FOBIA oh! FOBIA...

Monday, October 28, 2013


Kalau orang lain fobia dengan binatang atau yang sewaktu dengannya. Tapi aku fobia dengan benda lain. Aku fobia dengan SIMPANG EMPAT. Haaaa...gelak lah...gelak. Tak kelakar hokey.

Lakaran untuk lebih pemahaman...ahaks...

Fobia aku bermula bila aku hampir accident dekat simpang empat ni. Boleh baca [SINI] dan [SINI] Semuanya berpunca dari sikap pemandu² yang suka suki keluar simpang tanpa tengok kiri dan kanan. Tak kiralah pemandu wanita atau pon lelaki. Bukan sekali dua aku kena. Dah banyak kali tau sehingga mendatangkan perasaan curiga/was² bila nak lalu kat simpat empat ni. Ada dua simpang empat yang aku fobia. Kat office aku ni dengan kat area umah aku, kawasan perumahan Taman Kajang Impiana. Hover ker perasaan aku tu?

Bila nak lalu jer kat simpang tu, aku dah get ready. Slow kan keta yang sepatutnya memang laluan aku pon. Aku plak yang nak kena benti tangok klo ada keta suka suki nak kluar simpang secara mengejut. Bukan tu jer tau. Setiap kali nak lalu hati aku ni rasa berdebar². Siap bunyikan hon lagi ko. Tak ker fobia namanya tu? Meh baca ni:

Fobia dikategorikan dalam penyakit keresahan atau anxiety disorder. Simptom utama yang terdapat pada orang yang mengalaminya ialah perasaan resah. Fobia merupakan perasaan yang amat takut terhadap sesuatu benda atau situasi. Orang yang menghadapi masalah tersebut sedar bahawa ketakutan yang dialaminya adalah keterlaluan berbanding dengan orang lain. 

Simptom fizikal yang dapat dilihat pada orang yang fobia adalah ketara seperti sesak nafas dan jantung berdegup deras. Ini akan menjurus pada sakit dada, tangan dan badan menggeletar. Rasa tercekik, berpeluh, rasa loya daripada dalam perut dan kepala pening seperti hendak pitam. 

Antara jenis fobia yang biasa ialah:

Fobia terhadap sesuatu situasi tertentu seperti doktor gigi, memandu, membuat persembahan di depan khalayak ramai, lalu di bawah jambatan atau terowong dan menaiki tangga bergerak.

Sumber: [SINI]

Nampak tak...nampak tak. Sindrom tu ada pada aku walaupon tak banyak. Kena dapatkan rawatan ni sebelum melarat...muahahaha...

Note: Fobia dengan lipas pon tak seteruk ngan fobia simpang empat ni tau...ahaks...Uols plak fobia pada apa?


You Might Also Like

55 comments

  1. susah kalo kiter dah berhati2,...tp ada segelintir manusia tak berati2..main redah je...tu yg buat fobia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu jemah. Aku yg jadi mangsanya...huhuhu...

      Delete
  2. fobia naik kapal terbang!serius..sepanjang naik 2 jam 20 minit kepala sampai pening pening berpeluh peluh mcm nak muntah semua ade..sebab fobia di ketinggian yg tinggi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lagi naik kapal terbang, Klo naik mesti fobia juga ni nok.

      Delete
  3. akak sekarang fobia tempat2 yang licin...macam xnak jejak je...

    ReplyDelete
  4. memang tu..akak kalau memandu pun paling benci bila tang simpang empat nak nak bila traffic light rosak..aduiii nak menangis di buatnya..banyak pemandu selfish dan kurang adab sekarang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah kak. Saya pon paling benci bila traffic light rosak. Seriau jadinya.

      Delete
  5. izan pun agak fobia nak drive kereta tau fiza sbb masa zaman2 anak dara dulu pernah terbabas (jalan licin pas hujan) dan hampir masuk dlm parit. part fobia tang simpang pun samaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga yg fobia ngan simpang yer ☺☺

      Delete
  6. Simpang 4 tu ptt psg traffic light klu pun keadaan jln dlm kategori moderate (sederhana sibuk)......

    ReplyDelete
  7. haaa..haaa... hahaha... simpang 4 di fobianya.... haa haa... hoho.. aku tgh batuk kahak nih.. sori ya.

    ReplyDelete
  8. hehe 1st time dgr 'fobia simpang empat' tp betul Fiza.. kalau kita tak berhati2 org lain lg tak nak kasi chance.. masing2 nak besar kepala tu yg jd accident.. lagi tak ikut peraturan jalan raya.. mmg lah cari nahas..
    anyway.. hati2 semasa memandu yer Fiza.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dah banyak kali kena. Thanks zaza.

      Delete
  9. Uish siap buat lakaran. Yang penting semua selamat

    ReplyDelete
  10. Simpang empat kat jalan yang sibuk macam tu patut kena taruk lampu isyarat dah tu. Pemandu kat Malaysia ni bukan jenis reti bahasa. Main redah je kalau boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sibuk pon jalannya bro. Dalam kawasan taman perumahan. Memang dorang ni jenis ISA (ikut suka aku)

      Delete
  11. rilex brader.. ops sister... sister rilex.. tapi akak memang bersedia untuk berhati2 hatta lampu hijau juga sebabnyer ada yang bodoh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak. Memang kena sentiasa bersedia.

      Delete
  12. Mmg patut fobia mcm tu.. malang mmg x berbau. Salam isnin ye :)

    ReplyDelete
  13. Hana blh rasa perasan fobia time bawak kereta tu... jantung berdebar, badan lemah, badan berpeluh-peluh.. tp kan kalo keluar simpang memang kena double berhati-hati sebab kadang-kadang kita dah betul tp ada orang yg selamba keluar. memang ngeri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ngeri hana. Kalau drive sorang2 tak per. Ini dgn anak2.

      Delete
  14. hmmm... ni bkn phobia tp mcm trauma jer... hehehe... btw, thanks for sharing info pasal batuk kahak tu... TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fobia dan trauma ☺☺

      Sama². Info yg bagus kena dikongsi bersama.

      Delete
  15. Bila memandu kita kena lebih hati2 kan. Kita dah bjaga2 org lain lak cuai. Tu yg kena lebih hati2 tu... jaa plak fobia pada lipan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Eeeuuwwww...geli ngan lipan.

      Delete
  16. ayu pun takut2 je kalau kat simpang 4 ni.. mmg panjang je leher nak nengok.. adoyai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. High 5 ayu. Memang mata meliar jer pandanh depan, kiri & kanan.

      Delete
  17. mmg fobia kalau org suka sergah2 aju, dahlah kita ni jenis melatah, memang malulah klu org dgr apa kita latahkan tu, kekdg tgh drive dgr hon pun boleh melatah ish ish malu2

    ReplyDelete
  18. Simpang-simpang ni mmg bahaya pun, tmabah2 dengan cara pemanduan berhemah rakyat malaysia kita ni kan. I pun pernah kena langar dengan kereta yang keluar dari simpang kecik, koma jugak la semalaman huhuh. So.. I mmg fobia ngan jalanraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scarynya nas, koma semalaman. Haruslah fobia, Memang cara pemanduan rakyat m'sia ni sgt lah berhemah. Sakit hati tau.

      Delete
  19. akak pernah eksiden kat simpang 4..trauma sekejap..
    hati2 ea fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak. Memang extra hati2 klo kat simpang 4 tu.

      Delete
  20. WALAUPUN MEMANG LALUAN KITA, ELOK KIYTA JUGAK BERHATI-HATI.. ORANG LAIN MUNGKIN TAK SAMA MACAM KITA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, Selalunya kita yg lebih berhati2, tapi driver lain...buat ikut suki jer.

      Delete
  21. huhu..lya pon fobia klo nk memandu..smpai skarang..dh 7 thn kot x memandu..

    ReplyDelete
  22. ya la kan......simpnag2 tiga empat nih mmg mengundang marabahaya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bahaya fyzz. Even kat traffic light sekali pon.

      Delete
  23. dulu ada fobia tapi lupa yg mana...sebab banyak tenangkan diri...tapi kalau saya di tempat awak dengan cite sebelum2 ni yg awak penah lalui mesti saya pon fobia tau...doakan semoga semuanya selamat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..mcm byk jer fobianya bit...hehehe...

      Thanks bitt. Risaukan keselamatan anak2 jer.

      Delete
  24. Kalau dah kena memang fobia jadinya Fiza.
    Patutnya semua kena sama-sama slow bila ada simpang 4. Kenapa tak dipasang traffic light? Pihak majlis tak ada duit hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntahlah kakcik. Mungkin sebab dalam kawasan taman perumahan kot, tak sesak. KEkadang rasa nak report juga soh pasang traffic light...huhuhu...

      Delete
  25. huhu memang fobiah kalau terkejut dup dap dup dap tu... huhu moga semuanya selamat

    ReplyDelete
  26. sy fobia dgn lori kak....hehehe...takut lalu sblh lori

    ReplyDelete
  27. bahay jugak ni.
    buat surat minta lampu isyarat je kak. hilang la pobia akak nanti
    cuba la

    ReplyDelete
  28. ingat lagi entry psl simpang 4 ni dulu :-)

    ReplyDelete
  29. Sy penah kene ngan driver rude camni..dah la main kuar je kita plak kne benti..eh die plak bleh tgk kita mcmkan kita yg salah..lg tenson drivernye pompuan huhu

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive