IMAN HAKIMI...Bakal HAFIZ QURAN!!!

Thursday, June 06, 2013



In shaa allah...kalau dengan izinnya dan berkat doa dari ibu dia ni. Doa seorang ibu setiap hari supaya IMANQAHIRAHQHALIF (singkatan Iman Hakimi, Qahirah dan Qhalif) dijadikan anak yang soleh/solehah dan hafiz/hafizah. Ni sebenarnya nak citer pasal Perjumpaan Ibu/Bapa dan Guru untuk Tadika Pasti Siti Sarah hujung bulan May aritu. Baru lepas periksa pertengahan tahun kan. Kebetulan si dia kerja. Jadinya...nak tak nak terpaksalah aku bawak qahirah dengan Qhalif skali. SUPERMOM katakan. Boleh jer handle...hehehe...Kalau tak pergi, rasa rugi. Nak juga tau perkembangan anak kat skolah kan.

Dah besar anak bujang nih. Tahun depan dah darjah 1. How time flies

Sampai² jer parents dah ramai. Tapi di bahagikan ikut kelas dan umur anak². Jadinya..tak der lah tunggu lama sangat kan. Tibalah giliran aku jumpa cikgu kimi. Cikgu tunjuk dulu buku prestasi kimi. Anak bujang ni dapat nombor 6 dalam kelas dari 19 orang. Tak per...boleh usaha lagi. So far dalam pembelajaran, kimi tak der masalah. Aku pon citerlah yang aku risau sebab kimi masih tak berapa nak lancar lagi membaca. Tapi cikgu cakap kimi dah boleh membaca, cuma lambat sikit lah. Ada lagi budak sebaya dia yang masih lagi tak tau nak membaca langsung. Pastu cikgu cakap, kimi ada kelebihan lain. Wah....aku dah excited dah ni nak tau.

Nak tau apa kelebihannya. Anak bujang ni pandai dalam HAFAZAN. Kalau cikgu baca ayat separuh jer pon, kimi dah boleh sambung. Dan kalau cikgu sebut nama surah, kimi dah tau surah apa. Ya! Allah...rasa nak nangis bila mendengarnya. Pastu cikgu cakap, setiap budak ada kelebihan dan kekurangannya. Mungkin kimi masih lemah dalam membaca, tapi kalau bab MENGHAFAL, memang kimi sangat bagus...puji cikgu lagi. Allah hu akhbar...kembang kempis kempus ibu >_<. Sambung cikgu lagi, suara kimi dalam kelas memang kuat. Jadinya...kalau cikgu suruh membaca ramai², cikgu boleh tau sama ada kimi baca atau tak. Habis...kalau dah suara dia kuat kan.

Di sebabkan suara dia yang kuat tu lah cikgu lantik jadi IMAM untuk Solat Dhuha pagi² dan juga solat² yang lain. Kadang² bergilir² dengan pelajar lain. Ya! Allah...speechless. Disebabkan IMAN HAKIMI bagus dalam HAFAZAN. In shaa allah...bulan august ni cikgu lantik  kimi untuk wakil skolah dalam pertandingan Hafazan. Kalau berjaya, boleh wakil untuk daerah pula.

Cerita dalam kelas pula. Kimi ni kerjanya jenis nak cepat siap. Kalau bagi kerja skolah, memang dia yang akan siap dulu. Sebabnya...cepat siap boleh lah main...haishhhh...masa periksa pon macam tu juga. Tu yang cikgu suruh dia semak dulu jawapan semua. Ni memang aku akui. Kimi memang jenis nak cepat. Tak per...nanti kita perbaiki.

Alhamdulillah...itu antara komen cikgu. Yang lain² biasalah kan. Dah nama pon budak, asyik nak main jer kerjanya. Apa² pon...IBU bangga dengan IMAN HAKIMI. Smoga dapat menjadi seorang Hafiz satu hari nanti...in shaa allah...

Note:  Salah satu permintaan anak bujang ni. Nak pergi LEGOLAD. In shaa allah yer kimi.  


You Might Also Like

32 komen

  1. wahhhh..bijaknya anak akak! tahniah buat kimi dan tahniah buat akak juga sbb berjaya mendidik kimi dan anak2 yg lain dgn penuh kesungguhan! saya kagum :)

    ReplyDelete
  2. abg kimi mmg budak baik ☺, selalu je mengalah ngan adik dia.. hikhikhik! nak nak ngan bdk kecik pompuan tu.. kan?

    ReplyDelete
  3. wahhh bangganya..memang itu pon yang kita nak kan dari anak..gud luck Kimi..

    ReplyDelete
  4. Betul kata cikgu kimi tu. Setiap org ada kelebihannya. Terror apa kimi. Dpt no.6 daripada 19 orang. Semoga kimi terus berjaya okeh :)

    ReplyDelete
  5. Insya Allah...semoga anak anak kita semua, ada yang akan menjadi hafiz/hafizah..Doa kita itu pun penting...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah fiza
    akhirat perlu diutamakan.pembelajaran dunia boleh catch up kmudian

    mudahan anak2 kita mjadi ank soleh.amin.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah
    sejuk mendengarnyeee

    ReplyDelete
  8. ALHAMDULILLAH.. SEMOGA DIA MENJADI HAFIZ KELAK..

    ReplyDelete
  9. tahniah..punya anak yang cenmerlang.semoga Kimi berjaya..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. kimi anak yg bijak dan soleh.

    ReplyDelete
  11. Mudh2an... doa ibu sentiasa untuk anak2nya

    ReplyDelete
  12. bagusnya kak anak tu kuat daya hafalannya.
    semoga pelbagai lagi kelebihannya berjaya diasah lagi bagi mantap.

    ReplyDelete
  13. sejuk hati baca kisah anak yg baik camni,...bagusnya moga terus jadi anak soleh

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah seronok dgr pencapaian anak2 kan fiza, sejuk perut ibu ;)

    ReplyDelete
  15. wahhh bagos adik ni :) semoga berjaya dunia akhirat ye :)

    ReplyDelete
  16. Kakak pun tumpang bangga dah gembira bila anak-anak dah tunjuk kebolehannya. Moga terus jadi anak/abang yg terbaik buat keluarga.

    ReplyDelete
  17. bagusnya ank akk.. sesuai ndgn namanya iman kan.. =)
    moga jadi anak yang beriman ye iman hakimi.. =)

    ReplyDelete
  18. alahai..sejuk perut ibu mengandung dengar anak boleh hafal ayat2 quran..pulak tu dah jadi imam..moga kimi terus cemerlang ye sis..jgn risaulah pasal membaca tu..anak dee pun lambat sket..tapi sekarang dah ok..

    ReplyDelete
  19. tumpang berbangga jugak. ank2 Has pun duk ajak ke Legoland. Insya Allah.

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah kak..

    sejuk perut ibu ngndung kan =)

    ReplyDelete
  21. Seronoklah kalau gitu Fiza....sukakan tgk anak2 berjaya dan cemerlang ni ...Moga jadia anak yg soleh...

    ReplyDelete
  22. tahniah super mommy.

    K will turn 3 this year, in 2 months. Rasanya nak enroll masuk pasti juga.

    BOleh ka?

    ReplyDelete
  23. bagusnya iman hakimi...moga termakbul doa fiza ye

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillh... saya yg baca ni pun rs seronok... insyaAllah.. moga termakbul doa fiza tu...

    ReplyDelete
  25. meremang pulak sy baca entry nie..kagum dgn budak2 yg suka hafal nie..bagus sgt kak..manala tau kalo2 dia berminat nak masuk tahfiz nti..

    ReplyDelete
  26. In Shaa Allah, doakan saja yer

    ReplyDelete
  27. sejukkkkk perut ko ngandung. syukurrr

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah. sejuk perut ibu mengandung... tahniah kimi... anak soleh ni...

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive