasia la macam nie... huhu
    tak bertimbang rasa

    ReplyDelete
  2. sedih kan bila baca...ada plak buat mcm tu..mmm

    ReplyDelete
  3. tadi ada gak baca kisah ni..
    kesian sangat rasa nak nangis je..
    susah nak kata salah siapa kan Fiza sbb kita tak tahu keadaan sebenar..
    tumpang simpati :(

    ReplyDelete
  4. nasib mas sudi membantu..kty tau sejak ari sabtu..syukur ramai penumpang masa tu sanggup tolong dia..

    ReplyDelete
  5. kesian 2 beranak ni.....
    Tak patut pihak AirAsia buat macam tu..
    Harapnya ada yang mengambil tindakan lanjut berhubung isu ni...

    ReplyDelete
  6. Berita ini dah tersebar luas hari ini Fiza. Moga AA sedar jgn dgn mudah nak lepas tangan pada pelanggan. Kita tunggu apa reaksi AA selepas ini.. dah hangat sekarang ni..

    ReplyDelete
  7. ada baca kat blog mazidul tadi..sedihnya lahai..
    tak dapat bayangkan kalo terjadi kat diri sendiri..nasib boleh duk lagi kat hotel..kalo hotel tu pon full tak ke naya??

    ReplyDelete
  8. sesuka jew wat owg cm tu..
    meleleh gak air mata neh..huh

    ReplyDelete
  9. Lepas ni ramailah pakat boikot aa

    ReplyDelete
  10. Jujurnya, pada saya, dua dua pihak silap. Pihak AA tak ada courtesy masa handle kes ini, dan ibu itu sendiri ambil enteng tentang kesihatan anaknya( patutnya jgn ke overseas, sebab baby tu baru sembuh dari chicken pox).Tiket burn takpe, duit boleh dicari.

    ReplyDelete
  11. akak ada juga berhajat nak naik air asia ni..hurmm, kesian kat ibu dan anak ni..kenapa la meke tidak cuba memahami..

    ReplyDelete
  12. betul ka airasia macam itu? huhu.. kesiannya kakak tu..

    ReplyDelete
  13. ko tak ingat kat akakker masa baca cerita ni... akak jumpa Mazidul masa mula sampai HCMCtu... dia bercuti gamaknyer....

    ReplyDelete
  14. napelah sampai camtuh sekali...x tau nak cakap ape...hmmm...tabah ibu tuh kat negara orang jadik camtuh...kalau negara sendiri senang bleh mintak tolon membe@sesiapa yang dikenali...kalau kat negara orang kan susah x kenal sesape...tul x??naseb baik mas ade...

    ReplyDelete
  15. kesiannya mangsa ni, diorg ni pentingkan keuntungan je tapi bab2 kemanusiaan mcm ni diketepikan, geramnya baca

    ReplyDelete
  16. kesian kan baca..mmg sedih...budi bicara kot boleh..mmmm

    ReplyDelete
  17. huhu..baru tahu..
    simpati buat si ibu dan anak..

    dann....emm....syarikat penerbangan itu.......aishh...harap orang atasan AA tahu perkara yang terjadi di bawah ini,dan mengambil tindakan atau kaji semula syarat tah pape dorang.

    ReplyDelete
  18. kak, saya pun sedu sedan bila baca kisah mereka berdua kt blog mazidul semlm. sedih giler. airasia lgsg x prihatin bab2 mcmni, hny nk kaut keuntungan semata2

    ReplyDelete
  19. mmg kesian sangat dgn mereka. tapi MAS dah terbangkan mereka balik kan !

    ReplyDelete
  20. ha ah dah baca juga kisah ni... mmg sedih la... sabar je la... mujur MAS sanggup nak bawa mereka balik...

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive