1 Syawal 1434H - Ragam 3 BERADIK Dipagi RAYA!!!

Wednesday, August 21, 2013


Bersambung lagi cerita raya. Hamik ko. Berturut² kisah raya jer lah kan. Dah kata raya sebulan kan. Citer pasal raya pon harus lah sebulan juga kan ..hehehe...Kesinambungan dari kisah Kecomelan Kami. Bersambung plak kepada kisah KAMI Di pagi Raya dan hari ni nak citer pasal 3 beradik ni plak.


Macam yang aku tulis sebelum ni, bukan main susah nak bergambar dengan anak² kan. Apatah lagi nak amik gambar mereka bertiga. Ko nengok jer lah gambar ni. Dengan si Qahlif yang bad mood dipagi raya. Dengan abang kimi yang muka mengantuk. Dan ni pe'el anak dara kalau bergambar. Suka sangat buat memek muka dia tu. Duduk pon tak senonoh kan kakak. Nampak cepender hijo tu ☺☺



Nah...ni lagi. Dengan mata terpejam sambil buat peace.  Dah si abang macam kena paksa nak bergambar gamaknya. Ko dah kenapa kak terpejam mata tu? Nak kata flash...memang nan hado flashnya. Adoiiiiii...gelak² aku nengok gambar² ni. Si kakak dah boleh join Maharaja Lawak Mega ni. Sebab suka buat lawak dengan memek muka yang bersahaja tu.


Gelagat adik dengan kakak. Di usap² kepala kakak. Lembut yer rambut kakak. Awak plak dah motak. Tajam² jer kepala tu. Dak motak ni pon bley tahan juga. Suka tarik rambut kakak. Datang mood baik macam ni lah. Cer datang mood bergaduh. Bertukar hijo ibu ko ni dibuatnya.


My handsome boy ^_^. Excited pakai baju melayu lengkap bersampin. Sampai ke malam ko. Suruh mandi tak nak mandi. Dengan peluh sana sini. Main dan beraya sampai tak hingat nak mandi. Itu pon kena paksa mandi. Kalau tak tido dengan baju melayu bersampin lah gamaknya.

Yang kelakar masa gi beraya. Bebudak ni bukan main berebut lagi nak salam dengan tuan rumah. Dapat duit raya kan. Bukan main suka lagi. Ini lah gelagat anak² dipagi raya. Kenangan raya mereka dizaman kanak² ribena. Boleh tunjuk gambar ni bila dorang dah besar nanti ☺☺

Note: Operasi menternak lemak bermula hari ini. Ada open house kat Persada PLUS.




You Might Also Like

17 comments

  1. MACAM-MACA TELATAH ANAK-ANAK DI HARI RAYA. :)

    ReplyDelete
  2. hahaha..kelaka betui nengok muka si qaira tu..sampai terpejam2 nak buat peace..

    ReplyDelete
  3. bgusnya abg sneang nk beraya lengkap bersampin gitu.. sstg budak awa2 dh suh buka sbb rimas..darwisy dan danish kami plk yg rimas tgk berpeluh2..hehe

    ReplyDelete
  4. Anak-anak aku pun sama, payahnya nak disuruh bergambar....huhu

    ReplyDelete
  5. Hehe.. Ragam2 budak2.. Sabo jela.. Tapi sesekali tu seronok pulak tengok keletah dorang ni.. Hehehe.. =)

    ReplyDelete
  6. gmbr 1st tu kelakar.. kekeke..

    ReplyDelete
  7. Sori la fieza. Lama akk x singgah ni. Pc buat hal. Nak bw dgn fon very limited. Pelan pelan akk singgah ye

    Selamat hari ry. Cane ry, meriah x

    ReplyDelete
  8. Mmg susah kan nak ambik.gambar budak2 ni

    ReplyDelete
  9. macam2 kan keletah anak2
    penghibur hati kak

    ReplyDelete
  10. besar dah qhaliff =) banyak tak qhaliff dapat duit raya?

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive