Roasted Chicken Cook With Love (>_<)

Tuesday, May 28, 2013



Cewahhhh...tajuk tak bley tahan. Memanglah masak dengan penuh kasih sayang kan. Barulah makanan tu jadi sedap. Macam didalam gambar tu. Amacammmmm...nampak sedap tak? Tapi memang sedap ditekakku dan anak².

Terima kasih buat Ina Intan Berlian diatas resipi yang senang dimasak dan sedap dimakan. Memang simple jer resipi nya. Selalu juga aku buat. Tapi kali ni tambah kentang dan carrot. Resipi yang ina bagi tu pon aku oleh sket. Ikut tekak memasing lah kan. Resipi nya:

BAWANG MERAH + BAWANG PUTIH + KIUB PATI AYAM + LADA HITAM + GARAM = KISAR. 
SOS LADA HITAM + MADU + AYAM = PERAP DENGAN BAHAN² YANG DI KISAR. TERPULANG NAK PERAP BERAPA LAMA.

Nampak...senang jer kan. Aku tak letak sos BBQ sebab tak der. Lada hitam plak aku kisar sekali sebab mak malas nak tumbuk noks. Sebelum letak bahan untuk perap tu, aku lumur dulu ayam dengan madu. Jadi nya tak payahlah letak gula sebab madu tu dah manis. Terpulang juga sama ada uols nak bakar dalam oven atau tak. Aku pakai PEMANGGANG AJAIB jer. Memang ajaib ☺☺


Tadaaaaa...inilah hasilnya...ROASTED CHICKEN WITH GRAVY. Aku kasi berkuah sket. Tak suka sangat kalau kering. Masa tengah memanggang tu. Perghhhh...bau dia sampai qahirah cakap 'hurmmmm...sedapnya bau'...Makan plak dengan nasi panas. Bertambah² makan. Memang anak² suka lah. Mekasih Ina sebab berkongsi resipi ni. Uols mesti cuba tau. Kalau nak resipi asal, klik jer link merah tu.

Note: Teringin nak buat kek. Tapi tak terbuat lagi. Rajin print resipi jer. 


You Might Also Like

28 komen

  1. mmg akan buat balik ni...tunggu malam ni kat IG yee

    ReplyDelete
  2. ko guna pemanggang ajaib je ek nok..menariksss...nampak pun sedap ni..

    ReplyDelete
  3. waduhh waduhhh... cikgu pun plan nak buat roasted chicken dak ina berlian merlip tu hari ni. tapi teringat nak buat roti jala pagi esok, tup tup plan tertukar nak buat kari ayam pulak. tapi bila tengok entry ni, hati dah berbelah bagi la pulak....oh yg mana satu nak masak ni huhuhu

    ReplyDelete
  4. alahai waktu nak komen ni dah ler hampir2 masa nak lunch, lagi lapar cepat jadinya..
    sedapnya lah hai..

    ReplyDelete
  5. Ini cara kakak juga Fiza. Tapi kakak guna oven dan tak ada kentang dan carrot dan biasa kakak kalau buat satu ekor sebab itu kena buat masa semua anak kumpul.

    Tengok Fiza buat ada kentang dan carrot tu macam nak cubalah

    ReplyDelete
  6. nampak sedaplah fiza, bak sini sikit blh

    ReplyDelete
  7. Memang nampak menarik.....samalah kita, rajin tengo resepi jak, nak buat malas lah pulak...hehe

    ReplyDelete
  8. nmpk simple..tapi based on ingredients tu, i tau..mesti sedap.
    nak suruh mrhubby buat masak ni la esok

    ReplyDelete
  9. ni lagi satu..sok2 saya dah dpt pemanggang ajaib saya bolehlah cuba resepi u ni sis..hihihi..

    ReplyDelete
  10. Rupa die mcm ala-ala sup lah...heheheh. Tp nmpk berselera tu...

    ReplyDelete
  11. sedap....kalau tambah kentang lagi la sedap..kentang tu kan macam perasa makanan jugak..kan??

    ReplyDelete
  12. senang & nampak sedap.. mcm masak maggie plak hehhee

    ReplyDelete
  13. mcm best je..nak try la..hehe

    ReplyDelete
  14. Tengok pun dah tau sedap....macam masak kicapkan Fiza...cuma tak de kicap je...hehe

    ReplyDelete
  15. pergghhh..sue tgk kt instagram akak aritu, terliur je dibuatnya

    ReplyDelete
  16. wah memang nampak sedap dan senag lak nak buat tu.. bole cuba utk berbuka posa petang ni

    ReplyDelete
  17. Sedaplah plak....
    Baru kuarkan ayam..duk pk apa aku nak masak petang ni....

    Masak gini pun sedap..tapi takde pemanggang ajaib bolehkan.,hahaha

    ReplyDelete
  18. mabeles lah..

    yg penting kerja memasak jadi senang kan :)

    ReplyDelete
  19. sempoikan.. hahah saya ingatkan sy yg malas .. sy pun buat mcm ni guna pemangang ajaib jugak..

    ReplyDelete
  20. Rasa macam dah komen semalam...tap mana pergi komennya eh...

    Sanan sini sebut pasal periuk magic ni... berapa harga dia Fiza

    ReplyDelete
  21. Sebab resepi ayam ni la ke sini :)

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page