RON 95, 20 sen...20sen...

Tuesday, September 03, 2013


Hilangkan stress anda dengan sketsa bergambar ni yer. Gelak² aku nengok kat FB smalam

 
 
 
Last but not lease ☺
 

What say you? Hadiah kemerdekaan buat rakyat malaysia. Memula harga gas naik. Pastu harga minyak plak naik. Lepas ni? Kita tunggu dan lihat. Bagi aku, 20 sen tu memang kecik. Tapi impaknya pada kita sangatlah besar. Kenapa? Sebabnya ia akan mendorong kepada kenaikan harga barangan yang lain. Ko tengok lah nanti, harga kos pengangkutan akan meningkat. Tambang bas mesti naik kan. Harga makanan juga tak terkecuali. Especially kedai² mamak dan juga kedai makan. Step by step orang kata. 

Tak per, BR1M kan ada. Harga kereta pon dah turun. Untuk orang macam aku memang tak layak nak apply BR1M. Redho jer lah. Untuk harga keta plak. Memang aku tak mampu nak tukar keta baru. Sebab even keta turun harga pon, harga still mahal lagi. Pakai jer lah kereta yang ada ni. 

Apa pon. Aku bersyukur dapat hidup di bumi MALAYSIA yang aman damai ni. Even kenaikan harga barang agak membebankan bagi aku yang bergaji rendah dan hidup di kota yang serba serbi barangnya mahal dan akan naik tiap² tahun. Tu belum masuk bab perbelanjaan untuk sekolah anak². Sekian...

Note: Agak bz lately. Tak sempat nak melawat kawasan. Nanti daku terjah yer kawan². Buat kawan² baru, nantikan kunjungan balas dari ku.



You Might Also Like

28 komen

  1. kahkahkah..nak wat camner..nasik dah jadi bubur..terima je lah walaupon panassss hati ;p

    ReplyDelete
  2. kadang2 tu tak worth it.. bila turunkan harga kereta, minyak plak naik.. ibarat turun sana, naik sini.. pusing2 sama je.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. SAYA AGAK KECEWA JUGAK.. NAMUN SEKIRANYA IA BENAR-BENAR UNTUK KEPENTINGAN MASA DEPAN EKONOMI NEGARA, SAYA TERPAKSA REDHA DEMI KEBAHAGIAN MASA AKAN DATANG.

    SETIAP TINDAKAN PASTINYA ADA PRO DAN KONTRA. PM NAK UMUMKAN KENAIKKAN HARGA TU PASTINYA SEPERTI DILUAH MATI MAK, DITELAN MATI BAPAK.. DIA BEGITU BERANI UMUMKAN KENAIKKAN DI KALA SOKONGAN RAKYAT KEPADA PEMERINTAH AGAK MEROSOT.. TAPI PASTINYA UNTUK PERKEMBANGAN EKONOMI NEGARA KITA JUGA..

    ReplyDelete
  4. ermmm.. 20sen 1 ltr.. kalo berliter-liter byk gak jd nyer kan..

    ReplyDelete
  5. terima kasih kepada mereka yg 'memilih'..kuikuikui..

    ReplyDelete
  6. tu lah Fiza..mmg agak membebankan jugalah..

    ReplyDelete
  7. hermm..sabo je lah..smlm khabar2 angin je arini kenyataan..td isi minyak mcm biasa tp nmpk kurangnya..sgt terasa tp ape bleh buat..kannn

    ReplyDelete
  8. sedih geram semua ada ..
    paling sedih kan fiza .. sbb tak undi punn still kena rasa semua ini ..

    tahun depan kondifent ku bg undi pada org lain lakk .. udah2 leer kena tipu huhuh

    ReplyDelete
  9. harga gula dinaikkan dgn alasan, demi nak menyelamatkan rakyat daripada diabetes.

    AES dilancarkan demi untuk menyelamatkan rakyat daripada kemalangan.

    Harga minyak naik pun agaknya untuk mengurangkan kadar kemalangan la kot... huhu.

    Last skali ayat yang org akan selalu cakap, 'kalo tak suka dok malaysia, pegi la duk singapura.' atau 'takpe la naik 20sen apa salahnya, asalkan malaysia tak ditadbir oleh cina.'....

    I'm speechless.

    ReplyDelete
  10. yez fiza u r truly rite..mmg pun harga barng2 akan naik step by step..flow by flow..huhuhu...

    ReplyDelete
  11. Siapalah agak-agaknya yg kena padan muka ni Fiza? Inilah hadiah selepas 56 tahun merdeka hahaha....

    Tak nak sedih - geraaaammmm aje:(

    ReplyDelete
  12. elok lepas merdeka kita diraikan dengan kenaikan harga petrol, tak tahu nak cakap macamana dh

    ReplyDelete
  13. hahahaha..gambar makcik umno tu mmg terbaik!

    ReplyDelete
  14. ye betul..tksggup lah nk hadapi hrga makanan, dan brg2 keperluan semua naik.. :'(

    bg kenaikan gaji pon mcm tkde pape kesenangan jgk lah..

    ReplyDelete
  15. tapi bila tengok gambar mcm ni MV tambah stress..hehe

    ReplyDelete
  16. kah kah kah saper la yg mandai edit ni kan semua psl 20sen

    ReplyDelete
  17. tak perlu kata apa2... senyumm....

    ReplyDelete
  18. kita tunggu je lah.... apa lagi yg nak naik lepas nie... aduhaiiii

    ReplyDelete
  19. Dah, dah, dah..nanti aku bagi BR1M hehe..kesian kita kena menanggung bebanan ni..rakyat didahulukan!

    ReplyDelete
  20. ramai yang marah...apa nak buat keputusan di tangan mereka

    ReplyDelete
  21. Salam K.Fiza..

    huhu..smlm minyak naik lagi..
    rakyat didahulukan..^^ :)

    ReplyDelete
  22. tiba2 dkt last tu baca xsempat mlawat kawasan.. dh mcm wakil rakyat pulak.. hihii

    ReplyDelete
  23. no komen... tapi kenaikkan 20 sen tu tetap terkesan... :(

    ReplyDelete
  24. sakit jiwa memikir pasal minyak ni !

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive