Dugaan Seorang IBU yang Menyusukan ANAKNYA!!!

Wednesday, October 30, 2013


Dah lama tak citer pasal breastfeeding. Sedar tak sedar, dah setahun enam bulan aku breastfeed kan Qhalif. Ada tempoh 6 bulan lagi untuk cukup 2 tahun. Semoga impian itu dipermudahkan olehNYA. Bercakap pasal dugaan ni. Memang banyak dugaan ibu yang menyusu ni. Ini berdasarkan pada pengalaman aku sendiri. Dari anak 1st sampailah yang 3rd ni. Antaranya:

Alaaaa...tak der plak gambar Qhalif tgh BF

SUSU DROP 


Syiokkk sangat bila dapat hasil susu yang meriah macam ni kan ☺☺

Ramai di antara breastfeed mom di luar sana akan hadapi masalah yang sama kan? Tiba² susu merudum. Kadang² ni susu drop di sebabkan beberapa faktor. Antaranya stress, period, kurang mengepam bila berjauhan dengan baby dan juga pregnant. Macam aku, kalau period dan stress, memang susu drop. Pastu kurang plak minum air masak. Memang susah lah nak produce susu. Sebab tu ibu menyusu kena minum banyak air. Tak boleh stress². 

Pengalaman aku MENGANDUNG TANPA SEDAR. Ini juga mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Ingatkan susu drop sebab stress. Sekali sebab lain. Mengandung daaaaa. Kononya fully breastfeed memang susah nak pregnant kan. Salah tanggapan itu ok. Kalau dah subur tu, subur juga...muahahaha...Jadinya...klo uols tak period dalam tempoh fully breastfeed tu. Pastu susu merudum tiba², silalah buat UPT test hokey. Jangan jadi macam aku. Kandungan dah 5 bulan baru sedar diri. Alhamdulillah baby sihat sempurna dan cukup sifat. 

PUTING MELECET

Ini yang paling di takuti oleh ibu² menyusu diluar sana. Betul tak? Termasuk lah aku. Antara sebab puting melecet ni bila latching tak betul. Maksudnya bila mulut baby tak melekap dengan betul. Sebab tu boleh melecet. Lepas tu bila baby dah habis menyusu, jangan main rentap jer *akupernahbuat. Sepatutnya kena masukkan jari dalam mulut baby dan tarik pelan². 

Pengalaman aku, masa yang paling seriau menyusukan ImanQahirahQhalif adalah masa dorang tengah tido. Sebab apa? Sebab mulut masih melekap, pastu kang tetiba dia boleh plak ketap mulut tu. Tak ke menjerit dibuatnya. Yang gusi jer pon dah sakit inikan bila dah ada gigi penuh. Perghhhh...tak terbayang babe...ngeri. Tu yang buat puting boleh melecet dan berdarah. Rasa takut nak menyusukan anak sebab sakit  ko. Kejang² kaki aku menahan kesakitan. Nak mengepam apatah lagi kan. Nasib Medela Swing aku tu bley adjust slow to kuat suction nya. Tapi ubat untuk puting melecet ni senang jer. Sapu ngan AIR SUSU IBU. Elok lah dia.

BILA ANAK DEMAM

Macam aku ni, kalau anak² demam memang nak mengempeng jer. Kalau sekejap tak per, ini sampai berjam hokey. Tak boleh nak buat kerja lain. Kejap² nenen...kejap² nenen. Itu lah ubatnya kan. SUSU IBU kan penawar...hehehe...

SENTIASA LAPAR

Ini  pon dugaan juga ni. Asyik laparrrrr memanjang kan. Ko nak kurus, tapi asyik makan memanjang macam mana nak kurus kan. Makan dah macam bukan ko sorang yang makan. Dah macam membela gamaknya. Haku lah tu...hahaha...pagi, petang, siang, malam dan supper. Tengah² malam kelaparan ko. Dapat biskut/roti planta gula cicah ngan air milo pon jadi lah. 

Alhamdulillah...aku makan banyak tapi body masih maintain cute macam anak dara...akahs...*bluekkk...Betul apa kan. Jangan risau yer breastfeeding mom diluar sana. Menyusu badan akan membuatkan 500 kalori di bakar. Jadinya...tak payah lah nak diet. Cuma amalkan gaya hidup sihat sudah lah. Buat kerja rumah tu pon dah di kira bersenam apa kan. Ini salah satu badan aku kurus tak naik²...BF + buat kerja rumah + jaga anak yang tengah nak naik. Kalau still breastfeed tapi berat badan tak turun², tak dapek den nak nolong. Mungkin kena tambah anak lagi kot. Sebab penat kan...hahaha...Gurau jer. Ikut badan masing² lah. Bergantung pada metabolisme juga kot.

Untuk para suami pula, jangan salahkan isteri kalau isteri tertido masa menyusukan anak yer. Sebab apa? Sebab HORMON OXYTOCIN ini adalah hormin yang dirembeskan oleh badan kita semasa menyusu yang membuatkan kita rasa relaxing. Dalam erti kata lain, Oxytocin is the hormone of love which also causes us to relax. Ini lah salah satu cara isteri nak berehat. Jangan kata isteri mengelat nak buat kerja yer. Asal menyusukan anak jer tido. Asal tido jer tengah menyusukan anak. Tak nak...tak nak...tak nakkk...Tak baik tuduh² isteri macam tu tau *Dah jadi prof izi hj ali pulok...ahaks...

Ini jer lah pendapat aku. Dugaan ibu yang menyusu. Aku kalau bercerita pasal breastfeeding ni memang hover kan....hehehe...seronok tau sharing² macam ni. Lagi seronok bila kawan² bertanya pasal BF. Semangat nak fully BF macam kita² ni. Gagal sekali tak bermakna gagal untuk selama² nya kan. Think positive, usaha, niat dan jangan putus asa. Melainkan jika anda sakit dan tak boleh nak breastfeed baby.

Note:  Hot lah keyword nuffnang haku ni. 




You Might Also Like

63 comments

  1. semua kata2 tu jemah sokong..ya betoi..kuat makan, tak boleh stress macam2,..mmmm..puting melecet tu pon dah penah kena time syawal..alhamdulillah sampai sekarang izz belom lagi sampai melecet lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khen... Bagusnya izz. Dia tak menggigit erk sue.

      Delete
  2. mg berjaya susukan sampai 2tahun lebih yew

    ReplyDelete
  3. masih jauh lg perjalanan bf sy ni kak..qisya baru 7m. dugaan jgn ckpla..kalo putus asa memg dh lama stop bf..dgn bebanan keje lg..dgn nak curi2 masa pumping lg..bukan senang..tp kalo niat kita ikhlas..susah mcm mn pun dgn pertolongan Allah insyaAllah akan dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu azie. Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih. In shaa allah...mesti blh nyer ☺

      Delete
  4. alhamdulillah.. dapat menyusukan si kecik jugak.. seronok kan dapat breastfeed ni. pengalaman yang amat berharga..

    ReplyDelete
  5. betullll...semua dugaan...haha..tp bila anak dah tak nyusu rinduuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak lagi dugaan. Nanti nak buat part 2 plak.

      Memang rindu amie.

      Delete
  6. pergh lama tu dah masuk 5 bulan baru sedar. eh i pun tak period2 lagi.. direct bf kan.. ariq tu langsung xnak botol.. puas ajar pun tetap taknak.. buat masa ni susu blom merundum lagi..kalau drop harus check pregnant ke idak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ariq tau, mama dia sentiasa ada depan mata 24/7 katakan...hehehe...

      Delete
  7. Replies
    1. Alhamdulillah sue. Akk doakan sue cpt2 dapat baby. Boleh merasa nikmat menyusukan anak.

      Delete
  8. mmg inilah cabaran yg akan dihadapi oleh ibu yg menyusu, dgn adanya info mcm ni boleh berkongsi pengetahuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharing is caring aju. Best klo berkongsi ilmu pasal breastfeeding ni.

      Delete
  9. Like!
    Sangat kagum pada mak mak yg bekerja & bf kan baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena letak button like lah ☺☺

      Thanks nad. Kagum juga dgn ibu2 yg berjaya fully BF ni.

      Delete
  10. Boleh jadi guideline masa depan nii. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kumpul ilmu dari skang sis klo betul2 nak fully BF.

      Delete
  11. sayalah antara yg suka tertidur bila menyusu.. ahhah

    ReplyDelete
  12. keeping gud joy fiza... demi anak insyaallah you mampu... :-)

    ReplyDelete
  13. Good luck, and u been doing good all is these while anyway ;) Bravo. I dah lepas hehehe lega. Eh I masa bf JJ, 9 bulan tak period, tak pregnant pun. At first risau jugak tapi bila cek katanya semua ok, normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks mama JJ. Congrats sbb dah lepas 2 tahun. Kawan i lagi best, 2 tahun tak period.

      Delete
  14. DUA-DUA ANAK SAYA SUKA MENGIGIT... ADUHAI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...cube soh dia gigit nip abah dia lak...ahaks...

      Delete
  15. izan suka entri ni. nak like 100x boleh tak fiza?

    betul2... izan sblm ni mmg kurang ilmu pasal breastfeeding ni. nak2 pula bila rasa leceh nak bf bby terus sumbat anak2 dgn susu formula. rasa menyesal bila dikenang2 balik. tapi masa tak boleh nak putar balik kan.

    paling penting skrg ni misi utk cukupkan tempoh penyusuan 2 thn buat zayyan. dan paling tabik adalah pada ibu2 yg bekerjaya cam fiza boleh fully bf baby... sejujurnya buat izan kagum!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok. Lpas ni nak letak button like...hehehe...

      Thanks izan. Smoga kita berjaya menyempurnakan misi itu.

      Delete
  16. tersenyum2 kita baca entri akak ni.. hihi

    psl susu drop mmglah kita time period je susu production susu msti sdikit terjejas..lglah bertambah stress tgk susu tu..

    ptuign melecet tu ai pon alami benda yg sama jgk,..selalu kot..sbb si danish ni suka nau hisap hujung2..lg satu asal dia tertido je kompom dia ketap dgn gigi..dh bapa ploh kali dh kena..asyik menjerit je ai ni..haha.. sakit wooo dan tarik puting time baby dah lena pon haku jgk kak..haha kes tkut nk msuk jari tkut dia sedar..wakaka

    danish kalo demam mmg ngempeng je smpi naik melecet puting..benda lain tkmo makan..so far ok lah awal2 kecik dlu demam ni dh besau skit dhlama tk demam..hrp antibodi sekuat emaknya..2tahun dh tkkena demam ni..ekeke

    part lapar tu ai tk setuju lah uolsss..dah la iols ni asyik nk makan je, tp kalori yg dibakar tkde pon..bertambah lg berat badan adalah..nkkata tk buat kerja, hai sampai sakit tapak kaki asyik buat keje rumah je ha..tkde nak tido2 kalo siang hari tu..tp badan ni susah nya nak kurussss.. smapai tahap diet ni kita ni kak..punya lah stress tgk berat sdiri.. :(


    ha sudah smpi dh blh jd entri dah.. wkaakkaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha,,..akak pon tergelak² baca komen ko ni dik. High 5 lah. Tapi bab berat badan tu mungkin ikut badan masing2 kot. Tapi akk tengok fiza kurus jer. Berat tulang kot.

      Delete
  17. Bab mengandung tanpa sedar tu macam scary gitu mendengarnya. Saya dah lame tak period sejak bf ni, susu pun dah start dropping. Huhuhu.. Rasanya belum bersedia dari segi mental dan fizikal untuk tambah ahli keluarga lagi. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...memang tak bersedia juga klo nak menambah time anak kecik lagi ni kan. Kena extra careful. Susu drop mungkin sbb stress kot.

      Delete
  18. aku sempat bf 4 bulan je noks

    sudahnya qausar sendiri yang taknak..

    aku pam kasi botol pun dia taknak

    dia nak minum susu formula je

    anak2 buah aku yang lain pun sama

    semuanya 4 bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak per noks. Nanti boleh try BF untuk adik qausar plak...hehehe...

      Delete
  19. tahniah...sbb bf..dan masih terus bf..

    ReplyDelete
  20. ilmu yg bagus ni. boleh jadikan untuk tips n bacaam masa depan :)

    tq kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasih mu ku terima dik. Sharing is caring kan ☺☺

      Delete
  21. Walaupun breastfeeding ni lebih menjimatkan, tetapi persediaan rapi untuk hadapi sebarang kemungkinan perlu dititikberatkan oleh pasangan supaya lebih bersedia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sebab tu kena kumpul ilmu kalau betul2 nak fully BF. Peranan suami juga penting tau. Sebab ada suami yang tak support isteri nak fully BF.

      Delete
  22. hahah.. ayat last tu tak tahan tu. Saya ni bf tapi tak kurus pun. Maknanya.... kena tambah anak? Hehehehe.... nak tunggu dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...Tunggu luth beso dulu tau lyd. Tapi klo dah rejeki awal? Jeng..jeng...jeng...

      Delete
  23. amin..amin..moga dpt penuhi lagi 6 bln..fyzz lak mmg dh cmpur2 ngan FM dh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...in shaa allah..

      Tak per fyzz. At least masih dapat khasiat susu ibu lagi even dah campur kan.

      Delete
  24. sebab tu besar pahala Allah beri untuk breastfeeding mom kan, rugi siapa tak sanggup berkorban.

    ReplyDelete
  25. sokong usaha sebegini & mmg besra pahala BF anak2 ni .. &

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak KA. Semoga ramai yg akan sedar betapa bagusnya bagi anak dgn susu ibu ni.

      Delete
  26. wah seronoknye baca pengalaman seorg ibu..harap cpt2 dpt merasa jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa allah. Usaha kena kuat...hehehe...

      Delete
  27. sbb tuh ibu yg menyusukan ank die nih besar pahalanye kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat besar mimi. Rugi yg tak menyusukan anak tu.

      Delete
  28. Kakak dah rasa semua tu Fiza. Tapi bila anak-anak dah besar macam kakak ni semua itu indah utk dikenang tau.. Sesekali bercerita dgn anak akan gelaklah mereka macam mana gaya mereka ngempeng:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...saya baca komen akk ni pon dah tersenyum². Mesti akan rasa rindu dengan moment tu kan kak.

      Delete
  29. terima kasih berkongsi pengalaman itu.. mungkin satu masa nanti kita pun akan merasai saat itu juga..

    ReplyDelete
  30. ayat yg buat sy tergelak.. kalau dah subur.. subur jugak hahahaha ... sabar jerlah... bayi mmg suka mengempeng nak tdoo ibu tdo.. hubby x blhlah nak salahkan kan.. lps anak tdo.. lynlah hubby pulak kikikiki

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive